🔥Bab 51🔥

1K 85 2
                                    

"Lusa, ada majlis dekat company aku"

Jihyo mengerut kening. So? Apa kena mengena dengan dia pula? "Okay, kenapa bagitahu saya?" soalnya kembali.

"Sebab kau pun kena pergi sekali dengan kitaorang lusa, ara? Tiada bantahan. Titik!" ucap Sehun tegas. Jihyo menggigit bibir. Oh Sehun, betapa kejamnya dirimu~~

"Shireo! Saya tak ada baju" bantah Jihyo sambil memuncungkan bibirnya. Sesuka hati je nak arahkan orang.

"Ada aku kisah? Kau pakai je lah baju yang ada. Memilih betul" Jihyo mencebik sambil mengutuk lelaki itu perlahan.

Sehun berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata, dibiarkan Jihyo sendirian. Jihyo menjegil mata. Sakit pula hati dengan perangai Sehun. Dia mendengus geram.

Di bilik, Sehun membuka telefon bimbit. Dia mencari dress yang sesuai untuk Jihyo di online. Dress berwarna putih yang disaluti manik-manik kecil menarik perhatiannya. Tanpa berfikir panjang, dia terus menekan button 'buy' . Kemudian, beralih pula untuk mencari kasut yang sesuai. Kasut tumit tinggi yang turut berwarna putih dipilih. Perfect. Sehun tersenyum nipis sebelum menutup kembali telefonnya.

-

Jong Nam memandang jengkel kepada lelaki yang berada di hadapannya ini. "Mana kata-kata kau tu, huh? Kau cakap, nak keluarkan aku dari sini. Kau mainkan aku ke, bodoh?"

Lelaki itu ketawa perlahan. "Hey, rileks lah. Esok kau dah boleh keluar. Aku dah jamin. Malam ni, kau berseronok dulu ye..." Jong Nam memandang lelaki itu atas bawah.

"Okay. Btw, kau dah buat plan selepas ni?" Lelaki itu membalas dengan ketawa. Kemudian, dia memandang kearah Jong Nam dengan menyengetkan sebelah bibirnya.

"Dah, aku cuma tunggu kau je" Kepala Jong Nam terangguk dan terus berlalu pergi dari situ.

💕💗💕

Miyoung tertunduk kepalanya kebawah kerana ketakutan. Wajah Sehun bengis ketika itu. Nafasnya turun naik. Kertas kerja yang 'dimandi' dengan air kopi dipandang dengan penuh geram.

"Kau memang tak reti nak kerja ke apa hah?!! Kau ingat, projek ni murah ke?! Sekarang, aku nak kau copy paste balik semua ni! Aku nak semuanya macam asal balik!!"

Bergema suara Sehun di dalam bilik. Dia tidak dapat menahan amarahnya. Cepat-cepat dia duduk agar kemarahannya kendur. Bebola matanya memandang wajah Miyoung yang tertunduk ketakutan.

"Kau buat apa lagi kat situ?! Keluar!!!"

Tergopoh-gopoh tubuh gadis itu keluar dari bilik Sehun lalu tanpa sengaja, dia terlanggar seseorang yang baru sahaja mahu masuk ke dalam bilik itu. Dia langsung tidak sempat melihat wajah lelaki itu akibat terlalu takut.

"Eo?" Jungkook melihat kosong kearah gadis yang tidak sengaja melanggarnya tadi. Kepalanya menggeleng perlahan.

"Kau buat apa kat sini?" Jungkook tidak menjawab, malah dia duduk berhadapan Sehun.

"Saja. Takkan tak boleh, hm?" Sehun tidak membalas apa-apa. Curiga. Satu perkataan yang cukup dapat menggambarkan pandangannya terhadap Jungkook. Dari dulu lagi.

"Uish, banyaknya kerja. Tak penat ke? Kesian pulak aku tengok" kata Jungkook dengan matanya tidak lekang dari memandang Sehun.

Sehun jengkel. Dia mengabaikan kata-kata Jungkook dan mula fokus dengan kertas-kertas yang bertaburan di atas meja.

"Nampaknya, orang tu tak sudi pulak nak berbual dengan aku. Gwaenchana, gwaenchana" Jungkook berdiri.

"Apa-apa pun, MIANHAE, Oh Sehun. Annyeongg" Sehun tercengang. Kelibat Jungkook telah lesap dari pandangan mata.

Kenapa dia mintak maaf?

Dengan pantas, Sehun membuka telefon bimbitnya dan terus didekap pada telinga.

"Aku nak kau siasat pasal Jeon Jungkook. Ikut dia kemana je dia pergi. Nanti aku bank in duit"



💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now