🔥Bab 3🔥

2.4K 169 2
                                    

Setelah lima belas minit berada di dalam kereta, akhirnya mereka sampai jugak kat rumah banglo yang kelihatan sangat mewah. Cuma sehun,kai dengan jungkook yang menaiki teksi sahaja yang pulang lambat sedikit memandangkan mereka bertolak lewat sedikit tadi.

Enjin kereta ditutup setelah memastikan kedudukan kereta itu diletakkan seperti asal. Pintu kereta tempat duduk belakang dibuka.

Terbuntang mata jihyo apabila melihat rumah banglo yang dibina elok di hadapan matanya. 'mak aihh, mewah gilerr siott' getus hati jihyo. Sungguh dia tidak menyangka bahawa sehun sekaya ini. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling pada rumah banglo mewah itu.

Lamunan jihyo terhenti apabila ternampak beberapa pasang kasut yang berada di luar pintu. Disebabkan perasaan ingin tahu, jihyo terus memandang kearah orang yang berada disebelah kanannya. Niatnya ingin bertanya terus terhenti. Dia terlupa nama lah pulakk!

'Aduh! Pabo!! Pabo!! Pabo!! Pabo kau jihyo. Asal lah kau boleh lupa nama dia ni?? Please lah, ingat balik nama dia. Haih, ape eh nama dia? Juman?? Jikin?? Jumin?? Apa yang aku merapu nihh??!! ' jihyo mengetuk-ngetuk kepalanya dengan harapan, supaya dia boleh ingat semula nama lelaki itu. Tapi, hampa. Sikit pun dia tak ingat.

Jimin yang perasan akan hal itu, terus sahaja memegang tangan jihyo. Jihyo kaku. Jimin pun sama. Seakan akan mereka berperang perasaan antara satu sama lain.

Jihyo yang berasa tidak selesa terus sahaja melepaskan pegangan tangannya dari tangan jimin. Jimin membaiki anak tekak. Kekok? Ya. Dua-dua kekok. Disebabkan tidak mahu keadaan itu berterusan, jimin mengambil keputusan untuk memulakan perbualan terlebih dahulu.

"Nama saya jimin. Park jimin" jimin memperkenalkan dirinya sambil menguntumkan sebuah senyuman kepada jihyo. Tangan dihulur kepada jihyo. Berharap agar gadis itu menyambut hulurannya. Seperti yang dia mahu, jihyo menyambut hulurannya lalu membalas sekuntum senyuman juga untuk jimin.

"Jihyo. Song jihyo. Rasanya, awk dah tahu kan?" jihyo memandang jimin dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir manisnya.

Jihyo berasa selesa ketika ini. Dia sendiri pun tak tahu kenapa. Tiba-tiba je rasa macam ni. Sebab jimin ke? Auch! Baru sahaja jimin mahu membuka mulut. Tiba-tiba....

"Dah puas berasmara berdua? Tak nak masuk rumah? Nak tidur kat luar? Dialu-alukan" suara sehun membuatkan jihyo dan jimin serentak memandang kearah sehun. Dua-dua dengan riak muka terkejut. Of course lah terkejut. Gila ke apa? Orang tengah syok berbual tiba-tiba muncul. Sapa je yang tak terkejut? Nasib baik darah tak naik mendadak.

"Apa pandang-pandang?Jungkook!" sehun mencari-cari kelibat jungkook. Mana pulak si budak bunny ni?

"Ye bos!!Saya kat sini" jungkook melambai lambai tangan supaya sehun boleh nampak bahawa dia berada di belakang bonet kereta.

"Aku nak kau hantar jihyo kat bilik tetamu. Pastikan bilik tu bersih sebelum dia masuk. Aku nak naik atas. Arasseo?" bukan sengaja dia mahu menyuruh jungkook melakukan hal ini. Tapi, dia berasa kurang yakin kalau dia menyuruh jimin yang buat hal ini. Sehun mengabaikan hal tersebut dan terus melangkah masuk ke dalam rumah.

"Arasseo bos!" jungkook menayangkan gigi arnab kepada sehun. Tapi sehun? Heh. Sikit pun tak toleh. Mungkin sebab terlalu penat kot.

Jungkook mengabaikan perkara tersebut. Dia mengintai-ngintai jihyo yang berada di hadapan pintu. Hanya jihyo keseorangan sahaja yang berdiri disitu. Tunggu jungkook maybe?

Jungkook yang berasa serba salah kerana membiarkan jihyo keseorangan di depan pintu terus sahaja berlari anak kearah jihyo.

"Erm, umur berapa?" tegur jungkook. Bukannya nak menggatal atau apa. Just tanya. Manalah tahu kalau dia tua dari aku, dan aku boleh panggil dia noona ke? Tak salah kan?

"20 tahun" balas jihyo sambil tersenyum kearah jungkook. Jungkook memandang jihyo dengan mata yang membulat.

"Ehh noona!!!! Yeayy!! Ade noona!! Wuhuu!!!" jerit jungkook kegembiraan. Jihyo hanya memandang dengan pandangan dah-kenapa-dengan-budak-ni?

Sehun pov

Selesai mandi, pintu tandas aku terus tutup. Aku mencapai dan membelek baju t-shirt berwarna biru gelap yang disidai elok oleh pembantu rumah dalam almari baju.

"Huh.." aku menghela nafas lega. Nasib baik maid ni pandai uruskan baju aku. Kalau tak,dah lama aku pecat. Pantang betul aku kalau baju aku ada kedut sedikit. Macam yang orang tahu, aku seorang yang cerewet. *evil laugh*

Setelah baju t-shirt sudah disarung, aku menutup suis lampu bilik. Aku menutup mulut aku yang tak henti-henti menguap dari tadi menggunakan belakang tapak tangan. And now, time to sleep!!

"Ehh noona!! Yeayy!! Ade noona!!! Wuhuu!!!"

Baru sahaja mahu melelap mata, tiba-tiba terdengar orang menjerit. Argh!!! Kacau daun betullah!! Nak tidur pun tak senang. Ni dah masuk kali kedua kena kacau. Siapa tahu yang menjerit. Aku tembak kang baru tahu.

Aku menuju ke balkoni bilik untuk melihat keadaan di bawah. Aku menjenguk, rupa-rupanya ada budak arnab dengan..........aik,siapa tu??

Aku mengecilkan mata supaya dapat lihat dengan jelas gerangan orang yang berada di sebelah budak arnab tu. Akhirnya,dapat pun tengok dengan jelas.

'Lahh..jihyo rupanya. Dah kenapa diaorang ni tak naik lagi? Nak buat aku naik angin ke apa?'

"Woii"

End pov






💫BERSAMBUNG💫

[COMPLETED] LIVE WITH THE HEAD OF THE MAFIA?!! 사란 해 (SEHUN EXO FF)Where stories live. Discover now