BAB 1

484 31 5
                                    

IU LEE JI EUN POV

         Namaku Lee Ji eun dan aku berumur 16 tahun. Aku merupakan anak angkat dalam keluarga 'SONG:. Appaku bernama Song Joongki  iaitu salah seorang ahli korporat yang berpengaruh serta memiliki perniagaan perkapalan yang sangat maju dan berkembang sehingga ke seluruh negara. Ommaku pula ialah Song Ji Hyo yang merupakan seorang pemilik kepada butik yang berpengaruh dan eksklusif di Asia iaitu Fiesta_Korean Design co.

       Aku juga mempunyai 5 orang oppa yang mana  2 tahun lebih tua dariku iaitu Sungjae, Jungkook, Jimin,  Kuanlin dan Kihyun.  Aku memanggil mereka oppa walaupun mereka tidak menyukainya. Aku sangat disayangi oleh omma dan appa namun oppa-oppaku yang lain amat bencikan aku. Walaupun begitu, aku tetap ingin cuba merapatkan hubungan dengan mereka walaupun  aku tahu ianya amat sukar. Buktinya, sampai sekarang aku masih 'toxic' di mata mereka berlima.

      Aku bersekolah di Kirin High School yang mana pakaiannya adalah baju kemeja lilac dipadankan dengan skirt petak-petak lilac kelabu separas paha dan kot biru laut. Aku juga turut memakai cermin mata besar, rambut diikat tocang serta sport shoes yang berwarna purple kegemaranku membuatkan gelaran 'gadis nerd' menjadi sebati denganku. Aku sering dibuli dan diperlekeh oleh rakan-rakanku kerana penampilan yang dianggap menyakitkan mata mereka. 

      Aku  mempunyai 3 orang chinggu yang amat popular di sekolahku iaitu Minwoo, Minjae dan Youngdoo. Mereka amat baik  dan sentiasa membantu walaupun tiada orang yang ingin menghulurkan ikatan persahabatan denganku. Mereka juga sentiasa melindungi ketika aku diserang oleh" fans" mereka.

       Pagi itu, aku berjalan ke arah tandas yang terletak di hujung blok B berhadapan dengan bilik buku teks. Tiba-tiba langkahku dihalang oleh sekumpulan yeoja. "Yah! ambik ni" .  Tanpa sempat aku mengangkat muka satu tamparan hinggap di pipi. Pipiku terasa pijar dan aku terus membuka mulut " Mianhaeyo, tapi apa salah saya? kenapa kamu semua selalu pukul dan ganggu saya?" Kataku sambil mempamerkan riak terkejut serta takut.

        " Hei perempuan! kau boleh tanya lagi apa salah kau . Kami dah bagi amaran jangan pernah rapat dengan idol kami. Tapi kau masih degil lagi ya."  Aku tahu siapa yang dimaksudkan mereka iaitu chinggu-chingguku yang dikenali sebagai '3 PRINCE' .  

       " Kitorang taknak kau rapat dengan diorang lagi dan kalau kau nak selamat jauhkan diri dari diorang". Kata seorang yeoja sambil membaling tepung di seluruh tubuhku diikuti yeoja-yeoja  lain sambil menarik rambutku tanpa menghiraukan jeritan yang merayu untuk dilepaskan.

        Sedang mereka mengerjakanku... tiab-tiba kedengaran suara , " Woi!!!! apa korang buat hah!'" lepaskan dia sekarang!!!

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now