BAB 35

114 17 0
                                    


      ' Apa yang ada dalam fikiran kamu semua sampai sanggup buat Iu macam ni. Dia adik kamu tahu. Tergamak kamu layan dia teruk. Eomma dan appa tak pernah ajar kamu begini. Kami ingatkan kamu semua dapat jaga Iu elok-elok, tapi sebaliknya yang berlaku' kata appa.

     Kami semua hanya diam. Suasana amat tegang. Yerim dan chinggu-chinggunya semua pulang setelah melihat kemunculan eomma dan appaku secara tiba-tiba. Kami sendiri tidak menyangka bahawa mereka akan pulang secepat ini.

      Kalau diikutkan, sepatutnya seminggu lebih lagi mereka berada di sana. Namun, tidak ku sangka secepat ini mereka pulang. Dalam masa yang sama, aku berasa lega. Setidak-tidaknya, keadaanku tidak menjadi semakin teruk. Dengan situasi tadi, tidak mustahil, lagi teruk aku akan hadap.

       'Susah sangatkah pesanan yang kami tinggalkan. Kami hanya suruh tengok-tengokkan Iu, bukannya suruh pukul dia. Susah sangat ke Jae, Min, Kook, Hyun dan Lin. Eomma tak minta banyak. Cuba tengok apa yang kamu buat dekat adik kamu'. Kata eomma sambil memandang sayu ke arah kami semua.

      ' Eomma dan appa tahu tak, kami tak pernah anggap dia sebagai adik kami. Dia tu hanya anak angkat dalam keluarga ni. Kenapa eomma dan appa terlalu sayangkan dia? Suatu saat nanti, bila dah jumpa keluarga dia, dia akan tinggalkan kita. Pengorbanan eomma dan appa selama ini akan jadi sia-sia'. Kata Sungjae.

       Aku hanya menunduk menekur lantai. Tidak sanggup untuk memandang wajah mereka. Kata-kata mereka amat tajam menikam hatiku.

'Weh, Sungjae, apa kau buat ni. Stop la' kata Kihyun sambil menggoncang tubuh Sungjae. 'Benda betul kan. Eomma! Appa! Kitorang kalau boleh taknak tengok langsung muka budak ni. Kami terlalu bencikan dia..Budak ni memang tak..' ,belum sempat Kuanlin menghabiskan kata-katanya, bunyi tamparan bergema kuat di ruang tamu.

      Buat beberapa ketika, keadaan menjadi sunyi sepi. Tidak berapa lama kemudian, bunyi gelak ketawa memenuhi ruang yang kami duduki membuatkan kami semua memandang ke arah itu. ' Ha! Ha! Ha!Wow! Appa. Disebabkan budak tak guna ni sanggup appa lempang Lin kan?' kata Kuanlin sebelum memaparkan riak wajah yang tidak aku mampu gambarkan dan terus berlalu naik ke bilik.

     'Appa! Tergamak appa buat Kuanlin macam tu. Sanggup appa tampar dia sebab budak yang tak tahu asal-usul ni' tambah Jimin sambil menolak- nolak lidah ke pipinya dan mengikut jejak Kuanlin naik ke bilik. Oppa-oppaku yang lain hanya memandang ke arah kami sebelum masing-masing melakukan perkara yang sama.

      Dalam pada itu, mereka sempat berhenti di tempatku dan membisikkan sesuatu yang mampu menimbulkan beribu rasa dalam sanubariku. Terlalu pedih untuk ku telan.

     'Kau tengok! Disebabkan kau semua ni jadi. Happy la kau kan bila eomma dan appa support kau. Kau memang tak guna. Tak salah la apa yang kitorang menilai kau. Jangan harap kau akan senang-lenang nanti.'. Kata-kata yang dilemparkan oleh Jimin disokong oleh Kihyun dan Jungkook sebelum ketiga-tiga mereka bergerak meninggalkan ruang tamu.

     Appa hanya meraupkan mukanya manakala eomma pula memelukku erat bila mendengarkan kata-kata yang dilontarkan oleh oppaku. Kedua-dua mereka memujukku agar aku tidak memikirkan semua yang berlaku tadi. Badanku yang luka-luka tadi semuanya dirawat oleh eommaku.

     Aku tidak ingin merisaukan mereka. Jadi, aku hanya mengangguk dan mengukirkan senyuman manis sehabis mungkin untuk menghilangkan kegusaran mereka. Kemudian, aku meminta diri untuk ke bilik.

       Aku hanya termenung dan menangis sepanjang malam disebabkan perkara yang berlaku tadi. ' Adakah tiada harapan untuk aku memperbaiki hubungan dengan oppa-oppaku? Aku serius dah terlalu buntu dengan semua perkara. Dan yang paling teruk, oppa-oppaku semakin membenciku kerana disebabkan aku Kuanlin ditampar oleh appa. Selama ini appa tak pernah naikkan tangannya pada kami. Tapi...tadi...hmmm' .

Di bilik Kuanlin.

     Aku serius benci dengan budak tak guna tu! Disebabkan dia, appa sanggup tampar aku dan eomma pula marah-marah kita semua' kata Kuanlin.

     Jimin hanya mengurut lembut belakang Kuanlin kerana dia tahu apa yang dirasakan oleh Kuanlin.

     Kihyun dan Jungkook pula hanya menyandar di dinding sambil tangan mereka disilangkan ke dada dan mata memandang ke arah Kuanlin yang sedang berang.

     'Budak tu memang tak guna. Tak sabar aku nak tengok dia berambus dari sini. Aku rasa apa yang kita buat pada dia tadi memang patut pun'. Kata Sungjae sambil menggenggam penumbuk menandakan dia masih tidak puas hati dan berang dengan apa yang telah berlaku tadi.


 New update. Hope enjoy. Sis kalau sekali rasa malas tu ada, boleh drag masa berbulan juga nk update. But now, mission sis nk sttlekan semua bab cpt2 before proceed utk 2nd book.  Kalau boleh sis nak pulun hari2. Tp tu la..Adeh..Tq kpd yg sudi baca.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now