🔥Bab 31🔥

1.2K 95 1
                                    


Setelah beberapa jam berlalu, pesawat Air-Korea selamat tiba di tanah negara Korea. Sehun menghembus nafas perlahan. Dia mengurut bahu kanannya kerana lenguh yang teramat. Ini semua disebabkan Kai. Kalau bukan sebab Kai tidur di atas bahunya tadi, dia tidak akan rasa lenguh sebegini.

"Huarghhh!!"

Pap!

"Woi! Sakit lah!" Kai mengaduh perlahan. Dikesat perlahan bahunya yang menjadi mangsa pukulan Sehun.

"Padan muka. Mengeliat macam orang tak betul. Tak malu ke? Kalau malukan diri sendiri takpe jugak. Ni nak malukan aku sekali" kata Sehun dengan jelingan. Kai juga turut menjeling.

"Biar aku lah. Werk" Sehun memaling ketepi. Malas mahu melayan. Dia membelek jam tangannya sekilas. Dah pukul 12 tengah malam. Ada lagi ke teksi tengah-tengah malam buta ni?

"Kai, dah lewat. Kita tidur hotel je lah"

"Sekejap aku cari" balas Kai. Dia membuka aplikasi trivago untuk mencari hotel yang berdekatan.

"Dah jumpa!"

"Jauh ke?"

"Tak. Dalam 250 meter je dari sini"

"Okay"

Mereka berdua pun bergerak dari lapangan terbang ke tempat yang dikatakan oleh Kai. Mujur sahaja beg bagasi boleh dijaga oleh pekerja lapangan terbang dengan bayaran. Kalau tak, tak tidur malam mereka berdua malam ni.

*****

Setelah selesai membuat bayaran di kaunter tadi, Sehun lekas mencari bilik yang dikatakan oleh pelayan tadi. Dia berjalan kehadapan.

"302.." ucapnya perlahan. Matanya melilau mencari bilik yang bernombor 302. Sedang asyik mencari, Kai menepuk bahu Sehun perlahan.

"Hun, kat sana bilik 302. Jom" kata Kai dengan tangannya menunjuk ke arah yang dikatakannya. Sehun mengangguk perlahan. Tidak berdaya mahu membalas kerana terlalu penat. Kai juga.

💖💖💞💖💖

"Kenapa kau tak bagitahu aku awal-awal yang dia dah check out?!!" marah Miyoung lantang kepada kawan sekerjanya, Chorong.

"Manalah aku tahu. Yang kau nak marah-marah aku ni kenapa?" tanya Chorong sedikit bengang. Manakan tidak, tiba-tiba datang menyergah orang, lepastu tengking-tengking.

"Haish!!" Miyoung mendengus kasar. Nasib sahaja mereka di dalam bilik tidur yang diberi oleh boss mereka sendiri.

Miyoung diam seketika. Pelik Chorong dibuatnya. Tadi bukan main marah, sekarang diam pula. Sah-sah tak ada akal kawan sorangnya ini.

"Chorong...." panggil Miyoung perlahan. Chorong mengangkat kening.

"Tolong aku.."

"Tolong apa?"

"Tolong uruskan tiket aku untuk ke Korea"

"Apa?!! Kau gila ke?!!" tengking Chorong kerana terkejut. Miyoung roll eyes.

"Aku serius, Chorong. Aku nak balik ke Korea. Mungkin dah tiba masanya untuk aku balik ke pangkuan keluarga aku. Dan, mencari jodoh aku" kata Miyoung dengan lebih teliti. Sengaja dia menekankan perkataan 'jodoh' itu kerana terbayangkan wajah Sehun yang akan tersenyum ke arahnya. Perlahan-lahan Miyoung tersenyum sendiri.

"Kau kenapa? Senyum sorang-sorang?" Chorong memandang aneh ke arah Miyoung. Miyoung menghela nafas perlahan.

"Aku ada something nak bagitahu kau"

"Apa dia?"

"Aku..dah jatuh cinta dengan seorang lelaki ni. Dia hensem gila. Nama dia, Oh Sehun. Serius hensem weh. Tapi, aku tak pernah nampak dia senyum. Dia ada sorang kawan. Kawan dia pun hensem jugak. Nama kawan dia... Kim Jongin. Tapi dia suruh panggil Kai. Aku mula terpikat dengan Sehun tu masa first time aku tengok muka dia. Masatu, dia nak daftar kat hotel ni dalam seminggu macam tu. Mula-mula tu aku berborak dengan dia, tanya dia yang dia tu berasal dari Korea ke ape. Sebab aku tengok muka dia macam orang Korea. So, sebab tu lah aku tanya. Lepastu, dia cakap ya. Aku pun ouh kan je lah. And then, aku kenalkan diri aku. Dia pun kenalkan diri dia jugak. And, macam tu lah kitaorang berkenalan" kata Miyoung berjela-jela. Chorong hanya mengangguk faham.

"So, kau balik Korea disebabkan Sehun lah ni?" tanya Chorong meminta kepastian. Bukannya apa, dia berasa kurang percaya apabila Miyoung berkata yang dia mahu balik ke Korea oleh kerana mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Miyoung mengiyakan kata-kata Chorong. Memang benar. Chorong sudah tahu. Jadi, dia tak perlu bersusah payah lagi untuk menipu Chorong.

"Ok, aku akan tolong kau" kata Chorong dengan senyuman. Dia sudah menganggap Miyoung sebagai rakan baiknya.

Miyoung senyum kepuasan.

"Gomawo, Chorong"












💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now