🔥Bab 22🔥

1.4K 113 0
                                    


Taehyung mencelik mata sedikit akibat cahaya matahari yang memancar. Rasa sakit di kepala tiba-tiba menyerang. Taehyung memejamkan mata menahan kesakitan. Kemudian, dia membuka matanya kembali dan melihat sekeliling.

"Aku kat mana ni?"

Matanya tidak putus-putus melihat keadaan rumah itu. Usang. Berhabuk. Kotor. Macam bukan tempat tinggal manusia.

Taehyung baru sahaja ingin bangun tetapi, ada sesuatu yang menyekat. Rupanya, dia diikat dengan simpulan tali yang kemas.

Taehyung menggerutu. Macam mana dia nak lepaskan diri? Kenapa dia kena culik? Siapa yang culik? Apa penculik tu nak?

Tiba-tiba bunyi pintu dibuka. Tersenggul wajah seorang lelaki yang cukup dikenali. Taehyung melopong.

"K...kau?" kata Taehyung sedikit getar. Dia masih lagi dalam keadaan terkejut.

"Ye. Ni aku. Why? Tak percaya?" sinis kata-kata lelaki itu. Dia memandang Taehyung dengan senyuman sinis.

"Kenapa kau buat semua ni? Kau nak apa? Kau....." belum sempat Taehyung menghabiskan ayat, lelaki itu memotong.

"Permainan kita baru mula, Kim Taehyung. Kau mangsa pertama aku setakat ni. Tak apa, nanti aku bawak dalam dua tiga orang lagi eh kawan-kawan kau. Kesian kau sunyi kan? HAHAHAHAHA" gelak ketawa lelaki itu membuatkan Taehyung berasa marah. Apa yang jantan ni nak? Kenapa dia sanggup buat semua ni?

"Cis, aku tak sangka kau sanggup buat semua ni" ucap Taehyung. Kalini, dia pula yang senyum sinis. Lelaki itu hanya memandang wajah Taehyung. Menanti apa yang akan Taehyung katakan lagi.

"Aku yakin kau takkan buat kat kitaorang macam ni. Aku yakin jugak yang kau sayangkan kitaorang. Aku yakin sangat-sangat yang kau mesti tak sanggup nak teruskan permainan kau tu dan aku pun yakin yang kau akan berhentikan semua ni" ujar Taehyung. Walaupun dia tahu bahawa lelaki ini keras kepala dan susah untuk mengubah keputusan. Kalau cakap A, A lah.Tak akan sesekali berubah jadi B. Namun, dia tetap mencuba untuk mengubah pemikiran lelaki itu.

"Wow. Yakinnya kau. Dan, kau pun tahu yang aku tak akan sesekali ubah fikiran aku. So, bersiap sedia je lah ye" lelaki itu ketawa sinis dan keluar dari situ meninggalkan Taehyung keseorangan.

Taehyung mengeluh. Dia memandang lantai.

'J....'

💕💖💕

"Yah!! Ni aku punya lah!! Bak sini balik!!!!"

Baekhyun jelir lidah ke arah Chen. Ditangan ada sepasang stokin berwarna biru gelap yang bercorakkan bintang-bintang serta bulan-bulan menarik.

"Yahh Byun Bacon!! Bak sini balik stokin aku!!" Chen berlari-lari mengejar si Baekhyun yang semakin galak menyakat. Chen mengetap bibir geram.

"BYUN BAEKHYUN!!!!!!!!!!"

"Yah! Bising lah! Nak highnote pun, pergi lah highnote sana! Hish" laung Rapmon.

"Apa bising-bising ni? Hm?" lembut sahaja suara Jihyo menerpa ruang tamu. Serentak Baekhyun dan Chen berhenti berkejaran. Mereka memandang Jihyo. Kedua-duanya terus berlari anak ke arah Jihyo.

"Ahh Jihyo..tengok si Bacon ni. Dia ambik stoking oppa" adu Chen. Dia menjuih bibir ke bawah minta simpati. Jihyo ketawa kecil. Baekhyun pula menjeling.

"Chen oppa ni, macam budak-budak" Jihyo mencuit hidung hujung Chen. Chen tersengih.

"Alah. Sekali-sekala manja dengan dongsaeng oppa ni" Jihyo dan Chen ketawa berdua. Baekhyun yang di sebelah, diabai. Baekhyun mengetap bibir geram. Dia pun menolak tubuh Chen ketepi.

"Oppa pun nak bermanja dengan dongsaeng oppa...." Baekhyun memuncung bibir sedepa. Jihyo menggeleng kepala dengan sisa-sisa ketawa.

"Oppa ni pun sama. Macam budak-budak tau"

Kini, Baekhyun pula yang ketawa. Chen, menjeling. Menyampah betul.

"Ha, mana Sehun? Jihyo tak nampak pun dia pagi-pagi ni. Biasanya, waktu macam ni dia turun sarapan" soal Jihyo. Dia berkerut dahi. Takkan lah Sehun dah masuk pejabat. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 8 pagi.

"Sehun pergi Australia dengan Kai" sampuk Suho yang sedang menuruni anak tangga. Mereka bertiga memandang Suho dengan riak terkejut.

"Sehun pergi Australia? Pukul berapa dia pergi?"

"Tadi. Dalam pukul 6 pagi"

Chen dan Baekhyun hanya meng'ouh'kan saja. Jihyo masih lagi dalam terkejut. Dia seperti tidak percaya. Baru je semalam mereka bercakap sesama sendiri. Tiba-tiba dapat tahu yang Sehun dah pergi. Jauh pula tu. Jihyo mengeluh perlahan. Namun, masih dapat didengari oleh Suho.

"Jihyo? Gwaenchana?" soal Suho, prihatin. Dia juga berasa seperti bertanggungjawab selepas Xiumin kerana dia kedua tertua di dalam rumah itu.

Jihyo mengangguk kepala. Sebuah senyuman diukir pada bibir.

"Jihyo nak duduk luar jap. Nak hirup angin"

Mereka bertiga hanya mengangguk. Jihyo pun terus menuju ke laman luar rumah dan duduk di kerusi yang telah disediakan. Dia memejamkan mata menikmati suasana luar. Segar. Rasa tenang pemikiran. Lama kelamaan, dia pun tertidur.








💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now