🔥Bab 37🔥

1K 87 3
                                    


"Taehyung?"

Serentak dengan itu, kepala Taehyung terangkat. Dia melopong.

"Sehun? Suho? Lay? Macam mana korang boleh ada kat sini?!" akibat terlalu teruja, suara Taehyung terkuat. Segera jari telunjuk Suho berada di bibirnya.

"Slow sikit. Kalau penjahat kat luar tu dengar macam mana?"

Kata-kata Suho, Taehyung abai. Dia focuskan dengan kesakitan di lengan kirinya sekarang. Makin menjadi-jadi. Pedih. Tersangat-sangat pedih.

"Pedih.." ucap Taehyung perlahan. Mata dipejam sedalam yang boleh.

Sehun membantu Taehyung membuka ikatan di tangannya manakala Suho dan Lay pula membantu Suga yang masih lagi tidak sedarkan diri.

"Pedih.." ucap Taehyung buat kali kedua. Sehun tergamam. Lantas dilihatnya lengan Taehyung.

"Ni macam..kena suntikan. Kau..kau kena suntik ke?" Taehyung menggeleng. Tidak mampu berkata apa-apa. Pedihnya sehingga seluruh tubuh dapat merasai.

Sehun diam. Dia meneruskan membuka ikatan tersebut.

"Woi! Korang buat apa tu?!!"

"Alamak! dah tertangkap. Ottokhae?" gumam Suho perlahan.

"Korang nak berlari mana hah? HAHAHAHAHAHA"

Sehun memandang kiri dan kanan. Dia tersengih sinis.

"Kau ingat aku takut?" kata Sehun dengan sinis. Matanya tepat memandang ke arah Myungsoo dan Kris.

Kris membalas senyuman sinis Sehun. Kau dah terlambat, lelucon namja. Seperti apa yang dirancang, tiba-tiba kelibat Jong Nam muncul dengan tepukan yang dihasilkan oleh dirinya sendiri.

"Wow! Amazing. Tak sangka yang kau sayang sangat-sangat dekat kawan sampah kau ni, Sehun"

Kata-kata Jong Nam membuatkan telinga Sehun memerah. Entah dari mana datang, tiba-tiba muncul.

"Kau..kau nak apa lagi hah dari aku?!! Kau dah ambil appa aku! Sekarang, kau nak sakitkan kawan aku pulak?!! Dasar binatang. Heh" kata Sehun. Sinis. Terlalu sinis.

Jong Nam yang terasa dirinya dicabar, melangkah kehadapan perlahan-perlahan. Menghadap Sehun. Dia mencekam kuat kolar baju Sehun. Bebola matanya tidak henti-henti memandang Sehun.

Sehun turut memandang Jong Nam dengan sinis. Dia sudah mempunyai perancangan dia sendiri. Kau akan kalah, bodoh!

"Aww, kesian dia. Appa dia dah tak ada. Dah mati dah pun" kata Jong Nam dengan gelakan yang sangat kuat.

Mata Sehun tepat memandang wajah Jong Nam. Betul ke apa yang aku dengar ni?

"Aku nak kau ulang semula" kata Sehun dengan nada yang sedikit tegas. Matanya mula memerah. Ada sedikit takungan air di tubir matanya. Hanya tunggu untuk jatuh sahaja pada bila-bila masa.

"Appa. Bodoh. Kau. Tu. Dah. Mati" balas Jong Nam sebiji biji.

Bukk!

"Kau tak guna!"

Bukk!

"Bodoh punya manusia!"

Bukk!

"Kau binatang!!"

Bukk!

"Arghhh!!"

Sehun mengundurkan dirinya ke belakang.

Jong Nam memegang sepucuk pistol. Kemudian dia mengesat bibir menggunakan lengan kanannya. Lalu dia tersenyum sinis.

"Dah puas kau tumbuk aku? Saja aku nak bagi kau peluang. Lepas ni, kau dah tak boleh nak bertumbuk. Sebab apa? Sebab kau dah takkan wujud dekat dunia ni lagi"

Jong Nam mengacu pistol tepat dengan kepala Sehun.

"Good bye, my dongsaeng"

1..

2..

"Letakkan senjata anda!!"

Serentak dengan itu, kesemua memandang ke arah belakang.

Polis.

"Saya ulangi lagi sekali. Letakkan senjata anda ke bawah, sekarang!!"

Kris dan Myungsoo sudah tiada pilihan. Mereka terus melarikan diri meninggalkan Jong Nam yang menjadi tumpuan pihak polis.

Malang tidak berbau, Kris dan Myungsoo dapat ditangkap.

"Saya ulang lagi sekali ye, encik. Sila letakkan senjata anda, sekarang!!"

Jong Nam tersenyum sinis. Dia memandang Sehun.

"Kau tak akan bahagia, Sehun"

Banggg!!!!!

"Argh!!!! "




💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now