BAB 53 (end)

143 18 3
                                    

    Bunyi keriuhan di kawasan pantai membuatkan orang sekeliling memandang namun tidak kami endahkan.

   Inilah yang berlaku bila kedua-dua keluarga berkumpul. Aku sangat gembira dengan keadaan ini. Aku ada keluarga kandung dan keluarga angkatku yang penyayang.
 
   Aku memandang sekeliling dan alu lihat oppa-oppaku sedang menikmati permainan bola tampar bersama-sama dengan appa serta daddy manakala omma dan mummy pula sedang berborak sambil tangan mereka sibuk menyediakan hidangan di atas tikar.

    Jihyo dan chinggu-chingguku yang lain juga turut menyertai kami. Dalam  aku melayan perasaan, Minjae duduk di sebelahku. Aku hanya tersenyum  ke arahnya dan membiarkan dia duduk di sebelahku.

    Aku yang berasa agak lain, terus menghalakan pandangan ke arahnya dan saat mataku bertaut dengan sepasang anak mata milik Minjae terus melarikan pandangan ke depan di kala tomato cherry di kedua-dua belah pipiku timbul.

  ' Aduh, iu asal kau blush ni' monologku sendirian sambil mengetuk-ngetuk kepalaku untuk menghilangkan rasa maluku tadi.
Minjae yang menyedari perubahanku terus memalingkan wajahku ke arahnya sambil sebelah tangannya mengelus lembut pipiku membuatkan aku semakin ingin menunduk.

   ' Iu pabo!! Asal kau nak segan sangat dengan Minjae ni. Bukannya selalu dia buat macam tu'.

   ' Asal pipi princess merah sangat ni? Segan dengan Min ea😂?'Tanya Minjae kepadaku membuatkan aku hanya mengangguk, suaraku pula seakan-akan tidak mahu keluar.

   Dia terus menatapku dalam. Pandangannya kepadaku dalam beberapa hari ni agak lain namun aku hanya menepis perasaanku. ' jangan nak perasan Iu, mustahillah Minjae ada rasa something- something kat kau'

    ' Hey! Hey! Princess. Pandang sini. Min ada something nak bagitahu princess'. Tambahnya lagi membuatkan aku tunak memandangnya.

     Dia yang seakan-akan mengerti apa yang hendak aku tanyakan terus memegang kedua-dua belah tanganku dan mengelus lembut. ' sebenarnya..M..min d..d..dah lama sukakan princess. Min harap princess dapat beri peluang kepada Min untuk jadi orang teristimewa dalam hati princess'. Habis sahaja berkata-kata dia terus menggosok belakang tengkuknya dan telinganya kelihatan merah. Comelnya Minjae!! Kataku dalam hati.

    Aku membulatkan mata tidak percaya dan terus memandang ke arah lain setelah mendengar pengakuannya. ' Minjae sukakan aku. Apa aku nak jawab ni'

     Dia yang melihat aku melarikan pandangan daripadanya terus memegang lembut kedua-dua belah pipiku sambil menyambung kata-katanya lagi. ' Jawapan princess macammana? Terima Min ke ? Kalau tak sudi...

   ' ye, princess sudi. Princess pun su..sukakan Min'. Aku terus menutup mulutku tanda terkejut dengan apa yang keluar dari mulutku. Minjae pun kelihatan agak terkejut pada mulanya namun kemudian digantikan dengan senyuman lebar. Kami terus memandang antara satu sama lain.

   Dalam kami sibuk melayan perasaan, terasa ada orang memandang ke arah kami membuatkan secara automatik kami mengangkat muka.
  
     Apa yang membuatkan aku terkejut adalah kerana kesemua ahli keluarga dan chingguku turut ada di situ. Oppa-oppaku mendekati Minjae dan aku berasa takut dengan aura mereka. Dan tidak disangka satu persatu oppa-oppaku menepuk lembut bahu Minjae dan meninggalkan pesan ' jaga adik kami baik-baik. Jangan sakiti dia. Kalau kau sakitkan hati dia, siaplah' . Kata-kata mereka membuatkan kami ketawa senang.

    Aku rasa sangat gembira dengan kehidupan kami sekarang. Aku sangat bersyukur mempunyai keluarga dan sahabat yang penyayang. Aku harap semua ini akan berkekalan. Inilah perjalanan kisah hidupku.

Akhirnya dah tamatlah ff ni..huhu.ambil masa yang lama nak habiskan ff ni..tqsm kepada readers yang sanggup baca n support ff yang tidak seberapa ni..Sis harap semua enjoy baca. Thnks a lot guys❤️❤️

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now