BAB 26

117 14 0
                                    

Seminggu kemudian,

        Kira-kira seminggu eomma dan appaku ke luar negara tetapi setiap hari aku merindukan mereka. Ketiadaan mereka di rumah membuatkan keadaan semakin sunyi. Oppa-oppaku pula selalu ada latihan sama ada untuk bola keranjang mahupun group nyanyian mereka.

       Aku pula sentiasa dengan rutin harianku. Kalau tidak sekolah, rumah dan begitulah juga sebaliknya. Apa yang paling merisaukan aku, audition nyanyian sudah tinggal kira-kira 2 minggu lagi. Bila memikirkannya, hatiku menjadi gelisah. Jihyo pula sudah datang ke sekolah dan rupanya punca ketidakhadiran dia ke sekolah bukan sebab sakit tetapi dia pulang ke kampungnya.

       Dia tidak sempat untuk memberitahuku kerana semuanya kelam-kabut. Itu pun dah buatku lega kerana kawan aku dalam keadaan baik. Hari ini macam biasa, aku bersiap-siap untuk ke sekolah dan bila aku turun ke bawah, aku melihat oppa-oppaku masing-masing sedang duduk di meja makan sambil bersarapan. Aku mengorak langkah secara perlahan-lahan ke arah mereka untuk menyertai mereka makan.

     Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung, pandangan mereka tertala ke arahku. Belum sempat mereka membuka mulut, Suzy eonni datang dan menghidangkan makanan kepadaku. Aku menghadiahkan senyuman kepadanya dan pandangan oppa-oppaku cuba aku endahkan.

     Aku terus menyuap nasi ke dalam mulutku, namun belum sempat aku ,emeruskan suapan keduaku tiba-tiba bunyi kerusi membatalkan niatku. Aku melihat ketiga-tiga oppaku bangun dari kerusi kecuali Jungkook dan Kihyun. Aku sempat mengerling ke arah mereka dan apa yang aku lihat Kihyun sedang memegang tangan Sungjae dan Kuanlin manakala Jungkook pula memegang tangan Jimin.

    ' Korang nak pergi mana? Makanan tak habis lagi. At least habiskan makanan dulu. Lagipun takkan dah nak gerak sekarang. Awal lagi ni' kata Jungkook sambil memandang mereka bertiga. Aku hanya menjadi pendengar kerana aku dah boleh agak punca mereka berkelakuan begitu.

     'Aku dah tak ada selera la weyhh. Lagi-lagi tengok muka budak ni. Semak tahu tak! semak. Habis putus selera aku bila budak ni depan mata' kata Kuanlin pula. 'Dahlah, lepaskan kitorang. Korang nak makan, korang makan. Kitorang bertiga tunggu dekat luar, Dahlah lepaskan kitorang sekarang' tambah Jimin sambil mereka bertiga merungkai pegangan Jungkook dan Kihyun dan terus mengambil beg mereka yang berada di atas kerusi yang diduduki tadi.

       Tanganku menyuap makanan perlahan-lahan ke dalam mulutku. Seleraku juga sudah hilang bila mendengarkan kata-kata mereka namun aku cuba juga telan walaupun rasanya agak berpasir untuk mengelakkan dari air mataku jatuh. Rasa yang janggal membuatkan aku mengangkat muka memandang sekelilingku.

       Aku terkejut melihat Jungkook dan Kihyun yang masih berada di meja makan sambil mereka menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh Suzy eonni. 'Kau tak payah risaulah. Biarkan je mereka dulu. Lama-lama nanti sejuklah tu' kata Kihyun. 'Haah betul tu. Better kau makan dulu. Kang lambat pula kau pergi kelas, Lagipun tu ha. Aku tengok Jinhyuk hyung dah sampai dah tu dekat luar'. Tambah Jungkook pula.

   Aku hanya mengangguk dan cpat-cepat menghabiskan makananku kerana kekok dengan mereka berdua. Memang mereka berdua nampak lain tapi aku tidak berani mengambil risiko bercakap lebih-lebih. Takut tersalah cakap, habis aku. Bukan boleh ramai perangai mereka berlima.

     Pada masa yang sama, tanpa aku sedar, kedua-dua mereka memandang satu sama lain sebelum merenungku lama sambil melepaskan keluhan kecil. Selesai sahaja makan, aku meminta diri dengan mereka berdua dan aku memberanikan diri memeluk dan menghadiahkan ciuman di pipi mereka sama seperti yang aku lakukan kepada kedua ibubapaku.

     Tabiatku, bila orang dah terlalu baik dengan aku, itulah yang aku akan selalu buat walaupun  awalnya aku agak takut. Namun, aku beranikan diri untuk melakukannya. Paling tidak pun, kalau mereka tidak sukakannya, penamparlah habuanku. Aku tak kisah sebab dah terbiasa. Mereka berdua kelihatan tergamam dengan tindakanku.

     Tanpa berkata apa-apa lagi aku terus bergerak ke arah Jinhyuk oppa yang menungguku di luar. Sepanjang appaku tiada, dialah yang akan menghantar dan mengambilku dari sekolah. Appaku seakan dapat mengagak tentang perihal aku tidak pernah sekalipun memasuki perkarangan sekolah bersama-sama dengan oppa-oppaku.

      Dia siap menitipkan pesanan agar Jinhyuk yang akan mengambil dan menghantarku ke mana-mana sahaja. Aku pula hanya mampu mengangguk kerana dalam dua, tiga hari ini badanku seakan-akan letih dan tidak begitu kuat untuk berjalan dengan keadaan cuaca yang panas.


Nah new chapter untuk you guys. Disebabkan target sis nak habiskan secepat mungkin, ada masa sis tulis je new chapter. Hope enjoy.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now