🔥Bab 25🔥

1.4K 110 0
                                    


Sehun menghembuskan nafas kecil. Sekarang, dia dengan Kai sudah sampai di tanah Australia. Salah satu teksi yang lalu-lalang ditahan oleh Sehun. Dia mengetuk cermin tingkap teksi itu. Dengan perlahan-lahan, cermin tingkap teksi itu turun.

"Is there a taxi?" tanya Sehun. Dia terpaksa menundukkan sedikit kepala ke bawah kerana teksi itu lebih rendah berbanding Sehun.

"No" balas pemandu teksi itu.

"Ouh okay. Can you send me and my friend to this location?" Sehun menunjukkan secebis kertas berwarna putih kepada pemandu teksi itu.

Pemandu teksi itu melihat apa yang ditunjuk oleh Sehun dengan teliti. Setelah itu, pemandu itu menganggukkan kepala.

"Sure"

"Okay. Wait here"

Pemandu teksi itu mengangguk.

"Kai! Jom cepat! Dah ada teksi kat depan" ujar Sehun. Dia menarik beg bagasinya keluar dari airport. Kai pula terkebil-kebil. Dia blurr seketika.

Proses

Proses

Dan..yes! Dah dapat

"Tunggu aku!!" jerit Kai. Nasib baik orang yang ada kat airport tu tak ambil kesah. Kalau tak, dah lama Kai dapat malu free.

*****

"Kai, kau dah tempah hotel?" soal Sehun. Tangannya sibuk mengangkat beg bagasinya itu untuk dimasukkan ke dalam bonet teksi yang baru ditahannya tadi.

"Dah" jawab Kai sepatah.

Sehun hanya mengangguk. Kemudian, pintu tempat di sebelah pemandu teksi dibuka dan dia terus masuk. Kai mencebik. Baru je nak duduk kat situ. Si Sehun ni pulak ambik dulu. Duduk belakang je lah jawabnya~~

Setelah setengah jam berada di dalam perjalanan, akhirnya teksi itu sampai di hadapan hotel yang mewah.

Sehun membuka pintu kereta. Begitu juga dengan Kai. Mereka berdua melihat hotel yang berdiri tegak di hadapan mereka berdua.

"Kau tempah hotel ni berapa malam?" soal Sehun. Dia menjeling Kai sekilas.

"6" jawab Kai.

Sehun hanya mengangguk. Pemandu teksi yang sudah siap mengangkat beg bagasi mereka dipandang.

"How much?"

"Ten dolar" jawab pemandu teksi itu.

Lalu, Sehun pun menghulurkan beberapa not wang kertas kepada pemandu teksi itu. Pemandu itu menyambut dan terus masuk ke dalam keretanya.

Sehun hanya melihat. Hatinya menyumpah seranah dekat pemandu teksi itu yang langsung tak berbudi bahasa.

"Kau pehal pandang-pandang teksi tu? Ada hajat nak naik lagi?" usik Kai. Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Kalau kau rasa tak nak peluru aku ada dalam perut kau, baik kau diam" balas Sehun dalam bentuk amaran. Dia ingat lawak ke? Orang tengah geram. Boleh pulak dia cakap macam tu.

"Alah. Rileks arh. Sikit-sikit peluru. Aku ni kawan kau kot. Kau dah tak sayang aku ke? Huuu~ sedihnyaaa kiteww" Kai mengesat air mata palsunya. Konon-konon sedih dengan ayat Sehun.

Sehun roll eyes. Dia pun terus berjalan ke kaunter di dalam hotel itu kerana malas mahu melayan. Dibiarkan Kai bersendirian dengan drama sinetron dia.

"Yes? Is there anything I can help?" tanya penjaga kaunter itu. Sehun mengangguk.

"Wait, are you from Korea?" tanya penjaga kaunter itu lagi. Sekali lagi, Sehun mengangguk. Langsung tiada perkataan yang keluar dari bibir munggilnya. Penjaga kaunter itu tersenyum.

