BAB 39

138 17 2
                                    

           Sekarang sudah pukul 11 malam. Aku masih tidak dapat melelapkan mata bila memikirkan tentang esok. Jadi aku mengambil keputusan untuk menyiapkan lagu yang aku tulis. Aku mengambil gitar yang terletak elok di dalam alamari. Sudah lama aku tidak menyentuh gitarku ini. Aku sendiri tak tahu sama ada skill aku masih ada ke tak.

        Aku tidak pernah memberitahu sesiapapun bahawa aku pernah belajar bermain semua jenis instrumen dan belajar muzik kecuali eomma dan appa. Aku sendiri takut kerana kalau diikutkan bakatku adalah tidak sehebat mana sekadar cukup untuk aku hiburkan diri sendiri.

     Aku tanpa membuang masa, terus memetik gitar untuk mendapatkan ilham bagi menyiapkan lagu. Beberapa ketika, laguku siap ditulis. Suasana yang agak tenang membuatkan aku mampu menulis lirik yang agak lancar. Part terakhir adalah memilih tajuk selepas itu aku boleh terus tidur.

      Setelah lama berfikir, aku akhirnya memilih tajuk 'The things I do slowly'. Aku rasa tajuk ini yang paling sesuai melihatkan setiap bait yang ditulis. Aku terus menyimpan barangku sebelum menutup lampu dan tidur.

Di sekolah

     Aku duduk di tempatku sambil menunggu kehadiran Sir Nickhun. Chinggu-chingguku yang lain ku lihat sedang membuat preparation dan mereka kelihatan agak relaks. Aku tahu chingguku mempunyai bakat dan skill nyanyian mereka memang agak bagus.

      Tapak tanganku menjadi sejuk kerana dah menjadi habitku, kalau dah tersangat nervous memang macam ni la akan jadi. Tiba-tiba kedengaran kerusi ditarik dan seterusnya membuatkan aku mengangkat muka dan benda yang aku lihat adalah wajah-wajah chingguku yang sedang tersenyum ke arahku.

      Minjae terus mengambil dan memegang tanganku sebelum perlahan-lahan tersenyum dan menggosok lembut kepalaku. 'Princess nervous sangat ni. Princess jangan risau, kami yakin princess boleh buat'. Manakala, Minwoo, Youndoo dan Jihyo mengangguk setuju dengan kenyataan Minjae.

     'Alololo, Iu kita nervous la' Jihyo pula menambah sambil tangannya mencubit geram pipiku. Aku tahu dia ingin aku bertenang dan aku sedikit sebanyak merasa lega melihatkan telatah Jihyo. Tangan Jihyo yang masih menarik pipiku geram dileraikan oleh Minwoo dan Youndoo dan mereka terus menggosok kedua-dua pipiku. Tanganku yang masih digenggam oleh Minjae hanya aku biarkan.

    Dan tidak semena-mena, Jihyo terus menolak kasar tangan mereka bertiga dari terus menyentuhku dan kemudian memeluk bahuku.

     'Iu, tak payah kawan dengan diorang. Sampai hati diorang tarik tangan saya yang elok-elok pegang pipi Iu tadi' kata Jihyo sambil memuncung. ' Eh! Mana boleh tarik pipi princess macam tu. Merah dah pipi princess. Princess jangan dengar cakap dia', Setelah habis Minwoo berkata-kata, mulalah perang mulut antara mereka dan membuatkan aku ketawa geli hati.

    Mereka yang elok sedang berperang mulut, menghentikan aktiviti mereka dan terus memandang ke arahku sebelum kami berlima meledakkan ketawa kuat. Beberapa pasang mata yang memandang tidak puas hati kepada kami tidak diendahkan.

    Tepat jam 9 pagi, Sir Nickhun masuk dan bermulalah audition. Satu persatu nama dipanggil, giliran telah ditentukan dan aku adalah giliran terakhir selepas persembahan Seola iaitu adik sepupu Yerim. Aku tak tahu nak berasa lega ke tidak. Aku melihat Jihyo, Minwoo, Minjae dan Youngdoo melakukan persembahan dengan baik begitu juga dengan classmatesku yang lain dan itu membuatkan aku lagi takut.

    'Ok! Sekarang dipersilakan peserta terakhir kita iaitu Jieun'. Aku terus bangun sambil membawa gitar. Langkahku menjadi perlahan saat mendengar beberapa suara yang tidak begitu enak di pendengaranku.

      'Eleh! Konon bawak gitar tu suara sedap la tu. Entah pape la perempuan ni', kedengaran salah seorang daripada classmatesku bersuara. 'Haah la kan! Entah-entah suara dia macam katak je. Poyo lebih, tapi nyanyi ke laut' sambung Seola membuatkan satu kelas ketawa manakala chinggu-chingguku pula memaparkan riak kurang senang.

