🔥Bab 12🔥

1.6K 139 0
                                    


Jihyo turun ke ruang tamu. Matanya melilau mencari kelibat Sehun. Dia memandang ke arah penghuni yang sedang menonton tv di ruang tamu.

Jimin, suho, taehyung, jungkook, lay, xiumin serta kai terus memandang ke arah jihyo yang sedang menuju ke arah mereka.

"Korang ada nampak sehun tak?" tanya Jihyo. Matanya memandang sorang demi seorang untuk meminta jawapan

"Kitaorang tak nampak pun" balas Taehyung sambil mengunyah keropok di dalam mulut

"Eh, taehyung!! Bila taehyung balik?" soal Jihyo kepada taehyung. Secara umumnya, dia sudah mengetahui nama setiap member di dalam rumah ini. Cuma nama keluarga je dia tak tahu.

"Baru je balik"

Jihyo hanya meng'ouh' kan saja.

"Hurm, tak pe lah. Sambunglah tengok tv. Maaf ganggu" ujar Jihyo lalu menolehkan tubuhnya ke belakang untuk menyambung mencari Sehun

"Eh, mana ada ganggu. Btw, kenapa cari Sehun?" soalan Jimin membuatkan langkah Jihyo terhenti. Badannya menghadap semula ke arah mereka bertujuh.

"Tak de lah. Tadi, Sehun tu yang beria sangat ajak Jihyo pergi klinik. Sekarang, dia pulak yang hilang" usai sahaja Jihyo bercakap, serentak mereka bertujuh memandang antara satu sama lain. Pelbagai soalan yang bermain di minda masing-masing.

"Kenapa ni?" dahi Jihyo berkerut

"Srsly, dia beria sangat ke?" kali ini, kai pulak yang bertanya. Jihyo mengangguk.

"Kenapa?" Jihyo mengulang soalan yang sama. Sungguh dia bingung sekarang.

"Si Sehun tu, dia tak pernah nak beria dekat orang kalau bab-bab ajak pergi klinik ni. Kalau orang tu kata taknak, so Sehun pun ok je lah. Dia tak de pulak nak beria ajak bagai" jawab Suho.

"Betul tu. Kalau orang tu nak tukar keputusan, contohnya, dia cakap nak pergi pulak kat klinik. Masatu, Sehun dah malas nak melayan. Dia biarkan je" jawab Xiumin pula seakan-akan menyokong kata-kata Suho.

"Yang lain tak pandai bawak kereta ke selain kai dengan taehyung?"

"Yang lain semuanya pandai je. Cuma...." kata-kata lay dibiarkan tergantung. Saja nak buat suspen.

"Cuma??" Jihyo tertanya-tanya.

"Cuma malas" sambung lay lagi. Dia tersengih. Lesung pipit mula kelihatan. Comel!

"Noona"

"Ye?" panggilan Jungkook disahut

"Kookie bosan lah" jungkook mengeluh perlahan. Jihyo ketawa kecil melihat kelakuan jungkook. Baginya, Jungkook seorang yang manja.

"Kookie?" Jimin menyoal. Pelik dibuatnya. Tiba-tiba je panggil jungkook tu kookie.

"Haah. Noona yang bagi gelaran tu kat aku. Kenapa? Jeles?" agak pedas ayat Jungkook bagi Jimin. Member yang lain, hanya diam tidak berkutik. Tak tahu sama ada mahu masuk campur, atau mendiamkan diri.

Jihyo mula berasa tidak selesa dengan pandangan mata Jungkook dan Jimin. Seolah-olah ada api yang sedang membara di tengah-tengah.

"Jihyo,"

Jihyo menoleh ke belakang. Keningnya diangkat.

"Jom" Sehun menarik tangan Jihyo dan digenggam dengan kemas. Seakan-akan tidak mahu melepaskan. Bayangan mereka berdua hilang ditemani ekor mata jimin dan jungkook. Hati mereka berdua cukup membara dengan adegan pegangan tangan antara Sehun dengan Jihyo tadi. Sehun pula seperti memberi pandangan mengejek kepada jimin dan jungkook. Mereka berdua mula berasa tercabar dengan Sehun.

💕💖💕

Hanya cengkerik yang menemani sepanjang perjalanan. Tiba-tiba Sehun bersuara.

"Kejap lagi aku turunkan kau kat klinik sorang-sorang. Pandai pandai kau lah nanti uruskan" pandangan Sehun hanya menumpu ke hadapan. Wajah jihyo yang berkerut langsung tidak dipandang.

"Awak nak pergi mana?"

"Rahsia"

"Kita tak payah lah pergi klinik. Gastrik saya kan dah hilang. Nak buat apa pergi sana lagi kan? Jadi, kita pergi je kat tempat yang awak ada hal tu"

"No!!" laju Sehun membantah.

"Kau kena pergi klinik jugak, Song Ji Hyo" ujar Sehun dengan lebih keras.

"Tapi...saya nak ikut awak. Saya takut sorang-sorang kat klinik"

Sehun menghela nafas. Satu masalah dah timbul. Nak tak nak, dia terpaksa kena teman si Jihyo ni

"Ye lah. Tapi, kau yakin kau nak ikut aku lepas ni?" tanya Sehun sekali lagi. Bukannya apa, Jihyo ni perempuan. Buatnya kalau.......................eh, Wahai Oh Sehun, kau risaukan dia ke? Ey, memang tak lah! Just kalau dia takut kang susah nanti.

Jihyo mengangguk kepala dengan laju. Yakin, bahawa dia mahu mengikut sehun.

"Ok, jangan menyesal"


💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now