🔥Bab 46🔥

1K 86 0
                                    

Jin melihat kekiri dan kekanan. Yes! Sehun ada. Plan akan berjalan seperti yang dirancang. Semalam giliran Chanyeol, harini, giliran dia pula.

Hari ini, Sehun mengambil cuti sehari dari pejabat. Saja mahu berehatkan otak. Ketika ini, dia sedang duduk bertelenggu di depan kolam renang. Air jernih yang bertakung didalam hanya dipandang kosong. Kakinya pula sengaja direndamkan separuh kedalam dari hujung jari kaki sehingga ke paras lutut. Berkocak-kocak air kolam oleh kerana kaki Sehun yang asyik bergerak ke hulu ke hilir.

Tiba-tiba pula dia berasa bosan. Anak matanya beralih dari kolam renang melihat keadaan sekeliling. Langit yang biru, burung-burung pula sibuk berterbangan merantau dunia sekaligus dengan pokok-pokok yang menghijau cantik. Tenang je rasa suasana seperti itu.

Tidak lama kemudian, dia ternampak kelibat Jihyo sedang menuju kearah taman yang berada tidak jauh dari kolam Sehun berada. Sebelah tangan gadis itu membawa secawan air untuk diminum dan dinikmati. Nampak gayanya, macam nak duduk melepak aje kat situ.

Sehun kemudiannya hanya membuat tidak tahu. Buang masa saja melihat perempuan tu. Bukannya ada faedah pun. Hatinya berdetik.

Punggung Jihyo dilabuhkan di atas bangku yang selalu dia duduki. Tempat ini sepertinya sudah menjadi rutin harian untuk disinggah. Rumah Sehun ni besar. Jadi, banyak tempat yang indah dan cantik permandangannya. Sesuai sangat kalau nak tenangkan fikiran yang berserabut. Air kopi buatannya tadi dihirup perlahan. Berkepu-kepu asap yang berlumba-lumba keluar dari cawan itu. Jihyo cuba meniup supaya kepanasan air kopi itu menurun walaupun sedikit. Dia senyum sendirian sambil matanya galak melihat tumbuh-tumbuhan yang ditanam cantik di taman itu.

Sehun menghembus nafas berat. Melepaskan segala rasa penat lelah yang terbuku di dalam otak. Perlahan-lahan bebola matanya memandang semula kearah Jihyo. Perempuan itu senyum sorang-sorang. Gila. Segera dia memandang ke tempat lain. Takut nanti disedari Jihyo pula. Tak nak lah dia dicop mengusha. Mintak dijauhkan lah ye.

Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba bahu Jihyo ditepuk perlahan. Oh, Jin oppa rupanya. Terus dijemput agar Jin oppa duduk disebelah.

"Kenapa jumpa Jihyo? Ada nak cakap apa-apa ke?"

"Eh, anniyo. Saja je nak datang kat Jihyo. Kenapa? Tak boleh ke?" balas Jin dengan gurauan. Jihyo tergelak kecil.

"Mana ada. Boleh je. Cuma tiba-tiba je kan oppa datang. Tu yang Jihyo tanya"

Dari tempat kolam renang, Sehun hanya 'menonton' kemesraan mereka berdua. 'Amboi, bersembang macam dah tak nampak aku kat sini' Dia mengumpat dalam hati. Rancak betul. Ish, siap bertepuk tampar lagi! Manja pulak tu! Gedik punya perempuan.

"Apelah oppa ni. Jihyo cuma biasa-biasa je. Tak cantik pun" nafi Jihyo. Jin memandangnya serius. "Eh, betullah yang Jihyo ni cantik. Dah, stop. Kalau oppa cakap Jihyo ni cantik, maknanya memang betul-betul cantik. Oppa susah tau nak puji orang. Jihyo ni dikira beruntung sebab dapat pujian dari oppa, tau" katanya sambil terangkat-angkat kening.

"Ye ye je lah oppa. Up to you" akhirnya, Jihyo mengalah juga. Tersenyum puaslah Jin bila melihat.

Akhirnya, Sehun mula berdiri dari tempat kolam renang itu setelah lama melihat adegan itu. Pedih pulak mata bila tengok. Gedik tahu tak? Laju kakinya menuju semula kedalam rumah untuk ke biliknya. Jin yang seakan baru sedar dengan tindakan Sehun terus menegurnya kuat.

"Sehun! Kau dah nak masuk dalam ke?" soalnya sengaja. Padahal, dalam hati sudah tak boleh ditahan ketawa lagi. Memang mereka semua sudah dapat jawapan dari persoalan yang tertanya tanya beberapa hari lepas. Oh, Sehunnie~

"Ye" balas Sehun sepatah. Itupun acuh tidak acuh je. Marah lah tu. Teka Jin.

"Rileks la, jom lah kita lepak dulu" ajaknya lagi. Sehun menggeleng. "Tak nak lah. Aku masuk dalam dulu" terus Sehun masuk kedalam tanpa menunggu apa-apa balasan dari Jin.

Jin juga turut berdiri. Jihyo terperanjat. "Eh, Jin oppa nak pergi mana?"

"Oppa nak masuk dalam dulu lah. Jihyo okay je kan kalau sorang-sorang?" soalnya risau. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menemani Jihyo di situ. Tapi, dia sudah terikat dengan rancangan bersama member-member lain. Jadi, dia terpaksa tangguhkan saja permintaan hatinya.

Jihyo mengangguk. "Boleh je. Oppa masuk lah dalam dulu"

"Okay" Jin membalas lalu kakinya mengatur laju kebelakang rumah sepertimana yang telah dijanjikan untuk berkumpul beramai-ramai.

"Good job, Jin!" Jhope memberi tindak balas dengan perbuatan Jin tadi. Jin tersenyum nipis. "Ha, puas dah hati korang?"

Semua member mengangguk. "Haah, puas dah. Kitaorang yakin yang kata-kata Baekhyun haritu, memang tak salah" Suho menjawab.

"Wah, daebak lah Jihyo. Dia dah buka balik hati Sehun" Chen memberi pendapat.

"Haah. Aku tak sangka betul" sokong Suga.

"Tapi.." kata-kata Kai terhenti. Semua mata tepat memandangnya. Menunggu ayat yang bakal dikeluar oleh Kai. "Aku rasa Sehun dah macam fobia pun ada bila nk ada hubungan dengan yeoja lagi" sambungnya.

"Hurm, aku pun rasa macam tu jugak. Aku nak tolong dia tapi, macam mana pulak Jimin dengan Jungkook? Aku tengok dari segi penglihatan diaorang terhadap Jihyo pun, aku dah agak yang diaorang pun ada jugak perasaan kat Jihyo. Diaorang bertiga kawan baik kita. Family kita jugak. So,ottokhae?" luah Chanyeol panjang.

Semua member terdiam saat mendengar luahan Chanyeol. Ya tak ye jugak. Memang betul.

"Okay, macam ni. Apa kata, buat masa sekarang ni, kita buat diam je dulu. Biarkan diaorang bertiga tu settle sendiri. Kalau ada yang kita perlu tolong, barulah kita tolong" cadang Lay sebagai memberi kata putus.

Semua member bersetuju dengan cadangan Lay. Sehun, Jimin dan Jungkook, fighting!!







💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now