🔥Bab 44🔥

989 102 0
                                    


Jihyo termenung sendirian di bangku yang sudah tersedia di halaman banglo milik Sehun. Pejam celik pejam celik je. Dah genap setahun dia tinggal bersama-sama semua mafia ni. Rasa macam tak percaya. Dia tinggal dengan mafia?! Lawak betul.

Di sudut ruang tamu,,

"Mana Jimin, Kai dengan Jungkook?" pertanyaan Lay hanya mendapat gelengan dari mereka semua.

"Weh, korang. Korang rasa tak apa yang aku rasa?" soal Baekhyun pula kepada member yang lain.

"Aduh, rasa apa pulak ni, bacon?" balas Suga malas. Dia fikir yang Baekhyun hanya mahu bergurau saja.

"Kat rumah ni, ada cinta bersegi-segi!!!" jerit Baekhyun lantang. Cepat-cepat Jhope menutup mulut puaka Baekhyun. "Pabo! Kalau nanti Jihyo dengar macam mana?" jelingan diberi.

Baekhyun tersengih. "Mian, mian. Ha ppalliwa! Korang perasan tak apa yang aku cakap tu?" katanya dengan suara yang dikawal. Takut-takut didengari oleh orang yang tak sepatutnya dengar.

"Dah lama kitaorang perasan, bacon. Kau tu je yang lambat" balas Kyungsoo. Baekhyun mencebik.

"Habistu, korang nak buat apa? Takkan nak tengok je? Dah lah empat orang sekaligus tau!!" pernyataan yang keluar dari mulut Baekhyun berjaya membuat kening Kyungsoo berpaut. "Aik, bukan Jimin, Jungkook dengan Sehun je ke? Siapa pulak lagi sorang?"

Baekhyun tersengih sinis. "Eleh, kata kat orang sangat lambat. Padahal, dia yang lambat tak sedar. Kai lah! Siapa lagi?"

"Siapa cakap aku suka Jihyo? Mana ada" serentak semua pasang mata memandang kearah Kai yang berdiri tegak di hadapan pintu. Baekhyum tergamam. Aik, dia ada salah cakap ke?

Kai menjeling Baekhyun sekilas. Suka-suka je cakap benda yang tak betul. "Merepek je korang ni. Bukannya aku suka Jihyo pun" Rasa naik angin juga Kai dibuatnya. Tiba-tiba je kena tuduh.

"Lah, sorry ar. Aku cuma teka je. Janganlah marah. Kesiann aku" ujar Baekhyun dengan membuat mimik muka seposen. Lapisan atas bibir Kai pada bahagian hujung diangkat. Manakala, pandangannya sengaja dilayu sedikit. Menunjukkan dia bosan dengan mimik muka seperti itu. "Ada aku kisah?"

"Dah lama aku perasan yang Sehun macam..sukakan Jihyo" Rapmon mula bersuara. Laju sahaja Baekhyun menyokong dan terus melupakan tentang pergaduhannya dengan Kai tadi setelah topik yang dinanti-nanti ini dibuka. "Haah. Betul!!"

Xiumin menggumam sendirian. "Aku pun tak pasti sangat jadi aku tak boleh nak bagi kata putus". Baekhyun menghembus nafas ringan. Sedikit kecewa dengan kata-kata Xiumin. Bukannya apa, dia cuma mahu tahu yang bukan hanya dia seorang saja yang sedari tentang hal itu. Tapi, nampaknya....

"Tapi!" terus lamunan Baekhyun terhenti. Wajah Xiumin dipandang serius. Xiumin mengangkat kening. "Kita boleh buktikan hal ni dengan satu cara" sambungnya lagi.

"Cara apa?" Jin menyoal. Semakin lama semakin tertarik pulak dengan topik ni. Tentang Sehun jatuh cinta. Siapa je yang tak tertarik? Betul tak? Bagi dirinya, kebahagiaan Jihyo itu penting. Memang pada mulanya, dia telah cair dengan Jihyo. Tetapi, dia sedar bahawa itu hanyalah mainan perasaan semata-mata. Mujurlah dia cepat sedar. Dengan itu, dia hanya mahu menganggap Jihyo itu sebagai adiknya sahaja. Walaupun semua itu hanya terbuku didalam hati. Dia sanggup.

"Kalau betullah Sehun dah fall in love, mesti dia ada rasa cemburu kan? So, apa lagi? Kita buat dia cemburu lah! Kan, Xiumin?" pintas Jhope laju tanpa sempat Xiumin mahu membuka mulut. Pandangan tajam Xiumin diberi kepada Jhope sambil bibirnya dimuncungkan kedepan. Boleh pulak rancangannya sama seperti apa yang Jhope katakan. "Aku baru je nak cakap. Sibuk" katanya pula.

Jhope tersengih-sengih tidak ubah seperti kerang busuk plus hanyir. "Hahahaha, chill lah"

"Macam mana? Setuju tak dengan rancangan tu?" tanya Xiumin tanpa mempedulikan Jhope yang bercakap.

"Aku okay je. Nak jugak tengok muka Sehun tu nanti" sokong Suho sedikit sebanyak dengan rancangan Xiumin.

"Aku pun"

"Yeah, aku jugak"

"Me too!!"

Reaksi positif yang diberi oleh para member membuatkan Xiumin tersenyum puas. "Okay, kita aturkan plan. Buat betul-betul, arasseo?"





💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now