🔥Bab 15🔥

1.6K 134 1
                                    


Rambut Sehun dikusutkan dengan kasar. Rasa marah menguasai diri. Menyusahkan orang betullah pompuan tu! Ahli lain hanya memandang pergerakan Sehun. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Hun, kenapa dengan kau ni? Kau ada masalah ke?" Sehun memandang Suho dengan mendalam. Suho gugup. Namun, masih dapat dia mengawal. Sehun menghela nafas berat.

"Ada nampak Jihyo tak?" tanya Sehun sedikit lesu. Soalan Suho langsung dia tidak menjawab, malah diabaikan.

"Tak. Asal kau cari dia?" Jungkook tolong menjawab pertanyaan Sehun. Dia mula berasa curiga terhadap Sehun.

"Ada hal sikit dengan dia"

Lalu, Sehun pun merebahkan tubuhnya di atas sofa single. Dia lesu. Penat, habis semua dia rasa. Jari dipicit atas kepala untuk mengurangkan rasa pening yang semakin menular bebas di dalam saraf otaknya.

"Hal apa?" soal Taehyung pula.

"Adalah. Yang kau nak tahu sangat kenapa?" Sehun menjeling Taehyung. Pantang betul kalau suka menyibuk hal orang.

Tiba-tiba pintu rumah terbuka luas. Tersenggul bayangan Jimin dan Jihyo yang baru pulang. Mereka meneguk air liur melihat ahli lain yang turut memandang. Padangan Sehun jatuh ke arah Jimin. Rasa marah mula membara. Kemudian, pandangannya jatuh ke arah Jihyo pula. Rasa amarahnya semakin bertambah.

"Kau berdua pergi mana tadi? Lambat balik. Kau ingat ni hotel? Boleh keluar masuk sesuka hati?" Sehun memandang sinis ke arah Jimin dan Jihyo.

"Aku pergi sungai Han dengan Jihyo tadi. Nak cari ketenangan"

"Yang kau pergi ajak perempuan ni kenapa? Kau ada mintak izin dengan aku? And, nak cari ketenangan? " suara Sehun yang lantang mengejutkan Jihyo. Dia dapat merasakan tubir matanya mula panas.

"Kau nak menangis? Kau ingat air mata kau tu boleh buat aku rasa simpati dekat kau? Hell no! Bak sini kau" Sehun memegang pergelangan Jihyo dengan kuat. Jihyo mengaduh kesakitan.

"Aw...awak..sakit" semakin laju air mata Jihyo menurun di pipi. Namun, bagi Sehun, dia merasakan puas apabila melihat gadis di hadapannya ini menangis.

Jungkook mula rasa hilang sabar terhadap Sehun. Cukup keterlaluan!

"Sehun!! Lepaskan tangan noona!!" Jungkook berdiri dan memandang tajam ke arah Sehun

"Kenapa kau beria sangat? Ke, kau dah jatuh cinta dengan Jihyo?" ujar Sehun sinis. Jungkook terdiam.

"Hun, hun dah lupa ke perjanjian hun dengan appa dulu?" segera Xiumin menyampuk. Risau melihat Jihyo yang tidak henti-henti mengeluarkan air mata sebab kesakitan.

Sehun membisu. Dia mula teringat sesuatu.

'Antara peraturan nak jadi mafia, hun dengan yang lain tak boleh pukul perempuan'

Kata-kata appa Oh Baejin terngiang-ngiang di telinga Sehun. Pegangan tangan Jihyo dilepaskan secara perlahan-lahan. Jihyo mengusap tangannya yang merah menyala. Rasa pedih mula terasa di seluruh pegelangan tangan.

"Arghhh!!" Sehun menjerit dengan lantang. Dia terus berlari menaiki tangga menuju ke biliknya.

Bamm!!!

Sehun menghembas pintu dengan kuat. Kesemua ahli terhinjut bahu kerana terkejut. Jarang mereka melihat keadaan Sehun seperti sekarang melainkan kalau terlampau stress pasal kerja.

