🔥Bab 28🔥

1.1K 97 3
                                    


Sehun terbangun dari tidur setelah terlena dalam 6 jam tadi. Dia memandang jam di iPhone hitam miliknya. Pukul 8 pagi. Sehun pun bingkas bangun lalu menuju ke dalam bilik air untuk mandi.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bertalu-talu bunyi ketukan dari pintu bilik Sehun. Miyoung mengeluh. Dipegangnya sebuah dulang yang diisi sekeping roti serta secawan kopi dibaiki sedikit agar tidak jatuh ke bawah.

Miyoung masih lagi tidak berputus asa. Dia mengetuk lagi pintu bilik Sehun dengan sedikit kuat berbanding yang tadi.

Masih lagi tiada sahutan.

Miyoung mendengus kasar. "Susah betul nak jumpa dengan Sehun ni. Tak kan lah dia malu dengan aku? Aku dah agak dah. Dia pun mesti ada perasaan yang sama macam aku" Miyoung berkata sendirian. Dalam hati, sudah berbunga-bunga apabila teringatkan Sehun. Dia tersenyum. Kadang-kadang, dia ketawa kecil. Keadaannya seperti orang gila yang obses terhadap sesuatu.

"Apa awak buat kat depan pintu bilik Sehun ni?" Miyoung tersentak. Diurutnya perlahan di jantung. Terkejut punya pasal. Kemudian, dipandangnya orang yang menegurnya tadi.

Tak lain tak bukan, Kai.

"Er..er.." Miyoung hilang arah tuju. Dia panik. Apa yang dia nak jawab dekat Kai ni? Takkan nak jujur kot? Tak boleh tak boleh. Argh!! Idea!! Tolong lah datang!!

Sedang Miyoung leka memikirkan jawapan yang perlu dijawab kepada Kai, tiba-tiba pintu bilik Sehun dibuka dari dalam. Tersenggul wajah Sehun yang sedikit segar dan rambutnya yang masih basah kerana baru selepas mandi sebentar tadi.

Miyoung memandang Sehun. Dia terpukau dengan ketampanan Sehun. Wajah yang telah membuat dia separuh mati ingin memiliki lelaki itu. Dia menenung wajah itu dengan lama. Perlahan-lahan senyuman diukir pada bibir. Dia sendiri pun tidak perasan. Sehun yang melihat Miyoung seperti itu, mengerut dahi. Dah pehal perempuan ni? Gila? Sewel?

Kai melihat Miyoung yang seakan-akan leka menenung wajah Sehun. Setelah itu, Kai mendapat satu idea dari mindanya. Dia tersenyum senget. Bahu Sehun dicuit perlahan.

Sehun berkerut. Dia mendongak kepala keatas sedikit.

Kai membuat isyarat tangan dengan bersungguh-sungguh supaya Sehun dapat faham apa yang dia mahu sampaikan. Sehun terdiam seketika. Kemudian, dia juga turut tersenyum senget. Ketika itu, Miyoung masih lagi tidak sedar dengan angan-angannya yang bertebangan di alam semesta. Semakin melebar senyuman tu, adalah. Parah betul.

Kai dan Sehun bersama-sama membuat isyarat jari. Kai mengangkat satu jari, Sehun pula mengangkat dua jari. Kemudian...

"Bahhh!!!!!!!!"

"Arghhh!!!!!!" akibat sergahan yang munculnya secara tiba-tiba, Miyoung berlari dengan lintang pukangnya dari situ. Makanan? Usah dikata. Habis berterabur di atas lantai. Dengan gelas yang berisikan air kopinya pecah, airnya yang tumpah di lantai, habislah. Si Miyoung itu jugak yang akan dipersalahkan. Walhal dia hanya terkejut dengan sergahan dari perbuatannya Sehun dan Kai. Nasib, nasib.

"AHAHHAHHAHHAHAHAHAAHAHAHA" cetus gelakan yang kuat dari Sehun dan Kai.

"Kesian pulak aku tengok dia tadi. Tapi, serius doh. Lawak gila muka dia. Cam dugong" kata Kai dengan ketawa yang masih bersisa.

"Dah lah. Aku nak masuk dulu" usai Sehun berkata, kakinya terus melangkah masuk ke dalam bilik dan menguncinya.

Kai juga turut membuat perkara yang sama.






💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now