      Aku mengenggam kuat gitarku dan kata-kata mereka aku endahkan. Tak lama selepas itu, semua terdiam bila mendengarkan amaran dari Sir. Aku berdiri di tengah-tengah kelas. Aku tak kisah apa yang akan jadi. Once semua benda ni dah settle, aku dah boleh relaks.

     Aku terus memetik gitar untuk mendapatkan nada yang sesuai. Setelah berpuas hati, aku terus menyanyikan mengikut alunan muzik yang terhasil dari gitarku. Suasana di dalam kelas menjadi sunyi secara tiba-tiba.

Neurige neurige neurige
Geudaereul ijeuryeo haeyo
Ppareuge ppareuge ganeun siganboda deo
Cheoncheoni ijeuryeo haeyo

Geudaega almyeon alge doendamyeon
Seo-unhal ji mollaseo
Neuritneurithage itneun beoreut deulyeogajyo

Jogeumman deo saranghalgeyo
Jogeumman deo gi-eokhalgeyo
Badage heullin i nunmuri mareul ttaekkajiman
Oneulman deo gyeondyeobolgeyo
Oneulman deo gidarilgeyo
Nae saenggaknago geureomyeon eonjedeunji boreo wajwoyo

Sirheunde sirheunde sirheunde
Geojitmal hage doeneyo
Geuraeseo geuraeseo uri he-eojin ireul
Amudo moreugo itjyo


Geudaega almyeon alge doendamyeon
Mwora hal ji mollaseo
Geudael mureobomyeon jal jinaenda daedaphajyo

Jogeumman deo saranghalgeyo
Jogeumman deo gi-eokhalgeyo
Badage heullin i nunmuri mareul ttaekkajiman
Oneulman deo gyeondyeobolgeyo
Oneulman deo gidarilgeyo
Nae saenggaknago geureomyeon eonjedeunji boreo wajwoyo

Gakkeumeun geudaega miwoyo
Mundeuk honjarago neukkyeojil ttae
Byeol geo anin ire-ulgo mal ttae
Geureol ttae

Geuraedo na saranghallaeyo
Geuraedo na gi-eokhallaeyo
Ibyeori namgin i apeumi meomchul ttaekkajiman
Myeochilman deo gyeondyeobollaeyo
Myeochilman deo gidarillaeyo
Eonjen-ganeun dorawa jalmotaetda hago
Mi-anhada hago
Dasi sijakhaja halkka bwa

        Setelah selesai, aku menundukkan badan sebagai tanda terima kasih dan aku melihat ada classmatesku yang menunjukkan riak terkejut, ada yang menangis dan tergamam. Dan kemudian, tepukan gemuruh memenuhi kelasku. Aku turut terkejut dengan tepukan yang diberikan.

       Aku memandang chinggu-chingguku dan Sir Nickhun bangun dan berdiri di sebelahku sambil menepuk-nepuk tangannya. 'Jieun, suara kamu sangat pure dan sangat menenangkan. Dan tahniah sebab kamu akan buat persembahan untuk majlis yang akan diadakan di dewan nanti'.

   Aku yang masih dalam keadaan terkejut bertambah terkejut namun melihatkan reaksi classmatesku yang menyokong Sir membuatkan aku tersenyum kembali. Aku terus duduk di tempat dudukku. Setelah kelas tamat, aku menyimpan barangku di dalam beg dan seorang demi seorang classmatesku datang dan mengucapkan tahniah serta memuji suaraku.

    Aku terasa sangat dihargai kerana mereka nampaknya sudah mampu menerima diriku. Chinggu-chingguku lagilah, tak habis-habis mengusikku. Dalam keadaan itu, ada seorang yang memandang tajam ke arahku sambil menggengam penumbuk tidak berpuas hati dengan keadaan itu.

      Aku yang merasakan diri diperhatikan, terus memandang ke arah itu dan apa yang aku lihat Seola yang tersenyum sinis ke arahku sebelum bangun dan meninggalkan kelas. Satu keluhan aku lepaskan.


Sorry kalau bab ini agak hambar. Huhu. Sis dah terblur kejap tadi. Tetibe tgk terlebih panjang plk bab ni. Sis x thulh nk kata apa. Hope readers still enjoy la baca bab ni even hmmm. Peace. Kalau  ada yang tertanya-tanya bila Iu boleh jumpa fam kandung dia, and bila hubungan dia akan baik dgn oppa-oppa angkatnya, sis still merancang lagi scene dia mcmmana. Anyways thnks kpd yg sudi singgah, baca, vote n komen. Even just a little, i reallly appreciate that. 

Video atas adalah lagu ' Things I do slowly'. Sis minat dgn lagu tu..so thats why sis ambik n choose that song first. Hehe

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now