BAB 28

127 15 6
                                    

Waktu rehat,

     Aku dan Jihyo bergerak ke kantin untuk mencari makan. Awalnya aku menolak disebabkan aku tidak begitu berselera mungkin kesan dari demam. Namun, Jihyo kan mana reti nak mengalah akhirnya di sinilah aku. Saat kakiku melangkah masuk ke kantin, aku melihat 3 orang namja yang agak aku kenali

    Aku tanpa menunggu lama, terus menapak ke arah mereka bertiga. Alang-alang Jihyo menyuruh aku mencari tempat duduk sementara dia membeli makanan dan pada masa yang sama meja yang diduduki oleh mereka bertiga masih ada dua kerusi kosong, jadi apa salahnya aku duduk di situ.

    Mendengarkan kerusi ditarik, mereka yang sedang rancak berborak terus menalakan pandangan mereka ke arahku. Riak muka mereka pada awalnya tidak dapat aku baca namun setelah mereka melihatku, mata mereka bertiga terus bersinar. Yes! Kalau nak tahu 3 namja tadi adalah Baekhyun, Daniel dan Jb.

     'Hai oppa-oppa sekalian. Amboi rancak borak. Boleh tak adik dan chinggu adik nak duduk sini. Adik tengok semua tempat dah penuh kecuali sini sahaja yang masih ada kosong?' tanyaku kepada mereka.

    ' Eh, adik, duduklah. Lama tak nampak adik. Mana chinggu adik tu?' kata Baekhyun oppa ramah sambil menarik kerusi di sebelahnya menyuruhku duduk di situ. Aku terus melabuhkan punggung di situ kerana tak larat nak berdiri lama.

     ' Kamsahamnida oppa. Chinggu adik tengah beli makanan. Lepas ni sampailah tu dia. Adik sihat je oppa tapi tu la adik busy sikit tu yang jarang datang kantin selalu lepak dalam kelas je' kataku perlahan.

      'Eh, sihat? Kenapa oppa rasa muka adik pucat je ni' kata Baekhyun oppa membuatkan Daniel dan Jb masing-masing terus memandang ke arahku. Dan dengan tidak teragak-agak mereka turut melakukan benda sama macam yang Jihyo dan Jinhyuk oppa buat tadi tanpa sempat aku mengelak.

     Dan secara drastik mereka terus menarik tangan mereka kerana bahang dari suhu badanku mungkin. 'Eh adik, panas sangat badan adik ni. Jom pergi bilik rawatan . Adik rest kat situ. Kenapa adik datang sekolah kalau dah tahu demam' kata Jb cemas melihatkan keadaanku.

      Aku terus menarik tangan mereka agar duduk di tempat mereka semula. Bila aku terangkan mereka hanya mengangguk faham. Dalam rancak berborak kedengaran suara Jihyo memanggil-manggil namaku. 'Iu! Iu, la rupanya awak kat sini . Puas saya cari awak. Eh!' tiba-tiba Jihyo berhenti bersuara dan aku melihat muka dia merah sebelum dia terus menunduk.

     Melihatkan itu, aku terus menariknya duduk di sebelahku. Aku berbisik ke telinganya. ' Jihyo kenapa awak tiba-tiba diam'. Dia terus berbisik perlahan ke telingaku semula 'asal awak tak cakap ada mereka bertiga' katanya sambil memandang ke arah 3 orang namja di depanku ini.

   Mendengarkan itu, kami semua tergelak dan setelah beberapa lama barulah kami dapat menyesuaikan diri dan menyambung makan. Setelah siap, kami masing-masing mengucapkan terima kasih kepada mereka bertiga. Sempat lagi mereka menggosok lembut kepalaku sebelum masuk ke dalam kelas.

     Dalam perjalanan ke kelas, kami melalui blok form 5. Untuk mengubah angin kata Jihyo. Menurutnya, ini adalah blok oppa-oppaku manakala blok sebelah adalah blok oppa angkatku yang lain. Aku hanya mampu 'wow' sahaja bila tengok blok ini. Susunannya agak berlainan dari blok kami.

        Bagi aku semua tempat lawa. Saat melalui satu lorong bacaan, aku ternampak kelibat oppa-oppaku. Alang-alang aku dah nampak mereka kat sini, bolehlah aku cuba untuk meminta menumpang mereka nanti kerana Jinhyuk oppa tiba-tiba ada hal kecemasan pula tadi.

       ' Eh! Iu.. awak nak pergi mana tu?' kata Jihyo. Aku hanya menunjuk ke arah yang aku hendak pergi dan tanpa menunggu reaksi Jihyo, aku terus menapak ke arah oppa-oppaku yang sedang lepak bersama-sama chinggu mereka. Dan yang menghairankanku, Yerim pun ada kat situ bersama-sama dengan oppa-oppaku.

our lonely cutie, lee ji eun @iuजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें