🔥Bab 48🔥

1.1K 99 10
                                    

Baekhyun, Chanyeol, Jhope, Jimin dan Chen duduk di hadapan televisyen sambil menonton drama 'Fight For My Way ' yang dilakonkan oleh Park Seo Joon dan heroinnya, Kim Jiwon. Mata mereka berlima begitu fokus melihat babak Park Seo Joon atau wataknya Ko Dong Man berlatih bersama pelatih yang berasal dari luar negara untuk berlawan dengan musuh utama, Kim Tak Su.

"Wah, Baek, kau tengok badan si Dong Man tu. Sama macam aku kan?" kata Chanyeol sambil sebelah tangannya dibengkok untuk menunjuk betapa 'kuatnya' dia.

Baekhyun juling mata keatas. Dia tidak menjawab soalan berangan Chanyeol malah dia memberi perlian. "Eh, pangkatan harapan, kau tengok orang perasan ni. Perasan tak habis-habis. Berangan nak jadi macam Ko Dong Man. Badan pun dah lah macam batang kayu. HAAHAHAHHAHA" bahu Jhope ditolak-tolak.

Jhope menjeling Baekhyun yang sedang ketawa berkali-kali. Pangkatan harapan? Hello, dia ni harapan terbaik tau. Ada ke panggil dengan nama politik? Jangan main-main.

"Aku pecahkan jugak muka si bacon ni karang" kata Jhope kurang jelas tetapi masih dapat didengari oleh Jimin yang berada di sebelah.

"Pecahkan je. Aku pun tengah geram dengan dia ni. Orang nak tengok cerita pun tak senang" sokong Jimin lagi. Baekhyun berhenti ketawa.

"Alah rileks lah. Aduh, kecoh betul korang ni" kata Baekhyun yang langsung tidak kenal erti bersalah tu apa. Selamba atuk dia je.

"Eii, budak ni. Geram je tangan aku ni nak lep--" kata-kata Chanyeol terhenti saat melihat Sehun yang menuju kearah mereka lalu lelaki itu serta merta 'turut serta' mereka berlima.

"Eh, sejak bila kau balik, Hun? Siap tukar baju lagi. Aku tak nampak pun kau tadi" soal Chanyeol aneh sebab tempat mereka berada sekarang ni, betul-betul berdekatan dengan pintu rumah utama. Jadi, mestilah kalau Sehun balik, diaorang akan nampak. Ni, tak langsung.

"Nak nampak macam mananya kalau dah tengok cerita tu macam nak telan" balas Sehun dengan jelingan. Chanyeol tersengih.

Krikk. Krikk.

Diam. Hanya suara yang dikeluarkan oleh drama yang ditonton saja yang menyelubungi ruang itu. Tidak lama selepas itu, kedengaran suara orang berdengkur kecil. Sehun rupanya.

Baekhyun tersenyum dengan membawa pelbagai maksud. Dilihatnya Sehun yang lena tertidur. Dah lah tidur duduk macam tu je atas sofa. Confirm sakit badan tu nanti bila dah bangun. Dia mencuit bahu Jhope sambil mengangkat-ngangkat kening. Jhope menyenget bibir sambil tersenyum seperti Baekhyun juga. Nak menyakat lah tu, gumam Jimin sendirian. Malas mahu turut serta.

Mereka berdua pun mendekati Sehun perlahan-lahan sambil menahan ketawa. Sebelum tu, sempat lagi mereka mencapai pen berwarna hitam di atas meja. Baekhyun menahan ketawa yang semakin galak. Tidak mahu didengari Sehun. Kalau kantoi nanti, habislah. Jhope juga turut begitu. Perlahan-lahan tangannya berada di depan hidung mancung Sehun. Baru sahaja mahu melukis, dia menarik tangannya kembali kerana tawanya tidak dapat ditahan. "Pffftt.." terpancut-pancut air liur yang keluar.

Baekhyun menolak Jhope lalu tangannya pula yang berada betul-betul di hadapan hidung Sehun. Malang tidak berbau, tangannya tersentuh pipi Sehun. Dia tersentak. Bukan kerana takut, tetapi...

Panas?

Sehun demam ke? Terus Baekhyun menyentuh permukaan pipi sebelah Sehun dan dahinya pula. Sehun merengek kecil sebelum kembali semula tidurnya. Matanya membulat.

"Weh, Sehun demam ni. Panas gila badan dia. Cuba korang rasa" kata Baekhyun tergesa-gesa. Terasa risau pula badan Sehun yang teramat panas. Mesti lebih dari 40°C ni. Dia kejutkan Sehun perlahan-lahan dengan harapan lelaki itu bangun. Tetapi, Sehun hanya merengek sahaja dengan dahinya berkerut-kerut.

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now