BAB 25

122 14 0
                                    

         Aku terus menunduk untuk menutup maluku. Aku sempat melihat wajah Kihyun oppa juga kelihatan kemerah-merahan tadi. Tapi takkanlah dia malu. 'Oii, Iu dah kau pandang dia macam nak tembus tu mana la orang tak malu oii'. Monologku lagi. Aku lihat Kihyun oppa berdehem mungkin untuk menghilangkan rasa janggal yang wujud antara kami tadi gara-gara perbuatanku.

      ' Asal kau pandang aku macam tu. Ada something ke kat muka aku ke ada something kau nak cakap pada aku' katanya lagi. Kedengaran kasar namun bicaranya tidak mengguris hatiku kerana agak lembut cara dia menegurku. Alah, aku dah biasa ditengking jadi takdelah aku nak terasa sangat. Ni dah kira okey la tu. Dia cakap elok-elok lagi.

       Aku terus memegang dahiku saat merasakan pedih di situ. 'Oppa ni dah kenapa jentik dahi aku' monologku sendirian lagi. Mana la aku berani nak suarakan kan tak pasal-pasal di flying kicknya aku nanti. Bukan boleh agak perangai oppa aku ni. ' Ha tu makan dia. Aku tanya sempat lagi kau mengelamun. Haish. Ada apa-apa ke kau nak cakap?' tambahnya lagi sambil menggosok tempat yang dijentiknya tadi.

      Aku agak terkejut tetapi hanya membiarkan tingkahnya. Lagipun sakit jugalah maklumlah tenaga namja mana la sama dengan yeoja. Aku mengangguk-ngangguk sebelum membuka mulutku.'Iu.. nak ucapkan emmm.. teri..terima kasih sebab tolong Iu tadi masa nak jatuh tangga dan siap ubatkan Iu lagi'. Kihyun oppa berhenti menggosok dahiku dan duduk balik memandang Tv yang terpasang serta mengangguk.

       Aku tersenyum melihatnya. Dan tidak berapa lama kemudian, appa dan eommaku turun dan mendekati kami berdua. 'Ha..Hyun balik pun kamu. Tadi pergi mana je?' tanya appaku sambil memandang ke arah oppa. Dia hanya tersenyum memandang ke arah appaku dan kelihatannya dia tidak mahu menjawab soalan appaku. Typikal seorang Kihyun. Memang senyap macam ni la. Appa pula hanya berdiam sebab dah tahu sifat oppaku yang satu itu.

     Eomma datang ke arah kami sambil membawa dulang berisi teh. Aku pun tak perasan bila eommaku masuk ke dapur. Dalam masa yang sama, kedengaran enjin kereta dimatikan dan aku dah boleh agak bahawa itu adalah kereta milik oppa-oppaku. Saat mereka menapak masuk ke dalam rumah, riak hairan terpancaar jelas di wajah mereka dan mereka menapak perlahan-lahan ke arah kami.

     'Ha kamu semua pula dari mana ni' tanya appa kepada mereka berempat. Jungkook oppa menjawabnya ' Kami baru balik dari discussion pasal band dekat kelas pa. Sebab tu la keluar kejap jumpa classmates kami' sambil melirik ke arahku. Yang lain hanya mengangguk. 'Habistu kenapa tinggal dear sorang-sorang kat rumah. Kamu tahu bahaya kan' Tambah appaku lagi.

     Dan riak oppaku berubah masam mendengarkan itu. 'Eh takdelah appa. Iu yang tak nak ikut diorang tadi. Sebab tu la oppa semua keluar je. Lagipun Iu nak siapkan kerja sekolah tadi' kataku cuba menenangkan keadaan. Dan aku lihat mereka hanya tersenyum sinis ke arahku manakala aku cuba buat tak tahu dengan apa yang aku lihat. Appaku hanya mengangguk mendengarkan itu.

     ' Ok. Alang -alang semua dah ada kat sini. Appa nak berbincang sesuatu dulu. Nah, anak-anak appa semua boleh duduk dulu'. Kata appaku lagi. ' Tapi appa , lain kali tak boleh ke? Kami nak rest kejap. Penat' Kata Jimin oppa.

     'Ala. Kejap je la Min. Appa nak discuss something'. Dan semua akur mendengarkan itu. Appa dan eommaku mengatakan bahawa mereka akan pergi ke luar negara dalam sebulan dan mereka nak aku dan oppa-oppaku yang lain menjaga sesama sendiri. Mendengarkan itu, kami agak terkejut tetapi kami hanya mengiyakan. Oppa-oppaku pula walaupun tidak puas hati mereka hanya senyap dan memandang tajam ke arahku kecuali Kihyun oppa.

    Setelah habis semua perbincangan, kami masing-masing berlalu ke bilik masing-masing meninggalkan kedua-dua ibubapaku di ruang tamu selepas memeluk mereka.

     

our lonely cutie, lee ji eun @iuOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz