🔥Bab 26🔥

1.4K 103 4
                                    

Kereta milik Suga meluncur laju di tempat parking kereta. Suga, Baekhyun dan Jihyo pun keluar dari kereta. Sebaik sahaja keluar, Baekhyun menguap luas. Tangannya direnggangkan ke atas. Letih lagaknya kerana duduk di dalam kereta lama-lama.

"Baekhyun oppa, tutup lah mulut tu bila menguap. Nanti kalau masuk lalat ke kerengga ke, haa Jihyo tak nak tanggung" tegur Jihyo dengan nada bergurau pada ayat-ayat terakhirnya. Baekhyun tersengih sambil mengangkat dua jari tanda peace.

"Heheheh. Lain kali oppa tutup mulut"

Jihyo ketawa kecil. Lengan Baekhyun dipaut. Kalau tadi Baekhyun yang memaut lengannya, kali ini giliran dia pula yang memaut lengan Baekhyun.

"Woi woi. Korang ni pun satu kan. Tak payah ar nak sweet-sawit bagai. Geli lah" cebik Suga. Bibir dimuncungkan sedepa ke hadapan. Dia memalingkan kepala ketepi tanda merajuk.

"Alah, tak mau merajuk-merajuk ni. Meh sini lengan oppa. Jihyo nak paut lengan Baek oppa dengan Suga oppa. Baru lah adil kan?"

Suga mengangguk sambil tersengih mengiyakan kata-kata Jihyo. Dia pun menyerahkan lengan putihnya kepada Jihyo. Kalini, Baekhyun pula yang mencebik.

"Eleh. Mende macam ni pun nak merajuk" ujar Baekhyun. Geram dengan perangai tak matang Suga. Suga mengetap gigi geram. Jelingannya dibaling ke arah Baekhyun.

"Biar aku lah. Kau nak marah aku pehal?" balas Suga yang tak mahu mengalah. Baekhyun memandang tajam ke arah Suga. Suga pun turut memandang tajam ke arah Baekhyun. Jihyo pula, berada di tengah-tengah.

"Yah! Baekhyun oppa! Suga oppa! Hal macam ni pun korang nak bergaduh ke? Aduh, macam budak-budak lah korang ni! Dah lah. Jihyo nak pergi dulu. Pening kepala tengok oppa-oppa bergaduh tahu tak?" usai Jihyo berkata, dia pun berlari ke hadapan meninggalkan Baekhyun dan Suga yang sedang saling menyalahi antara satu sama lain.

"Kau arh ni" Suga menyiku lengan Baekhyun.

"Aku pulak. Kau arh" Baekhyun membalas perbuatan Suga. Suga mengeluh kecil.

"Kalau kita saling menyalahi satu sama lain ni, sampai bila-bila pun tak habis" ujar Suga.

"Hm, betul jugak. Jom lah. Kita cari pastu pujuk Jihyo" ajak Baekhyun.

"Kajja"

*****

"Weh, kat mana lagi nak cari Jihyo? Dah merata kita cari" kata Baekhyun. Dah 20 minit mereka berdua mencari Jihyo. Tapi, bayangan Jihyo pun diaorang tak nampak.

"Tu lah. Aduh, penat gila weh" ucap Suga pula. Matanya masih memandang sekeliling. Takut-takut kalau terjumpa Jihyo ke.

Tiba-tiba mata Suga terjatuh pada susuk tubuh seorang wanita yang sedang memilih ayam dan daging keseorangan.

"Baekhyun! Aku rasa tu Jihyo lah!" ujar Suga dengan jarinya menunjuk ke arah wanita itu.

"Sah sah lah tu Jihyo! Kan wanita tu pakai pakaian yang sama dengan Jihyo tadi" ujar Baekhyun pula. Akhirnya, jumpa jugak Jihyo.

Mereka berdua berlari anak menuju ke tempat di mana wanita itu berada. Dengan berhati-hati, Baekhyun menepuk bahu wanita itu.

"Jihyo..." panggil Baekhyun.

Wanita itu menoleh ke belakang. Kemudian, dia memandang ke hadapan semula tanda merajuknya masih belum habis lagi.

"Jihyo-yaa" panggil Suga pula. Jihyo hanya membisu.

"Jihyo, kitaorang minta maaf. Kitaorang tahu kitaorang salah. Kitaorang janji, yang kitaorang tak akan gaduh lagi. Jangan lah merajuk lagi. Oppa sunyi tau kalau tak dengar dah suara Jihyo yang merdu tu" Baekhyun membodek Jihyo. Jihyo yang termakan dengan pujian Baekhyun tadi tersenyum. 'Haih, senang betul nak pujuk dia ni' getus hati Baekhyun.

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now