BAB 24

124 19 0
                                    

       Sekitar pukul 8:30 malam, kedengaran pintu rumah diketuk dari luar. Kebetulan, aku yang sedang menyiapkan kerja sekolahku terus berlari ke bawah untuk menyambut kepulangan eomma dan appaku dari tempat kerja. Melihatkan aku, mereka terus menuju ke arahku dan memelukku mesra. Aku menghadiahkan senyuman lebar kepada mereka. Inilah rutin harian mereka, kalau dah terlalu banyak kerja, memang sampai lewat malam baru diorang akan sampai ke rumah.

     Mataku turut melilau melihat keberadaan oppaku. Namun, aku gagal menjejaki mereka. Aku melihat ke luar rumah di tempat mereka selalu parking kereta dan nampaknya persoalanku terjawab. Kelima-lima mereka keluar dan maknanya dari sejam lepas aku hanya keseorangan di rumah. 'Anak eomma ok hari ni? Dah makan ke belum ni? Oppa-oppa semua mana? Eomma tak nampak pun mereka. Kereta mereka pun tiada di garaj' tanya eomma sambil meletakkan handbagnya di atas meja.

     'Dear ok je eomma! Appa! Makan tu belum lagi untuk malam ni. Tadi dah. Oppa-oppa semua.. dear rasa keluar jumpa kawan mereka. Maybe ada kerj kot.' balasku menjawab pertanyaan eommaku. 'La.. kenapa pula belum ni, dah lewat dah ni dear. Eomma tak faham la dengan oppa-oppa kamu tu. Boleh pula mereka tinggalkan adik mereka sendirian di rumah, Haishh!! apa nak jadilah' Kata-kata eomma mendapat persetujuan dari appa.

  Aku pula hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu untuk berkata apa-apa. Untuk mengelakkan daripada pertanyaan lagi, aku terus mengajak mereka ke meja makan. Aku hanya menghela nafas lega bilamana mereka hanya mengangguk dan kami terus makan malam.

    Setelah siap menjamu selera, mereka terus naik ke bilik membersihkan diri. Manakala, aku pula duduk di ruang tamu sambil menonton Tv. Aku mencari rancangan kegemaranku iaitu 'Hotel Del Luna'. Serius cerita dia best sangat dan aku juga minat dengan pelakon-pelakon dalam drama itu. Bagi aku, jalan ceritanya sangat menarik.

    Aku hanya duduk dan khusyuk menontn sambil menunggu kedua-dua ibu bapaku turun. Niatnya tadi setelah sahaja selesai makan, aku ingin menyiapkan kerja sekolahku semula. Tapi eomma meminta aku tunggu di ruang tamu kerana ada sesuatu yang hendak dibincangkan dengan aku dan oppa-oppaku yang lain.

     Sekarang dah dekat pukul 10, namun kelibat mereka tidak kelihatan lagi. Itu dah menjadi benda biasa, kerana paling lewat mereka akan pulang pukul 11 malam. Ini kerana ianya merupakan syarat yang ditentukan oleh kedua-dua ibu bapaku. Dalam aku tak sedar, terasa kerusi di sebelahku dihenyak. Aku terus memandang ke sebelah dan apa yang aku lihat adalah wajah Kihyun oppa yang kelihatannya agak letih.

      Aku melilaukan pandanganku ke arah luar untuk mencari oppa-oppaku yang lain. Namun, suara Kihyun oppa membuatkan aku mengangguk faham. 'Yang lain belum pulang lagi. Mereka tak habis discussion lagi'. Aku memberanikan diri memandang ke arah Kihyun oppa yang sedang memejam mata kerana ada sesuatu yang ingin aku ucapkan kepadanya iaitu terima kasih.

    Tadi, aku tidak sempat untuk berbuat demikian. Aku merenung lama ke arahnya sambil berfikir kenapa oppaku yang seorang ini berkelakuan pelik kebelakangan ini. Hendak aku bersuara menanyakan semua itu tapi lebih baik aku simpan pertanyaan itu dahulu. Tidak dinafikan oppaku ini sangat kacak namun sikapnya yang pendiam membuatkan orang tidak berani mendekat.

Hope enjoy reading guys.

our lonely cutie, lee ji eun @iuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang