BAB 5

188 24 4
                                    

           Dalam pukul 6:00 pagi aku mandi dan bersiap. Setelah menyarungkan uniformku aku terus menyikat rambutku yang telah kering  secara ekor kuda. Setelah itu, aku memakai cermin mataku dan terus mengambil begku untuk turun ke bawah. Aku melihat omma dan appaku di meja makan dan terus bergerak ke arah mereka. Aku memandang sekeliling mencari kelibat oppa-oppaku. Omma yang perasankan itu terus membuka mulut.

" Oppa-oppa Iu dah gerak ke sekolah baru je tadi." Aku hanya mengangguk dan terus menyambung makan kemudia kami terus berangkat ke sekolah. Disebabkan ini hari pertamaku di sekolah, omma dan appa menghantarku bagi menguruskan urusan pendaftaran di sekolahku.

            Setelah tiba di kawasan persekolahan, aku bersama-sama dengan omma dan appa terus turun dari kereta. Mataku terus terbuka luas saat melihat sekolah baruku. Dalam diam aku sangat terpegun dengan pemandangan yang menjamah mataku saat ini.

 "Adakah ini sebuah sekolah?" Kataku sendirian.

             Dengan bangunan yang kelihatan seperti sebuah hotel ekslusif, mewah dan teratur, ianya tidak kelihatan seperti sebuah sekolah langsung. Kawasan parking lot yang luas dan pengawasan keselamatan yang begitu ketat sejak dari pintu masuk hingga keseluruhan kawasan sekolah begitu mengagumkan. Malahan pengawal keselamatan juga memakai pakaian seragam yang berwarna hitam seperti seorang 'bodyguard' juga turut menggambarkan bahawa ini bukan sebuah sekolah yang biasa-biasa.

           " Iu, jom kita ke pejabat sekarang. Pengetua sudah tunggu tu", kata omma kepadaku. Omma yang melihatku tidak berganjak, terus memegang tanganku dan membawa aku ke bilik pengurusan sekolah. Sepanjang perjalanan, aku tertarik dengan pemandangan kawasan taman yang begitu besar. Pelbagai jenis tanaman dan bunga ditanam di sekeliling kawasan terutama sekali spesies yang jarang dijumpai. Taman ini juga mempunyai 'fountain' di mana sekelilingnya dietakkan lampu berwarna-warni yang mencantikkan lagi taman ini. Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis bunga teratai yang diletakkan sekeliling kawasan fountain bagi melengkapkan suasana.

           Terdapat juga beberapa jenis burung yang terletak berdekatan dengan kawasan kolam tersebut. "Omma! Appa! Tengok burung-burung tu, cantiklah" . Kataku dengan sangat teruja. Omma dan appa terus berpaling ke arahku sambil menyentuh lembut rambutku. " Baguslah kalau Iu suka sebab kami nak Iu happy dekat sekolah ni" kata appaku pula. Kami terus berjalan sehingga akhirnya sampai ke blok pengurusan di sekolah ini.

         "Iu, kita dah sampai" kata omma membuatkan aku kalih memandangnya. Kami terus melangkah masuk ke dalam bilik pengurusan. Segala urusan perpindahan dan pendaftaran omma dan appa uruskan semuanya. " Ok Iu, kelas kamu di blok E ya. Kelas 4 Golden". Kata pengetua kepadaku dan aku hanya mengangguk sambil mengucapkan terima kasih.

         Selesai sahaja, kami terus keluar dan sebelum pulang mereka sempat memberi pesanan kepadaku yang mana membuatkan aku gembira dan juga takut. Gembira yang mana aku dapat bersama dengan oppa-oppaku manakala yang takutnya adalah reaksi mereka di mana sudah pasti mereka akan marah dan mengamuk nanti.

       "Iu, balik nanti kamu naik sekali ngan oppa-oppa kamu ya. Omma dah beritahu mereka tadi". Aku terus mengangguk dan ketika itu ku lihat oppa-oppaku turut bergerak ke arah omma dan appa. " Oh, memandangkan kamu dah ada di sini, omma nak minta tolong kamu tunjukkan kelas Iu sebab omma dan appa ada meeting nanti. Ni pun dah lambat."Kata ommaku dan aku lihat Kihyun oppa hanya diam.

" Ok, omma. Jangan risau biar kami uruskan tapi kelas apa budak ni diletakkan?" Tanya Kuanlin oppa pula sambil tersenyum sinis.

" Kelas 4 Golden. Nanti kamu hantar Iu ke kelas ya. Kata omma dan sebelum pulang kami bersalam dengan omma dan appa.

         Setelah kereta mereka meluncur keluar, Jungkook oppa terus membuka mulut. " Hei nerd! nanti kau pandai-pandailah cari sendiri kelas kau. Lagipun papan tanda kan berlambak. Lagipun kami malas sekarang tambah-tambah nak kena hantar budak nerd macam kau ni. Rosak imej kami nanti. Kau tu memang tak malu tapi kami pulak yang malu. Tambah Kihyun oppa pula.

       "T-t-tapi... Iu tak tahu selok- belok kawasan ni. Lagipun Iu baru je habis daftar. Boleh tak sek-ka-li ni je oppa-oppa tolong Iu. Kalau sesat n-n-nanti macammana?". Kataku dengan tergagap-gagap. Oppa-oppaku terus memandangku dengan tajam dan hanya menghadiahkan senyuman sinis mereka sambil mengisyaratkan "ada kami kisah" dan mereka terus meninggalkanku sendirian. Aku hanya mampu melepaskan keluhan panjang.

       Aku terus senyap dan bermonolog sendirian " Takkan sesat kot nanti. Memang la ada banyak sign tapi banyak arah dan baru aku perasan sekolah ni ada blok A, B, C,D, E, F dan G. Aku terus mengorak langkahku ke arah peta untuk mencari blok yang menempatkan kelasku.

Di satu sudut,

"Takpe ke kita tinggalkan dia kat situ hyung. Nanti dia beritahu omma apa yang kita buat kan susah". Kata Jungkook

" Ala, buat apa nak risau sangat hah. Bukannya omma tak tahu yang kita memang bencikan budak tu. Tapi dia tetap nak hantar budak tu sekolah kat sini kan?" Kata Sungjae pula.

" Tapi... bukan hyung tak tahu yang budak sekolah ni macam mana. Lagipun dia belum jumpa dengan geng Naeun. Hmm.. mesti best kan. Padanlah muka budak tu. Baru dia tahu nasib dia. Kata Jungkook lagi. Kemudian, mereka tertawa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jungkook.




Author: Harap semua enjoy .. Harap readers boleh  bagi feedback atau sebarang pandangan kepada karya saya dan vote sekali. 

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now