🔥Bab 16🔥

1.5K 126 0
                                    


Sudah sebulan masa berlalu. Sehun dan Jihyo masih lagi tidak bertegur. Berjumpa pun tidak. Sehun akan keluar sebelum Jihyo bangun dan dia akan pulang selepas Jihyo tidur. Kadang-kadang, langsung tak balik rumah. Kalau terserempak pun, mereka tidak akan bertegur sesama sendiri. Buat macam tak kenal antara satu sama lain.

Jihyo menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan. Dia menenyeh anak mata kerana baru bangun dari tidur. Jihyo menutup mulutnya yang masih lagi menguap.

"Jihyo, duduk. Kita makan sama-sama" kata Suho yang sedang menyedok bihun goreng di dalam pinggan untuk ahli-ahli yang lain.

"Arasseo" Jihyo pergi ke sinki untuk membasuh muka. Setelah selesai, dia pun terus duduk di kerusi meja makan.

"Oppa, mana ahli yang lain?" Jihyo sudah terbiasa memanggil ahli yang lebih tua darinya dengan panggilan 'oppa' setelah tinggal bersama lebih dari sebulan.

"Diaorang tengah tidur lagi"

Jihyo hanya meng'ouh'kan saja. Dia memandang sekeliling.

"Mana kyungsoo oppa?"

"Kat sini" Jihyo segera menoleh ke kanan. Kelihatan Kyungsoo sedang membuka tali apron berwarna coklat miliknya.

Lalu, Kyungsoo mencapai kuali dan senduk kesayangannya dan menuju ke arah ruang tamu. Jihyo yang sudah tahu tujuan Kyungsoo berbuat demikian, segera menutup telinga menggunakan kedua belah tangannya.

Ktang!! Ktang!! Ktang!!

"Bangun! Bangun!! Bangun!!!" jeritan Kyungsoo diselangi dengan bunyi yang terhasil dari ketukan kuali dan senduk kesayangannya.

"Tak payah nak ketuk-ketuk kuali bagai. Kitaorang dah bangun lah" kata Taehyung yang masih mamai.

"Betul. Bising tau tak?" sokong Baekhyun.

"Eleh. Aku manalah tahu korang dah bangun" balas Kyungsoo dengan jelingan. Bukannya nak berterima kasih dekat orang.

Kyungsoo terus beredar menuju ke meja makan. Ahli yang lain juga turut ke meja makan. Semua duduk di tempat masing-masing. Baru sahaja hendak menyuap makanan ke dalam mulut. Tiba-tiba.....

"Euww. Oppa-oppa dan kawan-kawan Jihyo sekalian, korang tak basuh muka dulu ke sebelum makan? Pergilah basuh muka dulu. Barulah makan semula. Pengotor tau tak?" ujar Jihyo dengan mimik muka yang berkerut.

Kyungsoo dan Suho tergelak mendengar kata-kata Jihyo. Ahli-ahli lain memandang tajam ke arah Suho dan Kyungsoo.

"Gelak, gelak" kata Jhope sambil mengajuk gaya ketawa Suho dan Kyungsoo.

"Dah. Dengar kan cakap Jihyo tadi? So, apa tunggu lagi? Pergilah basuh cepat!" arah Suho dengan ketawa yang masih tersisa. Ahli lain memberikan jelingan tajam ke arah Suho.

Mereka pun membasuh muka seorang demi seorang. Yang telah selesai, segera menuju ke arah meja makan untuk menyambung makan kembali. Mereka semua pun makan dengan tenang.

"Mana Sehun?" soal Lay.

"Dia pergi kerja lah. Apa lagi" jawab Kyungsoo yang sedang mengunyah bihun di dalam mulutnya.

"Awalnya dia pergi" kalini, Suga pula yang bersuara. Ahli yang lain hanya menganggukkan kepala berkali-kali.

"Kan. Kita pun tak selalu terserempak dengan dia. Dia macam mengelak dari kita" Rapmon yang bersetuju dengan kata-kata Suga, turut bersuara.

"Maybe sebab dia terlalu stress kot" kata Xiumin dengan yakin. Walaupun dia tidak tahu perkara yang sebenar.

"Kyungsoo, kau ada terserempak dengan Sehun tak pagi tadi?" tanya Chanyeol.

"Ada" jawab Kyungsoo sepatah.

"Lepastu? Dia ada tegur kau tak?" soal Jin pula.

"Ada" jawab Kyungsoo sepatah sekali lagi.

"Kau ni kan. Sepatah-sepatah je jawab. No fun betul" Chen menyampuk. Kyungsoo membuat muka.

"Dia tegur apa?" tanya Chanyeol lagi.

"Sehun cuma stress je dengan kerja dia. Ada banyak sangat masalah dengan dua-dua office dia kat Korea ni. Lepastu, senjata, tumpas kat Australia. Pihak polis dah dapat tangkap budak-budak kita kat sana. Nasib je budak-budak tu tutup mulut diaorang. Kalau tak, dah lama kita meringkuk dalam penjara" jelas Kai tanpa diminta. Mereka hanya mendiamkan diri. Sungguh tidak menyangka bahawa Sehun menanggung kesemua masalah seorang diri tanpa bantuan sedikit pun.

"Habis, kenapa dia tak minta tolong dengan kita?" soal Jungkook, tidak berpuas hati.

"Sebab dia malas lagi nak bercakap dengan siapa-siapa sekarang"

"Dah tu, macam mana kau boleh tahu?" Taehyung memandang Kai dengan pandangan yang serius.

"Aku paksa Sehun untuk cakap dengan aku pasal masalah dia. Mula-mula, dia memang tak layan aku. Siap ugut nak bunuh aku lagi. Tapi, aku paksa jugak. Last-last, dia pun mengalah. And, dia pun cerita lah kat aku" balas Kai.

Mereka berenam belas hanya menganggukkan kepala tanda faham. Selepas beberapa saat berlalu, mereka pun meneruskan makan makanan yang tergendala tadi. Jihyo hanya mendengar perbualan mereka dengan teliti. Dia mula termenung.

'Saya rindu nak dengar suara awak, Sehun' bisik hati Jihyo.








💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now