"Saya pun dari korea jugak. Nama saya, Miyoung. But, kalau nama inggeris saya, Rose. U can call me Miyoung or Rose" Miyoung terus memperkenalkan dirinya tanpa diminta. Tangannya dihulur ke arah Sehun tanda mahu berkenalan.

Sehun mencapai huluran tangan Miyoung. Miyoung pula tersenyum malu kerana hulurannya disambut.

"Oh Sehun. Just call me, Sehun" kali ini, giliran Sehun pula untuk memperkenalkan diri.

"Nice name. Sama macam tuannya" Miyoung senyum-senyum malu. Sehun pula hanya membuat muka tiada perasaan. Dia langsung tak terpikat dengan pujian Miyoung. Langsung tak.

"Kawan saya, Kim Jongin ada tempah dua bilik kat hotel ni" ujar Sehun lalu menukar topik. Dia langsung tak berminat mahu berkenalan dengan gadis itu. Hanya satu sahaja perkataan yang baginya layak untuk gadis itu. Iaitu, miang.

"Berapa malam eh?"

"6" sepatah Sehun menjawab. Sekali sekala matanya liar memandang sekeliling hotel itu. Konsep yang bagus. Corak pulak kreatif. Tiba-tiba dia merasakan bahu kanannya ditepuk perlahan.

Kai.

Sehun menjeling Kai. Mati-mati dia ingat perempuan miang tu yang pegang bahu dia.

"Kau nak apa?" bisik Sehun perlahan.

"Aku penat. Lambat lagi ke nak dapat bilik?" jawab Kai dengan nada yang turut membisik.

Belum sempat Sehun mahu membalas, tiba-tiba Miyoung memanggil nama Sehun.

"Sehun, ni kuncinya. Bilik awak, dekat tingkat 4, nombor 247 dan kawan awak, kat sebelah bilik awak je. Nombor 248" Miyoung menghulur dua bentuk kunci kepada Sehun. Sehun menyambut. Wajah Miyoung dipandang dengan pandangan yang sukar ditafsir.

Gugup Miyoung dibuatnya. Berdebar-debar jantung Miyoung apabila dia dengan Sehun ber eye-contact.

'Sehun pandang aku macam ni sebab dia minat kat aku ke? Oh my god! I cant breath!' jerit Miyoung di dalam hati. Dia berasa amat gembira ketika ini.

"Kau cuma pekerja hotel je kat sini. Boleh pulak kau panggilan aku dengan panggilan 'Sehun', huh? Mana panggilan 'Tuan Sehun' yang sepatutnya kau kena panggil? Bos kau tak ajar kau ke ape?" kata Sehun, sinis.

Miyoung terdiam. Sangkaannya tadi, meleset. Dia benar-benar berasa kecewa di dalam hati. Miyoung cuba untuk menenangkan hatinya dan mula tersenyum.

"Mianhae, Tuan Sehun. Saya....."

"Dah lah tu Sehun. Perkara kecik pun kau nak besarkan. Aku penat sangat-sangat dah ni. Bak sini lah kunci bilik aku" sampuk Kai. Dia berdiri menuju ke arah Sehun lalu dirampasnya kunci dari pegangan tangan Sehun.

"Jom lah pergi bilik" Kai merenget perlahan. Dia sudah tak kisah kalau ada orang yang melihat. Apa yang dia tahu, dia nak berehat secukupnya.

"Kau, bernasib baik sebab kawan aku dah selamatkan kau" ucap Sehun sebelum dia beredar bersama Kai dari situ.

Miyoung terduduk dan tangan kanannya memegang jantung.

"Fuh, debar gila tadi! Nasib baik kawan dia dah selamatkan. Kalau tak, habislah kena pecat" kata Miyoung sendirian. Bayangan Kai dan Sehun sudah lama menghilang.

'Aku dah jatuh cinta dengan Sehun sejak aku tengok dia buat kali pertama. Aku yakin. Aku akan buat udia balas cinta aku. Wait for me Oh Sehun' desis Miyoung dalam hati. Senyuman sinis diukir pada bibirnya.




💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now