🔥Bab 27🔥

1.3K 113 15
                                    

"Hun, lapar~~~~" rengek Kai kelaparan. Sehun memekakkan telinga. Malas mahu melayan. Sekarang, Kai berada di dalam bilik Sehun. Bosan duduk sorang-sorang dalam bilik katanya.

"Hun!! Aku lapar!!" kali ini, Kai menjerit pula. Sehun yang sudah mula hilang sabar, berdiri menghadap ke arah Kai. Wajah Kai ditenung tajam.

Kai pula, membalas tenungan tajam Sehun. Langsung tiada rasa gentar di dalam hatinya.

"Kau ni kan. Kalau lapar sangat, pergilah turun bawah!! Tu pun nak suruh aku cakap ke?!" tengking Sehun dengan bengang. Tersentak Kai dibuatnya.

"Alah kau ni. Sikit-sikit nak tengking. Kau lupa ke yang kita kat Australia? Aku manalah fasih sangat dalam bahasa inggeris ni. Tu yang aku ingat nak ajak kau makan sekali" ujar Kai. Sehun kehilangan kata-kata. Lagipun, salahnya juga sebab tengking orang yang tak bersalah.

"Hish. Ye lah. Kau pergi bersiap sekarang"

"Kau?"

"Aku nak bersiap lah ni" Sehun menjeling Kai. Kai tersengih lalu menuju ke arah biliknya yang terletak di sebelah bilik Sehun.

*****

Sehun dan Kai kedua-dua mengenakan tshirt berwarna hijau gelap. Kai hanya memakai seluar track suit. Sehun pula, memakai seluar jins ketat.


Mereka berdua bersama-sama menuju lobi di hotel itu. Miyoung yang ternampak kelibat mereka berdua, terus melihat cermin.

'Ok, complete. Cantik kau Miyoung' getus hati Miyoung yang sedang memuji diri sendiri.

"Cik, kat mana eh cafe yang terdekat kat sini?" Terberhenti perbuatan Miyoung apabila suara seorang lelaki menerpa di dalam deria pendengarannya.

'Ni mesti kawan Sehun. Kawan dia pun hensem jugak. Memang sempadan jadi kawan' detik hati Miyoung. Dia kemudiannya memandang Sehun yang berada di sebelah Kai. Sehun hanya membuat muka yang tiada perasaan kepada Miyoung. Miyoung berdecit perlahan.

"Erm, tuan lalu je kehadapan sikit. Then, pusing kanan and nampaklah cafe kat situ" jawab Miyoung dengan menghiasi senyuman manis di bibir.

"Ok, terima kasih. Btw, nama saya Kim Jongin ataupun kalau nak senang, panggil je Kai. And one more, jangan panggil saya dengan panggilan 'tuan', saya tak selesa" ujar Kai dengan membalas senyuman Miyoung. Dia pun menghulurkan tangan kepada Miyoung.

Miyoung menyambut huluran Kai dengan lembut.

"Nice to meet you" kata Miyoung.

"Nice to meet you too"

"Kalau kau ajak aku turun semata-mata sebab kau nak berkenalan dengan dia, baik tak payah. Aku tengah lapar ni" ujar Sehun sambil menjeling ke arah Kai. Kai tersengih.

"Okk. Mian, mian"

"Hm, Miyoung? Saya pergi dulu"

"Ouh okay"

Serentak dengan itu, Kai dan Sehun pun berjalan ke arah yang Miyoung katakan tadi untuk pergi ke cafe. Sempat lagi Sehun menjeling Miyoung. Miyoung tersenyum dengan jelingan Sehun. Pelik Sehun. Tak pernah-pernah pun dia tengok orang yang kena jeling tu, senyum. Sah sah perempuan ni gila.

"Dia jeles lah tu. Auww sweet lah Sehun ni. Macamlah aku tak nampak yang dia senyap je masa aku berborak dengan Kai tadi. Mesti cemburu tahap gaban. Auch!" kata Miyoung sendirian. Dia tersenyum gembira apabila bayangan wajah Sehun menerpa pandangan mata.

*****

"Hun, aku tengok si Miyoung tu kan..macam dia syok kat kau lah" kata Kai sambil minum air malco coffee yang baru diordernya tadi.

"Kau gila? Biar je lah perempuan tu nak suka aku ke ape. Aku tak kisah. Biarkan je" jawapan Sehun membuatkan Kai tidak berpuas hati. Lalu dia memandang tepat pada wajah Sehun.

"Hun, sampai bila kau nak berkeras hati dengan perempuan? Cuba kau berlembut sikit dengan perempuan. Aku yang tengok pun rasa kesian tau tak? Kau langsung tak ada rasa bersalah ke, Oh Sehun? Jihyo tu. Tangan dia merah menyala sebab kau cengkam dia haritu. Padahal, bukannya besar mana pun kesalahan dia. Dia cuma keluar dengan Jimin je. Takkan lah kau jeles? Kau cemburu, Oh Sehun? Kau cemburu sebab diaorang keluar berdua? Kau dah jatuh cinta dengan Jihyo?" berjela-jela Kai meluah kepada Sehun.

Sehun kehilangan kata-kata. Ada betulnya jugak apa yang Kai cakap. Dia memamg berkeras hati dengan perempuan sejak jadi mafia ni. Pasal Jihyo? entah. Dia rasa marah masa tu sebab nampak Jihyo balik dengan Jimin. Berduaan. Dalam tengah malam. Mestilah dia rasa marah. Dia jatuh cinta dengan Jihyo? Ouh nope! Dia langsung tak ada rasa sayang terhadap Jihyo.

"Aku nak naik atas dulu" jawab Sehun yang tukar topik. Dia pun bangun dan menuju ke bilik.

Kai hanya melihat kelibat Sehun yang semakin menghilang. Dia menggeleng kepala. Dia sendiri pun tak tahu sampai bila Sehun akan jadi macam tu.


💫BERSAMBUNG💫

Sorry silap..wattpad brmasalah😅

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now