BAB 52

118 16 2
                                    

     Aku memandang rumahku dengan reaksi kosong. Aku menggagahkan diri untuk menapak ke dalam rumah. Kedengaran suara orang berbual-bual di ruang tamu  membuatkan aku menjadi tidak kuat untuk mendekati mereka namun aku perlu mengetahui perkara sebenar tentang diriku.

     Bunyi tapak kaki seseorang di belakang membuatkan tujuh pasang mata memandang ke arahku. Sungjae yang menjadi orang pertama menyedari kehadiranku terus datang menerpa ke arahku sambil terus memelukku erat.

     Pelukannya tidak ku balas kerana hatiku masih dalam dilema. Perlakuan itu menyebabkan pelukannya padaku terlepas seterusnya kedua-dua tangannya diangkat ke kedua-dua bahuku sambil matanya mencari wajahku. Begitu juga pandangan dari ahli keluargaku yang lain.

    'Adik! Kenapa? Ada something happen ke? Asal muka adik sedih je ni? Tanya Sungjae kepadaku sambil matanya tertunak ke wajahku. Mendengarkan kata-kata dari Sungjae, semua mendekatiku dan memandangku risau.

     Aku hanya mendiamkan diri dan tanpa sedar air mata terus merembes keluar dari pelupuk mataku dengan laju. Aku hanya membiarkannya tanpa mengesat air mataku. Aku melepaskan pegangan Sungjae sambil mengeluarkan dokumen yang dari tadi ku simpan di dalam beg dan meletakkannya di atas meja sebelum menjarakkan diri dari mereka.

     Ke..napa?' tanya mereka sambil mengambil dokumen di atas meja dan terus mereka terdiam. ' Dear nak tanya, semua orang dah tahu ke pasal ni? Dan dear nak tahu kenapa perlu semua orang sembunyikan semuanya dari dear? Kenapa!!! Ni ke sebab eomma, appa dan oppa-oppa semua tak bagi dear ke rumah mummy? Kataku sambil cuba menahan tangisanku.

     ' Dan oppa-oppa semua? Adik nak tanya, korang selama ni ikhlas ke layan adik macam adik korang ke korang still berdendam? Tu sebab semua berdiam tanpa bagitahu apa-apa dekat adik ha? Cakap!! Asal semua diam. Habis saja menghamburkan semuanya, esakanku semakin kuat.

      Mereka cuba mendekatiku namun aku makin menjauhkan diri dari mereka. Hatiku masih berteka- teki mengapa perlu mereka sembunyikan benda ini dari pengetahuanku. Tak layakkah aku tahu pasal keluargaku. Apa yang mereka nak sebenarnya? Benda itu masih berulang-ulang dalam kepalaku.

Flashback

     Aku terus melepaskan dokumen saat melihat isi yang tertulis di situ.
Dalam terketar-ketar, aku mengeluarkan suara.
'Ini...b...be..betulke apa yang adik lihat ni. Ini se..semua hanya prank kan?' aku cuba untuk menidakkan semua tu.
       ' Ka...kalau semua ni benar, mengapa sekarang baru semua nak cari a..adik? Mengapa tidak masa adik kecil lagi ha?' tambahku lagi.

        Mummy terus mendekatiku sambil memegang tanganku sambil matanya turut mengeluarkan air mata. Aku yang melihatnya turut sebak namun aku mahukan jawapan ke atas semua persoalanku.

       'Maafkan kami. Bukan kami tak cari adik. Tapi dulu kami khilaf. Kami jahat sebab buang adik dulu. Kami menyesal. Mummy Dan daddy sangat sayangkan adik. Cuma dulu kami tak dapat accept kehadiran adik dalam hidup kami. To..tolong maafkan kami semua. Mummy dan daddy jahat sebab buang adik dari hidup kami dulu. Kami sayangkan adik' kata mummy membuatkan semua orang menangis mungkin kesal dengan apa yang terjadi dulu.

      Aku terus memejamkan mata Dan menahan tangisanku dalam diam. ' Mak..maknanya, adik ni hanya o..orang yang dibuang...di..kutip bila diperlukan d..dan di...dibuang bila dah takda kepentingan..Ma..cam tu ke??.. Hatiku seakan perit menelan setiap perkataan yang keluar dari mulutku sendiri. Aku tak sangka.

     'Adik maafkan kami. K.kami menyesal atas perbuatan lalu kami. Please terima kami semula dalam hidup adik'. Tambah daddy membuatkan hatiku seakan-akan tidak dapat menahan perit lagi. Dia cuba memegangku tetapi aku mengelak.

     ' Bagi adik masa untuk terima semua benda ni. Hati adik sakit sangat. Adik pergi dulu' selesai menyudahkan kata-kataku, aku terus berlari keluar dari rumah dan menahan teksi yang kebetulan lalu di situ. Bunyi orang memanggilku dari dalam rumah tidak ku endahkan.

Di rumah
      'Adik!!adik!! Oppa-oppa semua memang ikhlas sayangkan adik. Kami tahu selama ni kami banyak sakitkan hati adik, pukul adik dan macam-macam layanan buruk kami bagi kat adik. Tapi sekarang serius kami terlalu sayangkan adik, sangat-sangat' kata Kuanlin oppa membuatkan hatiku berbelah bahagi.

     Tiba-tiba terasa badanku dipeluk oleh seseorang. Aku terus memandang dan kulihat eomma turut menangis. ' kami bukan taknak bagitahu benda sebenar. Tapi, kami takut dear akan tinggalkan kami. kami taknak kehilangan dear sebab dear adalah permata yang paling berharga dalam keluarga ni. Tolong jangan tinggalkan kami' usai berkata-kata eomma terus terduduk.

    Aku yang tidak betah melihat eomma sebegitu terus memeluk eomma dan hatiku semakin tenang mendengarkan luahan hati mereka.
' Kenapa eomma cakap dear akan tinggalkan keluarga ni. Dear sayang sangat keluarga ni. Kalau bukan kerana eomma, appa dan oppa-oppa semua, mungkin dear dah takde hala tuju. Dear happy sangat ada keluarga yang sangat sayangkan dear' aku meluahkan perasaanku sambil Cuba memujuk eomma..

     Semua orang terlihat lega melihat senyumanku. Dan tiba-tiba semua menuju ke arah aku dan eomma sambil memberikan free hug. Akhirnya, gelak ketawa kembali lagi.
Dan untuk keluarga kandungku juga mungkin aku patut bagi peluang kedua. Well, everyone deserve a second chance, right!

      

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now