🔥Bab 20🔥

1.4K 110 2
                                    


Sehun memandang sekujur tubuh seorang budak lelaki yang kira-kira umurnya sedikit tua berbanding dengan dirinya. Banyak persoalan yang timbul di dalam kepala Sehun. Terus sahaja lengan baju Tuan Oh ditarik. Tuan Oh pun memandang ke arah Sehun. Keningnya diangkat.

"Appa, siapa dia ni? Kenapa dia ada dekat sini? Mana omma dengan appa dia?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut kecil Sehun. Meminta untuk dijawab, tetapi hampa kerana Tuan Oh mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"Appa tak tahu" Sehun membisu. Sekujur tubuh yang masih terbaring di atas katil, dipandang dengan penuh soalan.

"Say..saya..kat..mana...ni?" budak lelaki yang tadinya tidak menyedarkan diri, kini sudah sedar. Dia ingin bangun dari pembaringan. Namun, Tuan Oh membaringkannya semula. Budak lelaki itu memandang Tuan Oh pelik.

"Pak cik ni siapa?"

"Kamu masih lagi lemah. Jadi kamu perlu berehat dulu" ucap Tuan Oh. Soalan yang diajukan tadi, diabaikan.

Budak lelaki itu mendiamkan diri. Dia merenung ke arah dinding yang di cat berwarna coklat di dalam bilik itu.

"Apa nama kamu?" soal Tuan Oh. Dia memberikan senyuman ke arah budak lelaki itu.

"Kim..Kim Jong Nam"

Tuan Oh hanya menganggukkan kepala. Sehun pula mendiamkan diri. Tidak pula mahu mengambil tahu tentang budak lelaki yang bernama Kim Jong Nam itu. Entah kenapa dia berasa seperti tak sedap hati dengan kehadiran Jong Nam. Seakan-akan Jong Nam akan merampas segala yang dia ada sekarang. Dia takut. Dia takkan biarkan semua itu terjadi. Takkan.

"Hun? Kenapa diam je ni? Hun dah ada kawan baru. Pergilah main dengan dia" ujar Tuan Oh. Lengannya memeluk kedua-dua belah bahu Sehun sambil tersenyum ke arah Sehun. Sehun hanya terkaku. Langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

Jong Nam hanya melihat tingkah laku anak beranak itu. Dia berasa iri hati terhadap Sehun. Sehun dapat appa yang baik seperti Tuan Oh. Kaya pula tu. Dia? Langsung tak da. Ada omma dengan appa, macam tak wujud. Omma dan appanya positif dadah. Mereka mengabaikan Jong Nam dan selalu membawa orang yang tidak dikenali bawak masuk rumah. Keadaan seperti itu membuatkan Jong Nam berasa tidak selesa lalu dia pun mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Selepas itu, dia pun berjumpa dengan Tuan Oh dan Sehun seperti sekarang.

"Jong Nam...." panggil Tuan Oh

"Ye...erm" percakapan Jong Nam terhenti. Dia bingung untuk memanggil Tuan Oh dengan panggilan apa.

"Appa....Jong Nam panggil ahjusshi dengan panggilan appa, ye?" ucap Tuan Oh yang seakan-akan faham dengan riaksi wajah Jong Nam. Sehun membulatkan mata. Dia memandang wajah appanya. Biar betul appanya menyuruh orang yang baru dikenali memanggilnya dengan panggilan 'appa'? Sungguh dia tidak percaya.

"Ok appa" lancar sahaja sebutan Jong Nam menyebut perkataan 'appa' kepada Tuan Oh. Pandangan dialihkam ke arah Sehun yang membisu. Senyuman yang penuh bermakna dihadiahkan kepada Sehun. Sehun hanya melihat dengan kerutan dahi. Jong Nam tekad. Dia akan rampas Tuan Oh dari Sehun. Ya. Dia yakin.

*****

"Appa...Sehun tak bagi Jong Nam main game....." Sehun memandang tajam ke arah Jong Nam. Marah. Marah dengan sikap Jong Nam yang semakin menjadi-jadi. Walaupun sudah lima tahun masa berlalu. Hari demi hari semakin teruk.

"Oh Sehun..bagilah hyung kamu main game yang appa beli haritu" ucap Tuan Oh. Sehun berdecit geram.

"Appa! Jong Nam bukan hyung Hun! Hun tak ada hyung macam Jong Nam!! Dia jahat!! Selalu nak cari salah Hun!!!" jeritan Sehun bergema di setiap sudut. Dia melepaskan segalanya. Dia sakit. Sakit sangat-sangat. Jong Nam mendera hati dan perasaan dia. Dia mahu mengadu kepada appanya, tapi?

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now