🔥Bab 60🔥 [END]

1.7K 104 1
                                    

Dua bulan kemudian..



"Sehun? Kau buat apa kat sini sorang-sorang?"

Sehun mengangkat kepalanya keatas. Dia tersenyum nipis. Kai terus melabuhkan punggungnya di sebelah Sehun, kening diangkat sebelah.

"Tak ada apa-apa. Saja nak duduk sini."

Terangguk-angguk kepala Kai mendengar jawapan Sehun. Sehun memandang langit, terasa tenang sekali. Kesemuanya biru. Beberapa ekor burung layang-layang bertebangan secara berkumpulan mula kelihatan. Sungguh bebas pergerakan burung tersebut, tanpa gangguan.

"Kai...."

Kai mengangkat wajah, dipandangnya wajah Sehun.

"Kau sedar tak? Dah 2 bulan Jungkook 'pergi'. Aku..rasa bersalah, Kai. Aku rasa macam semuanya punca dari aku." luah Sehun kesal. Kedua belah tapak tangan menutup wajah. Terasa sebal tiba-tiba.

Kai menarik nafas dalam, kemudian dihembus dengan kuat. Bahu Sehun dipegang.

"Hun, stop salahkan diri kau. Kau ni, cakap dekat Jihyo pandai sangat. Padahal diri sendiri pun terkebil-kebil lagi. Berapa kali dah aku cakap, semua ni takdir. Kita kena terima seadanya, Hun. Bukan aku sorang je yang cakap, member-member kita pun sama. Semua dah mula redha, Jihyo pun sama, jadi kau pun kena redha juga. Boleh?" Semakin erat cengkaman pada bahu Sehun. Sehun mengeluh kecil, dia tersenyum.

"Ha, macam ni lah. Bagus anak mak." Kata Kai, sengaja mahu mengusik. Sehun menjeling sekilas. Semakin kuat Kai gelakkan dirinya.

"Okay, okay, okay. Aku minta maaf. By the way, Hun, aku ada nak luah something dekat kau ni."

Berlapik-lapik dahi Sehun sebelum mulutnya menganga luas.

"Kai, jangan cakap yang kau gay. Aku sepak kau karang."

Kai menjuling matanya ke atas. Menyampah!

"Aku rasa kau yang kena sepak dengan aku dulu. Dengar lah apa yang aku nak cakap. Sedap je main menyampuk. Hish!" kata Kai, tangannya galak menepuk peha Sehun kuat. Sehun mengaduh kesakitan, dijelingnya tajam kearah Kai.

"Sakitlah, pabo!"

Kai tersengih kecil. "Kau nak dengar ke tak apa yang aku nak cakap ni? Kalau tak nak, sudah. Aku nak masuk dulu."

"Ish! Cakap je lah. Mengada." Semakin menjadi-jadi Kai ketawa melihat muka cemberut Sehun. Lawak!

"Okay lah, macam ni aku just nak cakap yang, aku suka 'Sehun' aku yang sekarang. Kau dah berubah, weh. Mustahil kalau aku sorang je yang rasa semua ni. Mesti member-member yang lain pun rasa benda yang sama. Aku harap, kau akan terus menjadi 'Sehun' yang sekarang. Boleh kan? Tu je permintaan aku"

"Hurm, tengok lah dulu. Aku tak janji." Meletus ketawa Sehun ketika ini. Kai memasamkan wajah. Tengah serius, boleh pulak main-main.

"Ha, gelak, gelak. Aku rampas Jihyo dari kau karang. Lagipun, peluang pun dah ada depan mata." ucap Kai dengan kening yang terangkat-angkat, sengaja mahu menguji Sehun. Sehun berhenti ketawa.

"Kau cari nahas eh, Kai. Sini kau!" Sehun bangun, mula mengejar Kai yang berlari masuk ke dalam rumah. Kai menjelir lidah lalu ketawa besar, puas dapat mengenakan Sehun.

PAP!!

"Auwww"

"Oppss, sorry. Sakit ke?"

Kai memegang tangan Jihyo yang sedang menggosok-gosok dahi. Dia memandang Sehun di belakang yang sedang tajam memerhati mereka berdua sambil memeluk tubuh. Kai tersengih, dia merapatkan bibirnya di telinga Jihyo untuk membisik.

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now