🔥Bab 21🔥

1.4K 120 0
                                    


Pusing kanan. Lepastu, pusing ke arah kiri pula. Jihyo mengeluh perlahan. Dia tidak dapat tidur. Jam di tepi dipandang sekilas. Dah pukul 12:10 a.m.

Jihyo memandang siling di atas dan termenung. Entah kenapa, tiba-tiba bayangan Sehun yang terngiang-ngiang di kepala. Dia dah balik ke belum eh? Dia dah makan ke belum?

Sekali lagi Jihyo mengeluh. Dia bangun dari pembaringan dan menuju ke arah pintu. Dia mahu ke dapur kerana tekaknya sedikit haus.

Perlahan-lahan Jihyo menuruni tangga kerana takut kalau penghuni rumah yang lain terbangun. Dia mencapai gelas kaca yang tersusun elok di rak. Dituangnya sedikit air mineral di dalam gelas tersebut lalu diminum. Pergh, lega.

Jihyo membasuh cawan itu dan diletakkan kembali di tempat asal. Ketika dia mahu menaiki tangga untuk menuju ke arah biliknya, tiba-tiba pintu rumah dikuak dari luar.

Sehun.

Jihyo hanya melihat kelibat Sehun yang sedang bergelut mahu membuka tali leher. Oleh kerana berasa kasihan, Jihyo terus meluru ke arah Sehun dan menolongnya membuka tali leher tersebut. Sehun kelihatan terkejut dengan kedatangan Jihyo secara tiba-tiba. Tapi, dia hanya diam tanpa sebarang reaksi.

Setelah tali leher dapat dibuka, Sehun menolak tubuh Jihyo perlahan ke tepi. Dia terus memulakan langkah mahu naik ke atas bilik tanpa mengucap apa-apa dekat Jihyo. Jihyo sedikit terkedu. Lantas lengan Sehun dipegang. Automatik langkah Sehun terhenti. Sehun menoleh ke belakang dan memandang wajah Jihyo.

"Asal kau n....." belum sempat Sehun mahu menyambung ayatnya, Jihyo terus memotong.

"Kenapa awak jauhkan diri dari saya, Sehun? Saya ada buat salah dengan awak ke? Saya minta maaf. Saya tak selesa dengan keadaan kita macam sekarang. Tak bertegur, mahupun bertembung. Saya tinggal dekat rumah awak Sehun. Saya rasa macam nak keluar dari sini. Saya betul-betul rasa tak selesa. Please, Sehun. Kalau awak tak suka saya tinggal dekat sini, saya boleh keluar dari sini" pegangan tangan Sehun dilonggarkan sedikit. Jihyo menunduk kepala ke bawah.

"Kalau kau keluar pun, kau ada rumah ke? Cuba fikir sikit. Aku dah bagi kau tinggal kat sini pun dah cukup baik. Yang menggatal sangat nak keluar tu kenapa?" marah Sehun. Jihyo semakin menundukkan kepalanya ke bawah kerana takut. Dia hanya membisu.

"Tak payah nak keluar dari sini. Duduk je sini. Senang" sejurus sahaja Sehun berkata demikian, dia terus sahaja menaiki tangga dan membiarkan Jihyo bersendirian di bawah.

Sehun menutup pintu biliknya perlahan. Dia baring di atas katil. Kata-kata Jihyo masih terngiang di kepala.

'Saya rasa macam nak keluar dari sini'

Sehun menggeleng kepalanya berkali-kali. Dia tidak akan sesekali melepaskan Jihyo pergi. Dia tidak tahu kenapa. Dia berasa seperti berat mahu melepaskan Jihyo.

*****

Jihyo menaiki tangga dengan perlahan-lahan. Dia memikirkan ayat Sehun tadi. Kenapa ayat Sehun macam Sehun tak bagi dia keluar dari rumah ni? Pelik.

Jihyo termenung. Tiba-tiba satu pegangan tangan menyentuh bahunya. Cukup membuat dia terkejut.

"Eh, kookie! Terkejut noona. Kookie kenapa tak tidur lagi ni?" soal Jihyo. Dia memandang wajah Jungkook yang tersengih.

"Mian sebab buat noona terkejut. Kookie tak sengaja. Kookie tak boleh tidur lah noona. Kookie nak tidur dengan noona, boleh?" pinta Jungkook. Dia membuat aegyo sehabis mungkin untuk mengambil hati Jihyo. Namun, Jihyo hanya membalas dengan ketawa.

"Apa noona ni. Gelak-gelak. Kookie tak nak kawan" Jungkook memandang ke arah lain. Merajuk katakan. Manja betul.

Jihyo menghabiskan ketawa sambil menekan-nekan perutnya yang kempis itu. Baginya, permintaan Jungkook tadi lawak. Sesuai untuk jadikan bahan ketawa orang ramai. Jungkook....Jungkook. Macam budak kecik.

"Okay, okay. Noona minta maaf. Kookie-ah, kookie mana boleh tidur dengan noona. Kookie dah besar tau. Nanti kang tak pasal-pasal kena kahwin sebab tidur sekatil. Tahu tak?" balas Jihyo sambil mencuit sedikit hujung hidung Jungkook.

Jungkook kembali memandang wajah Jihyo dengan sebaris senyuman di pipi.

"Kookie sanggup je kahwin dengan noona" ucap Jungkook. Riaknya bersahaja.

Jihyo memandang Jungkook lalu menghadiahkan cubitan di lengan. Gatal betul. Jungkook mengaduh kesakitan sambil tangannya mengusap-ngusap tempat yang kena cubit dengan Jihyo tadi.

"Padan muka. Menggatal lagi. Kookie, noona dah mengantuk. Noona masuk tidur dulu eh?"

"Ye lah" jawab Jungkook. Jihyo memberi senyuman ke arah Jungkook sebelum masuk ke dalam biliknya. Jungkook hanya melihat.

'Kalaulah apa yang noona cakap pasal kahwin tu, jadi kenyataan'






💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now