🔥Bab 58🔥

1.1K 92 1
                                    

Member-member yang berada di rumah bergegas pergi ke hospital selepas mendapat panggilan dari Kai tadi. Mereka betul-betul terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Kai tadi. Jungkook, tidak sangka sanggup mengkhianati mereka semua selama ini. Namun, berita kematian Jungkook juga hampir membuat mereka semua pengsan. Ada yang masih tercengang, ada yang menangis meraung-raung memanggil nama Jungkook.

"Jungkook tertikam diri dia sendiri. Selama ni, Jungkook berpakat dengan Jong Nam untuk musnahkan Sehun. Sekarang, Jong Nam masuk ke dalam balai polis semula. Dia dipenjara seumur hidup. Jungkook pula....." Kai berhenti bercakap, rasa sedih masih menyelubungi dirinya. Dia telah kehilangan seorang kawan baik.

Jungkook-ahh..

Jin menepuk bahu Kai perlahan, seperti memberi sedikit kekuatan ke dalam tubuh lelaki itu. Dia juga bersedih dengan pemergian Jungkook, tetapi dia sedar bahawa semua ini takdir. Mahu atau tidak, mereka semua mesti menerimanya dengan hati terbuka.

"Sabar, Kai. Kitaorang semua pun sedih dengan kematian Jungkook. Korang pun bersabar, eh?" kata Jin, turut memberi sedikit sebanyak semangat kepada member-member yang lain.

Suasana menjadi senyap kembali, hanya esakan yang memenuhi ruang hadapan wad Jungkook. Tiba-tiba, seorang lelaki yang berjubah putih keluar dari bilik itu.

"Encik, mayat pesakit bernama Jeon Jungkook, akan dibawa ke ruang mayat. Encik boleh ikut saya untuk menuntut mayat."

"Saya." Rapmon menawarkan diri dengan mengangkat tangannya separas bahu. Doktor hanya mengangguk.

"Sila ikut saya."

Apabila kelibat Doktor dan Rapmon telah hilang dari pandangan, pintu wad dibuka dengan luas. Beberapa orang jururawat berpusung-pusung membawa katil keluar dari wad itu.

Tidak lain tidak bukan, Jungkook.

Hati mereka semua semakin hiba. Tidak sanggup melihat keadaan Jungkook yang disaluti selimut putih dari atas kepala sehingga hujung kaki. Jhope tidak dapat menahan diri, lantas tangannya menahan.

"Jungkook, bangun!! Bangun!! Buka mata kau! Jangan tinggalkan kitaorang semua, Jeon Jungkook!! Arghhhh!!!!" Jhope menjerit kuat. Tangisan semakin laju mengalir. Tubuh Jungkook digoncang-goncang dengan kuat, berharap agar tubuh itu berdiri semula.

Taehyung dan Chen menahan kedua-dua belah tangan Jhope. "Stop. Biarkan Jungkook pergi dengan tenang, Jhope" kata Chen dengan teresak-esak. Member yang lain hanya mampu menunduk menahan tangisan yang semakin lebat menurun. Melihat sahabat mereka yang sudah kaku di depan mata, cukup membuatkan hati mereka remuk. Remuk seperti tin besi yang sudah dipijak berkali-kali.

"Minta maaf, encik. Kami perlu bawa pesakit ini dengan segera"

"Kau berambus!! Ni kawan kitaorang semua! Jungkook! Kau masih hidup lagi, kan? Kau pura-pura je kan? Bangun, Jungkook!!!!"

Keadaan Jhope semakin tidak terkawal, dirinya dipegang erat oleh Taehyung dan Chen sambil menahan tangis. Jhope terduduk, sudah tidak berdaya. Badannya sungguh lemah.

"Jungkook......"

----

"Sehun? Mana Jungkook? Saya kat mana ni?" soal Jihyo bertalu-talu. Kepalanya dipegang. Dia tidak ingat perkara yang telah berlaku. Wajah Sehun dipandang, meminta jawapan daripada lelaki itu.

Sehun menunduk, tiba-tiba esakan kecil keluar dari bibirnya. Jihyo terkejut, melihat Sehun menangis, dia seperti sudah dapat meneka apa yang telah terjadi.

"Sehun, Jungkook mana? Dia okay je kan? Dia tak cedera pun, kan? Walaupun dia buat macam tu kat saya, saya tetap maafkan dia. Saya sayangkan adik saya. Sekarang, mana dia?" Jihyo mengetap bibirnya kuat. Air matanya mula bertakung, bila-bila masa sahaja boleh jatuh.

"Jihyo, Jungkook.. Dia.."

"Cakap, Sehun! Cakap!!"

"Dia dah tak ada! Jungkook dah mati!!"

Akhirnya, air mata yang ditahan dari tadi jatuh jua. Semakin kuat tangisan Jihyo daripada tadi. Mindanya mula berputar kembali sewaktu dia bersama Jungkook dahulu, bermain bersama-sama, menyorok, tidur di bawah pokok bersama-sama, semuanya dia ingat! Jihyo memejamkan mata, dadanya berombak menahan kesedihan yang teramat.

"Sehun..awak tipu je kan? Jungkook tak mati, kan? Oh Sehun!!"

"Shuhh, jangan bergerak. Aw..awak masih lemah." kata Sehun perlahan. Dia berdiri lalu menenangkan Jihyo dengan lembut. Panggilannya terhadap Jihyo berubah serta-merta. Sehun berjanji, dia akan menjaga buah hati Jungkook ini sebaik mungkin. Seluruh jiwa raganya.

Mata Jihyo kian menutup. Terasa sungguh lemah tubuhnya. Pandangan menjadi gelap. Pengsan.

Semoga kau tenang kat sana, Jungkook.



💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now