🔥Bab 5🔥

2.2K 170 16
                                    


Matahari yang memancar di atas wajah Sehun telah menyebabkan jejaka itu bangun dari tidurnya. Rasa mengantuk masih lagi berbaki. Tapi, dia perlu bangun kerana kerja yang masih berlambak di office. Jam yang terletak di tepi katil dipandang.

"7:30 pagi..."

Sehun bangun lalu mengemaskan tempat tidurnya yang berselerak. Itulah rutin hariannya apabila bangun dari tidur. Dia cukup tidak suka apabila cadar katilnya tidak disusun dengan elok.

Sehun melangkah menuju ke bilik air. Pintu dikunci. Bunyi percikan air telah menandakan bahawa dia sedang mandi.

Sehun menuruni tangga dan menuju ke arah dapur. Perutnya berkeroncong meminta isi makanan. Sampai di dapur, bau aroma yang sedap menusuk dalam rongga hidung sehun. Terkejut sehun. Makanan yang banyak terhidang di atas meja dipandang.

"Eh, banyaknya makanan. Kenapa masak banyak sangat d.o?" tanya sehun kehairanan.

"Eleh. Buat-buat tanya pulak. Kan ada tetamu. Tu yang aku masak banyak sikit. Hish" usai menjawab, d.o menyambung semula perbuatannya yang tergendala tadi.

Sehun mendiamkan diri. Macam mana d.o boleh tahu yang ada tetamu?? Pelik. Dahi sehun berkerut-kerut memikirkan hal itu.

"Tak payah nak kerutkan dahi tu sangat. Kang aku stereka dahi kau. Biar jadi elok balik. Yang pasal macam mana aku tahu tu, aku dah dapat tahu dari semalam lagi masa jungkook bawak perempuan tu masuk rumah. Aku malas nak tanya. Tu yang aku diam je" kata d.o. Macam lah dia tak tahu. Dahi sampai berkerut-kerut sebab nakkan jawapan. Haih.

Sehun hanya membuat mulut berbentuk 'o'. Jem berperisa coklat diambil lalu disapu atas roti bakar. Sehun mengunyah roti tersebut dengan lahap. Itulah makanan yang akan dia makan setiap pagi. Roti bakar, jem coklat. Dua bahan tu pun dah cukup untuk time breakfast. Tak payah susah-susah. Kan?

D.o menggeleng kepala melihat telatah sehun. Dia mengambil kuali kesayangannya lalu terus diketuk menggunakan senduk besi ditangan.

"Bangun! Bangun!! Bangun!!!" jerit d.o bersama alunan yang tercipta dari hasil ketukan antara kuali dan senduk kesayangannya. Memang itu yang dia buat pada setiap pagi kerana itu je cara untuk menyuruh penghuni rumah bangun dari tidur.

Tergopoh-gopoh manusia-manusia yang bangun kerana terkejut. Ada yang ulang alik sebab tak tahu nak pergi mana. Ada yang menjerit. Ada yang mengeliat. Aduih, macam-macam. Nasib kawan je.

Dalam sekelip mata, semua dah duduk tempat masing-masing di meja makan. Makanan disuap ke dalam mulut dengan gelojoh. Ish. Ish. Anak sapa lah semua ni. Macam tapir tak makan seminggu!

"Sehun, asal ada kerusi kosong sebelah kau tu? Nak suruh jin duduk ke?" tanya baekhyun. Jin tersedak.

"Heii tahula lah nama aku sama dengan jin tu. Hok aloh" jin menjeling baekhyun. Makanan disuap di dalam mulutnya lagi.

"Aik, kau terasa ke?" baekhyun mengangkat-ngangkat kening ke arah jin. Jin membisu. Malas hendak melayan karenah si eyeliner.

"Mende korang ni? Depan rezeki pun nak gaduh. Dah, stop. Makan cepat" xiumin selaku paling tua dalam rumah, terus bersuara.

"Ye lah.." kata baekhyun dan jin serentak.

