🔥Bab 33🔥

1.2K 104 0
                                    

Suho menceritakan dari a hingga z tentang kehilangan Suga dan Taehyung. Sehun yang mendengar,berkerut dahi. Kemudian, menganggukkan kepala. Seakan-akan mula faham dengan cerita yang disampaikan.

"Habis, korang dah buat report belum?" soal Sehun. Suho terdiam. Lama kelamaan, Suho menggelengkan kepalanya.

"Kenapa tak report?!" sergah Sehun kerana tidak puas hati dengan jawapan Suho. Sehun memandang rakannya yang lain satu persatu.

"Kenapa tak buat report, hah? Takkan nak suruh aku pulak yang buat report? Dah seminggu diaorang hilang. Bukannya sehari. Maknanya, korang nak tunggu aku balik dulu lah, baru lah korang nak buat report?" kata Sehun, geram. Rahangnya mengeras. Mata pula tajam memandang rakan-rakannya yang menundukkan kepala mereka memandang lantai.

"Haish!" Sehun merengus kasar.

"Kai, ikut aku pergi Balai"

Kai mengangguk. Sempat juga dia memandang sayu kepada rakan-rakannya yang dimarahi oleh Sehun tadi.

*****

"Saya nak berjumpa dengan Inspektor Xi Luhan. Beritahu dia, yang Oh Sehun nak berjumpa" kata Sehun kepada pegawai polis perempuan yang menjaga kaunter.

"Sila tunggu sebentar" jawab pegawai polis itu. Dia mengambil telefon lalu menekan beberapa butang untuk mendail.

Pegawai polis itu mengangguk-nganggukkan kepala berkali-kali. Sehun dan Kai hanya melihat tingkah laku pegawai itu.

"Bilik Inspektor Xi Luhan berada di tingkat 3. Biliknya terletak di sebelah kanan" kata pegawai itu.

"Terima kasih"

"Sama-sama"

Sehun dan Kai terus melangkah menuju ke tempat yang dikatakan oleh pegawai polis tadi. Selepas beberapa minit, mereka terjumpa satu bilik yang ditulis 'Inspektor Xi Luhan' pada pintu. Tanpa membuang masa, Sehun terus membuka pintu tersebut.


*****

Luhan yang sedang kusyuk membuat kerja, terus memandang ke arah pintu yang dibuka dari luar. Terpancul wajah Sehun dan Kai. Lalu, dia pun tersenyum.

"Sehun, lama aku tak jumpa kau. Apa kes kau datang sini?" ucap Luhan dengan mesra. Senyumannya masih tidak lekang dari bibir.

"Kawan aku hilang"

"Hilang?!" berubah air muka Luhan apabila mendengar jawapan Sehun. Wajahnya terus bertukar menjadi serius. Baginya, perkara sebegini bukan perkara yang main-main. Dia perlu berprofesional.

"Sejak bila kawan kau hilang?"

"Seminggu yang lepas" jawab Sehun. Luhan pun terus mencatat apa yang dijawab oleh Sehun.

"Dah lama.. Kau ada gambar kawan kau tu?" soal Luhan buat kali kedua. Sehun mengangguk. Dia pun terus menghulurkan gambar Suga dan Taehyung.

"Ok, terima kasih untuk maklumat. Nanti aku akan siasat tentang kehilangan kawan kau. Kau jangan risau. Apa-apa info, aku akan call kau. Sekarang, kau pergi lah balik dulu. Macam tak bermaya je aku tengok kau ni" kata Luhan berjela. Sehun mengangguk sekali. Lantas dia pun berdiri dan terus meninggalkan bilik Luhan bersama Kai.












💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now