BAB 12

129 17 0
                                    

Di dapur

     Kedengaran suara dua orang berborak di dapur. Suasananya amat meriah sekali. Rupanya Iu dan eommanya sedang mengemas dapur serta mencuci pinggan lepas makan malam tadi.

    " Eomma, bulan depan kan sekolah dear akan buat satu audition untuk memilih penyanyi dan berpeluang untuk sign kontrak dengan syarikat terkenal". Kataku kepada eomma. Eomma kemudian menayangkan muka terkejut sambil memandangku " La, ye ke? Dear macammana tak nak join ke?" Kata eomma dengan tiba-tiba dan reaksinya ketika itu agak teruja bagiku. Aku menggelengkan kepalaku sambil melepaskan satu keluhan.

   " Kenapa ni? Dear ada problem?", tambah eommaku lagi. "Dear memang tak nak eomma. T..Tapi.. Sir Nickhun suruh semua orang ambil bahagian dalam competition tu. Eomma rasa macammana? Patutkah dear join jugak?" kataku lagi sambil memandang tunak ke arah eommaku.

   " Kalau ikutkan eomma, dear masuk je. Mana tahu boleh asah bakat dalam diri dear. Eomma nak juga tengok anak eomma ni tonjolkan diri. Eomma tahu dear takut tapi at least dear boleh cuba kan. Berjaya ke tak tu belakang kira. Cuma eomma nak dear keep fighting. Jangan malu-malu sangat okay. Eomma tahu anak eomma hebat" Kata eomma meyakinkanku.

   ' Iu tahu eomma nak sangat dear buat yang terbaik untuk diri sendiri. Tapi eomma tak tahu apa dear rasa, pandangan orang-orang kat sekolah, pandangan oppa-oppa kat dear. Its so hurt eomma. Disebabkan tu dear takut eomma untuk try buat apa yang dear nak. Dear pun tak ada kelebihan eomma, cuma biasa-biasa. Kalaulah eomma tahu semua tu, mungkin eomma tak sanggup biarkan dear terus bersekolah kat situ'. Monologku sendirian.

   " Hey kenapa anak eomma ni. Mengelamun je. Alahai". Aku hanya tersengih kepada eomma dan menyambung kerjaku sambil berborak kosong dengan eomma.Selesai sahaja mengemas dapur, aku meminta izin eommaku untuk ke bilikku.

  Masuk sahaja dalam bilik, aku berdiri di hadapan balkoni bilikku. Suasana malam begitu menenangkanku. Aku memandang ke arah langit yang kelihatannya sangar cantik malam ni. Keadaan ini tidak pernah mengecewakanku. Aku suka akan suasana ini yang mana mampu menenangkan segala keresahanku,

   Dalam kesuraman malam, aku merasakan hati aku kosong. 'Dimanakah keluarga kandungku? Kenapa orang begitu membenciku termasuk oppa-oppaku? Adakah aku masih ada peluang untuk dekat dengan mereka?'. Perkara ini selalu berlegar-legar dalam fikiranku. Tiba-tiba, air mataku mengalir dengan laju bila perkara ini semakin membelenggu dalam jiwaku.

    Aku mengangkat muka memandang ke arah bilik oppa-oppaku. Inilah rutin harianku. Hati aku sangat sakit bila memikirkan kebencian mereka terhadapku. Aku juga ingin merasakan sedikit kasih sayang mereka walupun mereka bukan keluarga kandungku. Aku sangat sayangkan mereka tapi aku sendiri tidak pasti berapa lama hati aku mampu bertahan dalam menanggung kesakitan ini.

   Aku lihat bilik mereka masing-masing masih cerah lagi dan suara gelakan mereka jelas kedengaran di telingaku menambah sebak dalam hatiku. Aku nak juga join mereka tapi aku pasti, aku akan terus dihalau. Nampak muka aku pun diorang dah meluat inikan pula nak join mereka. Haish, sekali lagi terlepas keluhan dari bibirku.

    Untuk menghilangkan rasaku, aku menarik nafas dan mendongak. Saat mengangkat mukaku, mataku bertembung dengan mata Kihyun oppa di sebelah. Melihatkan itu, aku terus mengesat air mataku dan ku lihat Kihyun oppa memandangku lama dengan ekspresi muka yang jarang aku lihat padanya. Aku menghadiahkan senyuman nipis ke arahnya.

    Namun, senyumanku mati saat dia tanpa berkata apa-apa terus masuk ke dalam biliknya. Sekali lagi aku tercengang kerana belum pernah dia bersikap begini. Bagi mengelakkan aku berfikir macam-macam lagi, aku terus menapak masuk ke dalam bilikku dan tidur kerana esok aku perlu ke sekolah lagi. Dalam masa yang sama aku cuba melupakan apa yang aku lihat tadi.  


Done new chapter, hope readers enjoy baca. Author merapu lagi. And sorry kalau ada kekurangan . 

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now