"Pfffttt. Haahhahahahahahahah. Kena marahhhh" chen gelak sakan bersama si peneman, chanyeol. Mereka berhigh-five. Jin dan baekhyun pula, berpura-pura tidak nampak.

"Hi. Good morning!" satu suara menerjah dari arah tangga. Mereka berenam belas tepat memandang gerangan empunya suara. Semuanya kaku. Diam tidak berkutik.

'Wahhh..cantiknya dia' -jin

'Siapa dia ni? Tapi, cantik' -chanyeol

'Who is she??!' -suho

'Beautiful girl' -kyungsoo

'Sejak bila ada penghuni baru ni?' -xiumin

'Woww!' -suga

'Auww..pretty gila pompuan ni' -chen

'Tantiknya..dah ada namchin ke belum eh?' -jhope

'Aik. Siapa pompuan ni? Dia salah rumah ke? Ke, aku yang salah rumah?' -lay

'Her face..natural. I like' -rapmon

'Ada bidadari jatuh dari langit ke ni?! Apesal cantik sangat??!' -baekhyun

Hanya sehun, kai, jimin, taehyung dan jungkook sahaja yang termenung jauh. Mereka tidak sangka jihyo mempunyai wajah yang cantik. Wajah jihyo yang mereka lihat semalam pun dalam samar-samar kerana gelap.

Sehun yang mula sedar, terus berdehem. Terhenti berangan mereka bersepuluh kecuali kyungsoo akibat sehun.

"Jihyo, sini" jihyo pun segera meluru ke arah sehun.

"Erm, aku nak perkenalkan. Ni song ji hyo. Panggil je dia jihyo" usai sehun memperkenalkan jihyo, jihyo pun terus membongkokkan badannya kepada 'manusia-manusia' yang berada di hadapannya.

"Annyeonghasaeyo!! Jihyo imnida" sapa jihyo mesra. Senyuman manis diukir. Siapa yang tengok, confirm akan cair!

Suasana yang sunyi, terus bertukar menjadi riuh. Bermacam-macam soalan yang keluar dari mulut busuk mereka kerana tidak menggosok gigi dahulu sebelum menerjah makan.

"Awak tinggal kat mana?"

"Umur awak berapa?"

"Awak ok tak duduk kat sini?"

"Awak ada oppa? Or, dongsaeng?"

"Awak masih belajar ke?"

"Belajar dekar mana?"

"Awak ada kawan lelaki tak?"

"Nak jadi namchin awak boleh?"

"Awak ada oppa angkat tak? Nak jadi oppa angkat awak boleh?"

"Ada nama samaran? Nak tahu"

"Makanan kesukaan awak apa? Nanti d.o buatkan"

D.o terus memberi pandangan tajam ke arah baekhyun. Pandai-pandai je cakap macam tu kat orang. Buatnya kalau dia mintak macam-macam. Siapa yang susah? Kyungsoo jugak. Baekhyun tersengih sambil membuat peace.

"Haih, korang dah la tu. Kesian jihyo lelah sebab nak menjawab soalan korang yang tak boleh pakai tu" serentak mereka semua memberikan jelingan tajam kepada Kai. Kai mengabaikannya dan terus menyambung makan.

"Jihyo, duduklah kat kerusi kosong sebelah sehun tu. Awak makan je lah dulu. Ambik je. Tak yah malu-malu dengan kiraorang" pelawa taehyung. Jihyo menganggukkan kepala dan duduk di kerusi sebelah sehun. Pinggan dicapai dan dia menyedok nasi goreng kimchi lalu dimasukkan dalam mulut. Jihyo meneruskan perbuatan yang sama sehinggalah tiada sedikit pun butir nasi yang tercicir. Ahli yang lain juga turut melakukan perkara yang sama kecuali...

Jimin dan jungkook. Mereka keliru dengan perasaan masing-masing. Adakah mereka sudah jatuh cinta? Jatuh cinta pada orang yang sama? Tetapi, pada masa yang sama, seseorang turut merasakan perkara yang sama. Siapa orangnya?









💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now