"Jihyo? Gwaenchana?" Jin menunjukkan riak muka risau kepada Jihyo. Pergelangan Jihyo yang masih merah menyala dipandang sepi.

Tiba-tiba Kai berdiri. Semua ahli memandang Kai serentak. Kai memandang mereka sekilas lalu dia menuju ke arah dapur. Setelah beberapa saat, Kai datang kembali membawa sebuah peti kecemasan di tangan.

"Jihyo, mari sini tangan awak. Saya nak sapu ubat tahan sakit sikit" lembut sahaja suara Kai ketika ini. Ahli lain membuntang. Tak pernah-pernah pun selama ni mereka mendengar Kai bersuara lembut, tapi harini cukup membuatkan mereka terpaku.

Jihyo mengangguk perlahan. Tangannya dihulur ke arah Kai lalu Kai pun segera menyambut. Dia langsung tidak bermaya untuk berlawan. Apa pun nak jadi, jadilah. Dia pasrah.

Jungkook dan Jimin hanya memandang perbuatan Kai terhadap Jihyo. Jimin menunduk. Jungkook pula, masih memandang dengan hati yang membara. Ya. Dia cemburu. Cemburu dengan Kai.

"Jihyo, Jimin. Dah makan?" tanya Kyungsoo. Dia sudah rasa seperti orang bertanggungjawab untuk menyoal tentang pemakanan orang lain. Baginya, permakanan sangat penting untuk diri sendiri dan diri orang lain.

"Dah" jawab Jimin perlahan.

"Semua bersurai lah. Masuk bilik masing-masing" kata Rapmon.

"Kai, tolong jaga Jihyo elok-elok eh. Aku wakilkan kau" Chen menepuk bahu Kai perlahan. Kai hanya mengangguk tanpa membalas kata-kata Chen.

"Ha betul. Aku pun wakilkan kau sebab aku dah mengantuk" kata Chanyeol pula. Dia menguap perlahan. Segera lengan Baekhyun ditarik untuk mengajaknya masuk tidur sekali.

"Apa tarik-tarik ni? Sakitlah capang. Kau nak tido, kau pergi lah naik dulu" Baekhyun mencebik.

"Ok, fine. Aku kunci pintu bilik. Pandai-pandai kau lah nak tidur nanti" Chanyeol pun terus beredar dari situ. Baekhyun yang sedikit penakut, segera berlari mengejar tubuh Chanyeol.

"Tunggulah aku Chanyeol!! Aku gurau je tadi! Aku dah mengantuk ni!! Bukaklah pintu bilik ni!!!"

Ahli yang lain hanya melihat drama sinetron chanbaek couple. Mereka menggelengkan kepala. Sama je dua-dua. Tak matang-matang.

"Kitaorang pun nak naik dulu lah"

Kai mengangguk. Kini, hanya Kai dan Jihyo sahaja yang tinggal di ruang tamu. Jihyo memandang wajah Kai dengan teliti. Sungguh kacak. Dalam diam, dia cuba untuk menyembunyikan senyuman.

"Dah puas tengok muka saya?"

Kata-kata Kai membuatkan Jihyo terserentak. 'Alamak, macam mana dia boleh tahu ni? Malunyaa' gumam hati Jihyo perlahan.

"Ma...ma..mana ada saya tengok muka awak. Perasan"

Kai tersenyum. Jihyo terpaku melihat senyuman Kai. Manis sangat. Ni baru kali pertama dia melihat senyuman Kai sejak dia berada di rumah ni.

"Tengok tu. Pandang lagi" Jihyo terserentak buat kali kedua. Mukanya merah menyala menahan malu. Jihyo menundukkan kepala memandang lantai.

"Dah siap" Kai segera mengemas bahan-bahan yang berterabur di dalam peti kecemasan. Jihyo hanya melihat perbuatan Kai. Selepas beberapa saat, dia pun mula berdiri mahu menuju ke dalam bilik untuk cover malu yang teramat.

"Erm, gomawo Kai. Saya dah mengantuk. Jalja"

Kai menganggukkan kepala. Dia tersenyum ke arah Jihyo.

"Jalja too"






💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now