BAB 44

155 19 7
                                    

         Pagi ini, aku bersiap macam biasa. Selesai mengikat rambut aku mengambil beg sekolahku dan terus menuju ke tangga. Namun, langkahku menjadi perlahan saat melihat kelibat kelima-lima oppaku di meja makan. 'Awal pulak mereka bangun hari ni'; kataku sendirian. Aku hanya menjungkit bahu dan cuba mengendahkan kehadiran mereka.

        Sampai sahaja di meja makan, aku menarik kerusi di sebelah eommaku berhadapan dengan Sungjae, Kihyun dan Jimin. Manakala, Jungkook dan Kuanlin berada sebaris denganku. Disebabkan aku masih terasa dengan sikap dan tindakan mereka semalam, aku mengambil keputusan untuk tidak terhegeh-hegeh lagi dalam mendapatkan perhatian mereka.

      Aku menjadi sebak secara tiba-tiba bila mengingatkan peristiwa kemarin namun aku tahu mereka tidak peduli pun. Kakiku juga menjadi lebam dan kebiru-biruan namun aku cuba untuk berjalan seperti tiada apa-apa. Tanpa membuang masa, aku terus menyuap makanan ke dalam mulutku dan terus bangun mencium pipi kedua-dua ibu bapaku seterusnya bergerak meninggalkan meja makan.

     Aku langsung tidak memandang ke arah oppa-oppaku kerana aku tidak kuat untuk melakukan itu. Apabila tiba di luar rumah, Jinhyuk oppa sudah berdiri di sisi kereta sambil membukakan pintu untukku dan setelah itu , kereta pacuan 4 roda terus meninggalkan perkarangan rumah.

Di satu sudut lain,

Sungjae p.o.v

         Kami berlima memandang ke arah budak itu. Serius aku rasakan dia sudah berubah. Kami terus berpandangan sesama sendiri sebelum masing-masing menyambung makan. Rasa hairan cuba ku tepis jauh. Mungkin dia dah serik kot. Secara automatik senyuman sinis terbit di bibirku.

Iu p.o.v

       Suasana di dalam kelas agak bising. Maklumlah, Sir Nickhun ada inform kami yang dia masuk lambat sikit. So, inilah yang berlaku sekarang. Dalam sibuk aku termenung, tiba-tiba seseorang mengheret kerusi di hadapanku dan matanya terus memandang tunak ke arahku.

        Aku terus menunduk saat mukaku terasa panas. Yelah, siapa je yang tak malu bila dipandang macam tu, Dan aku rasakan pipiku ditarik perlahan membuatkan aku kembali memandang ke arahnya. Aku lihat Minjae elok tersenyum sambil tangannya masih melekat di pipiku.

        'Alololo! Asal pipi princess merah sangat ni. Princess malu dengan Min ke' , kata Minjae dalam nada mengusik.

       Aku hanya mengangguk dan perbuatanku menyebabkan ketawa Minjae lebih kuat. ' Princess ni comellah. Kalau lah princess jadi girlfriend Min mesti Min akan jadi orang yang paling happy', tambahnya lagi.

      Aku yang tadi hanya berdiam diri terus terkejut mendengarkan itu. Adakah aku salah dengar atau berkhayal. Ayat dia tidak berapa jelas di pendengaranku kerana asyik melayan rasa maluku tadi. Belum sempat aku ingin bertanya tentang apa yang dicakapkan oleh Min tadi, Sir Nickhun masuk ke dalam kelas.

    'Annyeonghaseyo class! Sebelum start topic kita hari ni, Sir cuma nak inform yang Jumaat minggu hadapan ada majlis sambutan untuk sunbae-sunbae kamu. Jadi, sir nak Jieun buat persembahan nanti. Nama kamu sir dah masukkan dalam senarai untuk persembahan itu, so nanti just get ready ea' kata Sir Nickhun membuatkan aku terus dilanda rasa takut.

    'T...tapi Sir' aku cuba untuk mengelak namun bila kata hati tak seiring dengan perbuatan memang lain la jadinya. Aku hanya mengangguk dan Sir Nickhun terus tersenyum senang ke arahku. 'Aduh iu apa kau buat ni. Asal tak cakap yang kau tak ready lagi nak perform depan orang ramai' , aku mengetuk perlahan kepalaku.

     Bunyi orang ketawa membuatkan kepalaku secara automatik memandang ke arah mereka. Aku lihat chinggu-chingguku menahan ketawa saat memandangku. Dan, aku tahu mereka dengar apa yang aku cakap tadi. Aku hanya mampu menahan malu jelah.


Nak menulis tetapi kekeringan idea. New update sebab sis finally dah hbis exam utk sem ni. Tqsm kpd yang sudi baca story ni. Bab ni maybe hambar tapi hope enjoy reading.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now