🔥Bab 32🔥

1.2K 95 6
                                    

Sudah seminggu lebih Suga dan Taehyung hilang tanpa berita. Memang sudah cukup menyeksakan diri Jihyo dengan yang lain. Sudah puas mereka mencari Suga dan Taehyung. Polis? Mereka sudah membuat laporan. Namun, sampai sekarang polis masih belum menghubungi mereka tentang kehilangan Suga dan Taehyung.

"Wey, ottokhae? Aku takut kalau Suga dan Tae cedera" adu Jhope perlahan. Sudah penat dia menunggu Suga dan Taehyung pulang. Dia takut. Takut jikalau kawan karibnya itu tercedera di mana-mana.

"Aku tak tahu, Jhope" balas Rapmon perlahan. Dia juga berasa penat.

Baekhyun mengeluh perlahan. Dia tidak habis-habis menyalahkan dirinya atas punca kehilangan Suga. Kalau bukan disebabkan dirinya yang menyorok dari Suga, pasti Suga masih berada dengan mereka sekarang. Rasa menyesal menyelubungi diri. Kepalanya ditunduk ke bawah.

"Baek? Kau ok tak? Sudahlah tu kau nak salahkan diri kau. Ni semua bukan salah kau" kata Chanyeol sambil mengusap lembut pada bahu Baekhyun. Chen mengangguk perlahan. Dia juga turut membuat perkara yang sama dengan Chanyeol. Niatnya mahu menyumbang sedikit sebanyak semangat kepada rakannya itu.

"Tapi, kalau bukan disebabkan aku, mesti dia dah--"

"Stop, Baekhyun. Aku tak nak kau salahkan diri kau lagi. Kita akan cari Suga dengan Taehyung nanti. Arasseo?" kata Suho dengan memintas kata-kata Baekhyun. Dia sudah tidak mahu kawannya itu asyik menyalahkan dirinya sahaja.

"Korang! Nanti Sehun dengan Kai balik" kata Jin kepada ahli-ahli Exo dan Bts. Masing-masing diam memikirkan kata-kata Jin.

Xiumin menepuk dahi. Baru dia teringat yang Sehun akan balik harini. Mujur sahaja Jin bagitahu. Kalau tidak..

"D.o, kau boleh masak tak untuk Sehun dengan Kai? Aku takut nanti diaorang lapar. Masakkan untuk kami semua sekali. Boleh?" pinta Xiumin dengan lembut. D.o hanya mengangguk. Dia terus berlalu pergi melakukan tugasnya. Jihyo mengikut D.o dari belakang kerana mahu menolong D.o. Tiba-tiba, dia terdengar Xiumin memanggil namanya.

"Ya, Xiumin oppa? Wae?"

"Jihyo nak pergi mana?" soalan dibalas dengan soalan. Itulah, Kim Min Seok a.k.a Xiumin.

"Hyo ingat nak gi tolong D.o oppa memasak kat dapur. Kesian pulak dia sorang-sorang" balas Jihyo. Xiumin mengangguk.

"Ohh. Jihyo pergilah tolong dia"

"Okay" Jihyo terus sahaja berjalan menuju ke dapur.

"Xiumin, macam mana nak bagitahu Sehun dengan Kai pasal Suga dan Tae?" tanya Lay dengan memandang wajah Xiumin.

"Aku tak tahu macam mana. Korang rasa apa reaksi Sehun dengan Kai nanti bila diaorang tahu pasal ni?"

"Pasal apa??"

Serentak dengan itu, kesemua memandang empunya suara yang datangnya dari arah pintu.

Sehun.

Dengan,

Kai.

Mereka semua hanya membiarkan soalan Sehun dibiar sepi tanpa ada seorang pun yang berani untuk menjawab. Sehun memandang tajam ke arah Suho. Meminta agar Suho menjawab soalannya itu.

Dengan kekuatan yang ada, Suho bersuara,

"Sebenarnya, dah seminggu Suga dengan Taehyung hilang tanpa berita" kata Suho dengan satu nafas.

"Bwo??!!"





💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now