BAB 3

226 21 6
                                    

        Setelah selesai membersihkan diri, aku terus menyarungkan baju pajama berwarna ungu di badanku serta memakai cermin mata besarku. Aku terus bergerak turun ke bawah sambil memanggil appa dan ommaku. " Appa! Omma! !" sambil memandang sekeliling. Apabila kelibat mereka tidak kelihatan, aku terus menapak ke dapur dan kakiku tiba-tiba terasa digam apabila melihat kelibat oppa-oppaku yang tajam menatapku serta menjeling ke arahku. Omma pun bersuara saat melihatku " Ooh dear....kenapa berdiri kat situ. Mari duduk sini, oppa-oppa kamu pun ada kat sini baru balik." Kata ommaku  sambil menggamitku duduk di sebelahnya berhadapan dengan oppa-oppaku. 

         Aku hanya menunduk ketika makan disebabkan tidak sanggup menatap muka oppa-oppaku yng kelihatan bengang dengan kehadiranku serta meneruskan suapankanku. Selepas makan malam, kami berkumpul di ruang tamu. Oppa-oppaku yang ingin berlalu ke bilik terus membatalkan niat mereka sebaik sahaja mendengarkan kata-kata Appa.

       " Appa dan Omma ada benda nak disampaikan kepada kamu semua. Duduk dulu." Kata Appa membuatkan kami semua terus melabuhkan punggung di atas sofa yang tersedia di situ. Aku tak senang duduk kerana aku tahu apa yang cuba disampaikan oleh Appa dan ia berkaitan dengan kejadian di sekolahku tadi. 

      " Apa dia, appa! omma!? kami dah mengantuk ni. Esok kami nak keluar lagi. Nanti lambat pula kami bangun nanti. Kata  Seunjae oppa dan oppa-oppaku yang lain hanya memandang sambil mata mereka menjelingku tajam. Aku tahu mereka sebenarnya cuba mengelak daripada bersama aku dan mereka selalunya akan berkurung di dalam bilik sekiranya aku ada di rumah. Mereka juga hanya akan berborak sesama mereka serta tidak mengendahkanku.

      " Omma! Appa! kalau berkaitan hal tadi tu dear rasa...tak payahlah" kataku cuba untuk menghentikan perbualan ini. " Hal tadi? apa maksudnya? celah Jimin oppa pula. Aku terus senyap setelah mendengar suaranya. " Yes dear, memang pasal hal tadi. Omma dan Appa dah bersepakat nak pindahkan dear dari sekolah itu" Kata ommaku.

      " P_pin_pindah.... k_at sekolah mana omma!appa!? tanyaku dengan tergagap-gagap kerana masih terkejut mendengar berita yang baru diterima. Ku lihat Omma dan appaku tersenyum lalu memandang ke arah kami.  " Jangan kata..... semua mengangkat muka memandang ke arah Kihyun oppa dan pandangan kami terus terarah kepada ibu bapa kami. Omma dan appaku terus mengangguk mengiyakan kata Kihyun oppa.

        " Tapi.... kenapa? Omma! appa!" . Tanya Jungkook oppa sambil menggenggam tangannya membentuk penumbuk. Dia orang yang paling jarang mengeluarkan suara tetapi sekali dia bersuara boleh membuatkan suasana berubah menjadi dingin terutamanya apabila mereka bersama denganku.

        Omma  terdiam seketika sebelum  appaku menyambung kata-kata omma bagi menjawab soalan Jungkook oppa. " Appa nak kamu semua menjaga Iu di sekolah nanti". Mendengarkan kata-kata appa  Sungjae oppa cuba untuk membangkang " kami semua tak setuju. Kenapa perlu hantar budak ni kat sekolah kami sedangkan banyak lagi sekolah yang ada di Seoul ni? perlu ke?".

         " It's really ridiculous ma! pa!. Omma dan appa nak budak ni menyusahkan kami pula ke dekat sekolah nanti. Dekat rumah pun kami kena mengadap dia  dan sekarang dekat sekolah pun sama. Apa ni ma? pa?" Jimin oppa pula menambah bagi menyokong kata-kata Sungjae oppa sambil menunding jarinya ke arahku. Jungkook dan Kihyun oppa hanya senyap dan menggengam penumbuk mereka sehingga menampakkan urat-urat mereka tanda marah dengan cadangan itu.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now