🔥Bab 43🔥

1K 91 1
                                    


Ketika ini, mereka semua sedang membuat satu bulatan kecil. Jihyo memandang mereka semua satu persatu dengan kehairanan. Kenapa kena buat bulatan pula tiba-tiba ni?

Selepas sahaja dia bertanya soalan tentang Hyera tadi kepada Rapmon dan Lay, laju sahaja mereka berdua memanggil satu persatu member yang lain untuk berkumpul. Sampailah jadi satu bulatan ni. Seperti ini.

"Kenapa kena berkumpul pulak ni, Rapmon?" soal Taehyung yang tertanya-tanya.

"Okay, tadi Jihyo ada tanya pasal Hyera. Itu yang aku panggil korang semua ni" terang Rapmon untuk menjawab pertanyaan Taehyung termasuk mereka semua. "Jin, Suho, cuba korang tengok-tengok sikit sekeliling. Kot-kot ada Sehun ke. Habis kita nanti" sambungnya lagi lebih kepada memberi arahan.

Terjenguk-jenguk Jin dan Suho setelah menerima arahan Rapmon tadi. Semua tempat kosong. Okay, line clear.

"Maybe Sehun kat atas kot. Sebab tadi aku ada nampak dia naik atas" ujar Kai kepada mereka semua. Kepala Rapmon terangguk.

Dia menarik nafas lalu menghembusnya kembali. Kemudian, nafasnya ditarik lagi lalu dihembus. Keadaannya seperti mahu pergi lari maraton pun ada.

"Over betullah kau ni Rapmon. Setakat nak cerita je pun. Sampai nak tarik nafas bagai" Lantas Rapmon menjegil mata kearah Kyungsoo. "Ish, lantak aku lah"

"Wahai oppa-oppa sekalian, cepatlah cerita. Jihyo dah tak sabar nak dengar ni" ucap Jihyo kepada mereka semua kerana sudah tidak tahan dengan hatinya yang berombak-rombak perasaan ingin tahu.

"Macam ni, dulu Hyera tu hampir jadi separuh dalam keluarga ni. Dia tu girlfriend Sehun dulu. Diaorang memang dah rancang nak kahwin sebab Sehun tu terlalu cintakan Hyera. Tapi....." kata-kata Suho terhenti. Dia mencuit peha Kyungsoo agar lelaki itu menyambung kembali kata-katanya.

Kyungsoo menjuling mata keatas. Tak pasal-pasal dia pulak yang kena sambung. Dan dia pun menyambung, "Tapi, semua tu tak menjadi kenyataan sebab ada satu perkara yang berlaku"

Jihyo menekup mulut. Tidak menyangka lelaki seperti Sehun telah melalui detik-detik yang perit seperti itu. "Apa yang berlaku?" soalnya.

Kyungsoo menyambung lagi, "Pada mulanya, Hyera langsung tak cintakan Sehun. Dia bercinta dengan Sehun pun sebab harta. Dan, dia ada lelaki lain belakang Sehun. Then, lelaki yang dimaksudkan tu, Choi Minho, suami Hyera sekarang"

Kalini Jihyo melopong. Mata duitan rupanya perempuan tu. "Then? Apa jadi?"

Kyungsoo pun mengangkat kening kearah Jin. Jin berdehem lalu berkata, "Lama-kelamaan tu, barulah Hyera dah mula cintakan Sehun. Masa tu, perkahwinan diaorang betul-betul dah dekat. Lagi seminggu kalau tak silap. Tapi, semuanya dah hancur bila Sehun dah tahu niat sebenar Hyera terhadap dia. Sedangkan, masa tu, Hyera betul-betul dah insaf tapi itulah, Jihyo pun tau kan yang Sehun tu panas baran?"

Jihyo mengangguk-nganggukkan kepala tanda setuju. "Lepastu pulak?" soal Jihyo lagi tidak sabar.

"Oppa dah penat. Haus. Suruh Kai pulak yang cerita" ujar Jin sambil membuat gaya yang dia begitu haus. Kai mengecilkan mata. "Yelah, yelah. Aku sambung" Matanya dialih arah Jihyo.

"Lepas je Sehun tahu pasal tu, hati Sehun terus berubah jadi benci dekat Hyera. Setiap hari, dia pukul Hyera bila perempuan tu nak minta maaf balik kat Sehun. Lebih kurang dalam 3 minggu jugaklah, Hyera asyik kena pukul. Kitaorang cuma mampu tengok je. Nak tolong pun tak boleh sebab awal-awal lagi Sehun dah ugut kitaorang. Last-last, Hyera dah give up. Dia larikan diri. Sejak dari tu la, Sehun dah sedar kesalahan dia. Barulah dia sedar yang kaum perempuan tak patut dikasar. Lepastu, Sehun dah jadi macam..macam anti jugaklah kalau tengok perempuan kena pukul. Kalau dia sendiri yang pukul perempuan lagi, itu memang dia betul-betul tak sedarkan diri" terang Kai panjang lebar. Tangannya mencapai segelas air kosong lalu diteguknya perlahan. "Faham tak cerita tu?"

"Faham" balas Jihyo sepatah. Dia masih lagi dalam keadaan yang tidak percaya. Tidak sangka begitulah telah terjadi kepada mafia Oh Sehun tu.

"Lepas je dari kejadian tu, Sehun dah tak fall in love dengan mana-mana perempuan lagi. Tapi itulah, rasa macam magic pun ada. Sebab,, " kata-kata yang diaturkan oleh Xiumin dibiar tergantung. Sengaja lelaki itu mahu melihat reaksi Jihyo.

Mimik muka Jihyo tertanya-tanya. "Sebab??" soalnya.

"Sebab, dia dah jatuh cinta dengan sorang yeoja ni" Suga menolong Xiumin untuk menyambung ayat yang tergendala tadi.

"Nugu?"

"Alah, nanti Jihyo akan tahu jugak"

Jihyo cemberutkan muka. Bagitahu aje la sekarang. Kan senang. Dalam hati, mula rasa kacau bilau. Perasaan ingin tahu siapa yeoja itu membuak-buak.

Dari jauh, Sehun hanya memerhatikan mereka semua. Ya, dia mendengar setiap butir yang keluar dari mulut mereka. Pada mulanya, dia mahu menghalang, tetapi dia baru sedar bahawa lambat laun Jihyo akan tahu juga tentang perkara itu. Jadi, dia hanya membiarkan.  Lantas kakinya bergerak menuju ke biliknya semula dengan seribu satu perasaan.

Dia dah jatuh cinta?

Dengan siapa?

Takkanlah..

Jihyo?







💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now