BAB 13

121 13 0
                                    

     Hari ni aku bersiap awal untuk ke sekolah kerana aku bertugas membersihkan kelas bersama-sama Jihyo. Jadi, lebih baik aku sampai awal sekolah. Aku turun ke tingkat bawah setelah siap memakai cermin mataku. Ketika sampai le bawah, aku tengok kelibat oppa-oppaku belum ada lagi. Jadi, aku terus menghampiri eomma dan appaku di meja makan. Setelah itu, aku menghadiahkan ciuman di kedua-dua belah pipi mereka.

   "Eomma, hari ni dear bertugas dekat sekolah. Jadi, boleh tak dear nak tumpang appa je nanti. Lagipun oppa-oppa semua selalu gerak lewat", kataku memecahkan suasana. " Boleh je dear, lagipun awal lagi ni. So, nanti appa suruh Jinhyuk oppa dropkan dear dulu sebelum appa". Mendengarkan itu, aku terus tersenyum dan menyambung makan.

    Setelah makan, aku terus naik kereta bersama appaku. "Wah, lama dah Iu tak nampak oppa. Dah makin hensem sekarang ea". Kataku sambil mengusik Jinhyuk oppa. " Eh ada je dia nak usik oppa kan. Makin nakal Iu sekarang". Kata-kata Jinhyuk oppa membuatkan kami bertiga tergelak. Sepanjang perjalanan ke sekolah, aku yang banyak berceloteh dan Jinhyuk oppa dan appaku hanya melayan aku.

    Sampai sahaja di sekolah, aku terus mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua dan mereka juga sempat meninggalkan pesan agar aku jaga diri. Aku lihat Jinhyuk oppa terlalu mengambil berat padaku. 'Alangkah indahnya kalau oppa-oppaku pun menunjukkan sikap yang sama kepadaku'. Untuk tidak befikir yang bukan-bukan, aku terus memasuki kelasku. Ada tugas yang perlu diselesaikan.

Di rumah,

     Jimin memandang ke tempat makan mencari kelibat seseorang dan secara tiba-tiba bahunya ditepuk oleh seseorang. " Kau cari apa tu Jimin. Tak duduk diam aku tengok", kata Kuanlin yang kehairanan melihat Jimin. " Takdelah aku hairan, pelik pulak budak tu takda kat meja makan time camni. Selalu awa-awal lagi tercongok kat meja makan. Hari ni lain pula" kata Jimin bagi menjawab pertanyaan Kuanlin dan semua mereka mengangguk mengiyakan kata-kata Jimin.

   " Haah la kan. Aku pun hairan. Tapi biarlah, takdelah sakit mata nak menghadap muka budak tu pagi ni. Kalau tak rosak mood aku', kata Sungjae dan yang lain hanya mengangguk dan mengangkat bahu sambil meneruskan langkah mereka ke arah meja makan.

Di dalam kelas,

   "Jihyo, saya nak tanya awak sesuatu boleh", mendengarkan itu, tiba-tiba Iu melihat ke arah Jihyo yang sedang menyusun meja. " Kenapa awak ketawa Jihyo? kelakar sangatkah soalan saya tadi", kataku sambil menayangkan riak kehairanan. Kemudian, ku lihat Jihyo cuba untuk menghentikan ketawanya melihatkan ekspresiku.

   " Taklah Iu, saya cuma rasa awak cutelah. Adoi awak tanya je la, tak payah nak minta izin sangat. Hehe. Kalau saya boleh jawab, saya jawab. Apa dia tu Iu?". Kata Jihyo membuatkan aku tersengih. Aku terus menanyakan soalan yang selalu bermain-main di fikiranku kepada Jihyo. " Saya nak tanya, kenapa ea kita jarang-jarang terserempak dengan oppa-oppa saya? Tak silap saya 2 kali je kita pernah terserempak dengan mereka. Tu pun kat kantin je. Kat tempat lain pula tak pernah nampak mereka".

   "Ooh macamtu. Memanglah susah nak jumpa mereka Iu. Bangunan kita pun lain-lain. Jaranglah nak nampak mereka datang bangunan ni kecuali untuk ke makmal dan library je. Sebab tulah, lagipun kalau awak nak jumpa oppa-oppa awak, boleh je awak ke court belakang studio tu sebab diorang selalu luangkan masa kat situ. Biasalah para atlet kan. Dan kalau awak nak tahu, oppa-oppa awak pun terer menyanyi tau". Kata-kata Jihyo membuatkan aku merasa kagum dengan oppa-oppaku.

    Satu fakta baru yang aku tahu. Nak tanya sendiri dekat oppa-oppaku memang taklah diorang nak buka mulut, nak pandang muka aku pun susah. Kami kemudiannya duduk di tempat masing-masing setelah siap mengemas sambil menunggu sesi pembelajaran.


Enjoy reading guys.  Author rasa rajin sikit nak update. Hehe. Agak-agaknya bilalah Iu akan jumpa dengan real fam dia. Hehe. Just wait n see guys..

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now