BAB 16

122 20 0
                                    


     Kebiasaannya, aku akan menunggu oppa-oppaku keluar kelas dan mengajak mereka untuk pulang sekali ke rumah setiap kali kelas habis walaupun aku tahu semua tu tak bermakna sebab mereka akan terus ignore. Tapi disebabkan kejadian tadi membuatkan aku sedikit takut untuk melakukan rutin harianku. Cara yang terbaik adalah lebih baik aku balik sendiri.

     Sambil berjalan aku termenung sendirian. Perjalanan yang ku kira agak jauh memakan masa 30 minit untuk sampai di rumah membuatkan aku dapat menenangkan fikiranku. Badanku yang ku kira agak sakit kerana tolakan Kuanlin oppa tadi dan tanganku yang lebam tadi juga membataskan pergerakanku. Hal ini menyebabkan aku merasakan perjalananku untuk pulang ke rumah hari ni agak lambat.

     Kedengaran bunyi hon kereta di belakangku membuatkan langkahku terus terhenti. Ini kerana aku agak familiar melihat kereta tersebut. Aku menunggu pemandu tersebut keluar dan saat melihatkan wajah gerangan tersebut membuatkan aku terus ke arahnya dan memeluknya. Kesakitan tadi aku endahkan kerana aku terlalu teruja dan gembira melihatnya.

     Aku dengar dia hanya terkekeh-kekeh ketawa sambil membalas pelukanku. " Alalala, Iu rindu sangat ea dekat Minjae" katanya membuatkan aku memukul dadanya dengan perlahan-lahan. Ya, itu Minjae bffku yang paling protective, hensem, baik hati dan macam-macam. " Sampai hati ea buat Iu tertanya-tanya, namja mana la yang main hon kereta tadi" Kataku sekadar untuk bergurau.

    Dia hanya gelak mendengarkan kata-kataku. " Iu, jom teman Minjae". Tanpa apa-apa, Minjae terus menarikku masuk ke dalam kereta miliknya dan seterusnya pacuan empat roda itu bergerak meninggalkan tempat itu. Satu je aku nak cakap. Minjae memang tak berubah.

    Suasana di dalam kereta agak riuh dengan suara kami berborak. Maklumlah dah lama tak jumpa." Iu ni makin cute la, Min tengok" katanya sambil menarik-narik pipiku. Aku hanya membiarkan . Dah tu memang benda yang selalu dia buat begitu juga dengan Minwoo dan Youngdoo. Rindunya aku dengan mereka.

   'Min, Iu nak tanya Min, Woo dan Young apa khabar? Rindu betul Iu dengan korang. Lama tak jumpa'. Minjae terus memandangku sambil menggosok lembut kepalaku. " Kami semua sihat je la. Cuma tula , rindu sangat-sangat dengan princess kitorang ni. Lama tak jumpa". Kata-kata Minjae membuatkan aku tersengih-sengih sendirian.

    Aku nak tanya sebenarnya ke mana dia nak bawa aku. Namun, melihatkan dia yang khusyuk memandu, aku biarkan je la dulu. Lepas ni tahu juga ke mana kereta ni akan stop. Tidak dinafikan Minjae memang dikategorikan dalam kalangan orang yang mempunyai rupa paras yang mampu menarik perhatian mana-mana wanita di luar sana begitu juga dengan Minwoo dan Youndoo. Tapi aku pelik kerana mereka tidak pernah mempunyai teman wanita. Tu yang buatkan aku curious sampai sekarang.

    Tanpa disedari, Minjae membuka pintu dan memegang tanganku. Rupa-rupanya telah sampai ke destinasi. 'Adui Iu, tulah mengelamun banyak sangat sampai tak sedar apa-apa dah'. Monologku sendirian. "Eh!eh!Min, kita nak ke mana ni?"kataku kalut sambil mngikuti langkah Minjae. Nak buat macammana lagi, tanganku elok dia pegang kemas macam dah tak nak lepaskan dah.

     "Adalah, Iu ikut Min ea" katanya sambil memandangku sekilas. Langkah kami terhenti di depan sebuah starbucks dalam mall ni dan ku kirakan inilah tempat yang dia nak bawa aku. Aku hanya akur mengikut Minjae dan langkah kami terhenti di sebuah meja yang menempatkan dua orang lelaki yang mana aku boleh agak dah siapa.

    Kami sama-sama memaparkan riak terkejut dan sedih. Kemudian, kulihat mereka bangun dari duduk dan menapak kearahku. Setelah itu, mereka berdua terus memelukku. Aku berasa sangat gembira melihat mereka dan akhirnya ku lihat Min juga tersenyum melihat kami. Suasana di dalam kedai tersebut yang tiba-tiba senyap kami endahkan kerana masing-masing terlalu teruja dengan pertemuan ini.

    "Kami rindukan Iu sangat-sangat dan kami gembira akhirnya dapat bekumpul balik macam ni". Kata Minwoo sambil memelukku dan aku merasakan Youngdoo juga mengangguk mengiyakan kata-kata tersebut. " Iu pun rindu korang sangat-sangat. Korang adalah bff Iu yang paling iu sayang" Katakau sambil mengalirkan air mata. Dan tiba-tiba Minjae datang memeluk kami bertiga sehingga membuatkan kami ketawa riang.


Enjoy reading. Tak tahulah apa yang sis melalut. Hope tak peninglah membacamya. Hehe

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now