Bab 9

131 17 0
                                    


    Masuk sahaja di dalam kelas, Jihyo yang berborak dengan rakan sekelasku yang lain terus mendekatiku. Dia kulihat seperti kehairanan melihatku. " Eh! Iu kenapa dengan kaki awak? siapa yang buat awak macam ni? Mana lagi yang cedera?. Aku terus memandang Jihyo, apa yang aku dapat lihat muka dia yang berkerut-kerut disebabkan terlalu merisaukan aku. Habis seluruh badanku dibeleknya. " Alahai Jihyo, Jihyo, awak ni terlalu baikla". Bisikku sendirian.

     Tiba-tiba lamunanku terhenti disebabkan Jihyo. " Iu, saya tanya ni. Apa dah jadi dengan awak ni. Boleh dia senyap je". Aku pun hanya tersenyum " saya tak apa-apalah Jihyo. Sikit je ni, tak sakit pun". Namun, kata-kataku tidak menenangkan Jihyo malah dia kelihatan dapat mengagak apa yang berlaku kepadaku.

     "Awak cakap jujur dengan saya sekarang Iu. Ni mesti kerja oppa-oppa awak kan? Awak jangan nak sembunyikan benda ni dari saya. Please la jujur je dengan saya". Kata-kata Jihyo sedikit sebanyak membuatkan aku terharu. Dia amat mengambil berat tentangku walaupun baru kenal. Melihatkan kesungguhan Jihyo, aku hanya mengangguk dan tanpa sedar setitis air mataku jatuh.

     Tak semena-mena, Jihyo terus memelukkan sambil membisikkan sesuatu agar aku terus sabar. Pandangan orang lain tidak kami endahkan. Tak lama kemudian, loceng kelas berbunyi dan Sir Nickhun masuk ke kelas. " Annyeonghaseyo semua. Sir ada pengumuman, tak lama lagi sekolah kita a kan mengadakan pertandingan menyanyi untuk memilih wakil ke peringkat kebangsaan. Dan dalam masa yang sama boleh menandatangani kontrak dengan syarikat-syarikat yang terkenal di luar sana". Kata-kata sir membuatkan seisi kelas bersorak dan aku pula hanya senyap.

       Jihyo yang perasan keadaanku, terus mendekatkan dirinya.," Iu, awak tak nak cuba ke? Macam best je". Aku terus memandangnya dan menggelengkan kepalaku." tak nakla saya, suara saya bukannya sedap pun. Tambahan pula, saya tak pandai dan minat bab-bab menyanyi ni". Jelasku dengan jujur. " Eh! Awak tak cuba lagi, mana tau boleh". Kata-kata Jihyo kemudian ku balas dengan senyuman sahaja.

        " Jadi sir nak semua pelajar di dalam kelas ni dapat join dalam competition ni. Dan bulan depan kita akan buat audition dalam kelas. Semua kena terlibat dan no excuse". Mendengarkan kata-kata sir, aku terus terdiam dan saat aku melihat ke depan, Sir Nickhun memandang ke arahku sambil tersenyum penuh makna.

       Kemudian, sir terus meneruskan pembelajaran seperti biasa dan beberapa jam kemudian, loceng rehat telah berbunyi. Aku yang tengah mengemas barang terhenti saat melihat beberapa classmates ku berdiri di depanku sambil menghadiahkan senyuman yang amat sinis pada pandanganku. Kebetulan, aku hanya bersendirian ke rana Jihyo menolong Sir Nickhun mengangkat buku-buku pelajar ke bilik guru.

     "K..kenapa awak semua pandang saya macam tu? S..sa..saya ada buat salah ke?" kataku sambil menutup perasaan gugupku walaupun aku tahu ianya tak berjaya. " Woi, nerdy! Asal kau datang sini ea and apasal kau masuk ke kelas kami. Menyampah tahu tak. Dan satu lagi, kau jangan harap kami akan support kau untuk pertandingan nanti. Kau jangan nak berangan ya. Muka kau dah buruk, ni kan pula suara kau. Ha Ha Ha. Dasar nerdy, penampilan kau membuatkan imej kelas terjejas tahu" kata salah seorang daripada mereka sambil menunjal kepalaku. Aku hanya mampu terdiam sambil menahan perasaanku " takkan sekali lagi aku kena hadap benda macam ni. Asal semua orang bencikan aku? Teruk sangat ke aku ni?".

        "Weyhh! Apa korang buat dekat Iu ea. Aku nak korang pergi sekarang sebelum aku report dekat pengetua." Mendengarkan suara itu, aku terus memandang ke arah pintu kelas dan figura yang kulihat Jihyo yang sedang dalam keadaan marah berjalan cepat ke arahku serta pelajar-pelajar tadi terus keluar dari kelas .' Iu, awak ok? Sorry sebab keluar lama sangat". Aku hanya mampu menghembus nafas lega melihatkan Jihyo. Dan akhirnya aku tewas, bersaksikan Jihyo aku menangis lagi.



  Sorry sebab dah terlalu lama author tak update story ni. Nah special update untuk readers. Tq sebab masih save this story in your library even author dah macam mini chipsmore. Kejap ada dan kejap takda. Hehe. Serius author berterima kasih kepada sesiapa yang baca cerita author yang tak berapa menarik sangat ni. Author sangat menghargai sangat-sangat. Hope enjoy your reading guys.hehe

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now