BAB 11

126 17 0
                                    


     Sampai sahaja di rumah, aku terus menapak masuk ke ruang tamu. Saat melalui ruang tamu, aku melihat oppa-oppaku sedang meluangkan masa bersama dan kelihatannya mereka begitu gembira. Maklumlah mereka tiba di rumah 1 jam lebih awal daripadaku yang hanya berjalan kaki untuk pulang ke rumah. 'Alangkah indahnya kalau aku dapat join mereka bergelak ketawa'. Monologku sendirian.

    Mereka yang terasa diperhatikan, terus memandang ke arahku, kemudian menghiraukanku. Tanpa berlengah aku terus memanjat tangga untuk ke bilikku.Seusai itu, aku terus membersihkan diriku. Badanku perlukan rehat dan akhirnya aku terlelap. Tanpa aku sedari, ada seseorang yang memerhatikanku yang terlelap, namun disebabkan rasa kantukku, aku hanya menghiraukannya.

      Mungkin ia hanya anganku. Tak mungkin ianya salah seorang oppaku yang memandangku ...errr...dengan pandangan sedih dan bersalah." Ia hanya mimpi Iu, mimpi.'. Selepas berkata sedemikian..aku dah tak sedar apa-apa kerana telah hanyut ke alam mimpi.

     Saat tidurku sedang lena, aku merasakan ada tangan sedang mengusap-ngusap rambutku sambil mengejutkanku dari tidur. Dengan keadaan yang separuh mamai, aku gagahkan diri untuk mencelikkan mata dan perkara pertama yang menjamu mataku adalah wajah eommaku. Dia tersenyum melihatku.

    " Iu dear, dah sedar pun anak eomma. Penat sangat ea sekolah hari ni". tanya eommaku dengan lembut sambil membelai lembut kepalaku. Aku hanya menghadiahkan senyuman kepadanya. " Awalnya eomma balik. Iu rindu sangat pada eomma''. " Alololo, anak eomma ni.Eomma pun rindukan buah hati sorang ni. Penat ea? Macammana balik dengan oppa-oppa tadi. Diorang tak ada buli dear kan?" tanya eommaku.

    " Haah eomma, penat sikit hari ni. Eh tak adalah eomma. Dear ok je. Oppa semua layan dan jaga dear dengan baik je. Hehe, eomma jangan risau ea". Kataku dengan yakinnya bagi mengelakkan eomma dapat membaca apa yang aku cuba sembunyikan. Mendengarkan kata-kataku, eomma terus mengangguk dan menyuruhku mencuci muka dan turun ke bawah untuk makan malam. Tak sangka, lama juga aku tidur tadi.

     Aku terus masuk ke bilik air dan saat terpandangkan wajahku di cermin. Aku hanya mampu menahan rasa. " Iu... Iu.. pandai betul kau menipu kan. Haish, sampai bila lah keadaan akan jadi macam ni. Sabar la Iu, akan ada kebaikannya nanti sekiranya kau terus bersabar". kataku untuk menghilangkan rasa sedih yang hampir menyinggah. Kemudian, aku meneruskan tugasku yang tergendala tadi iaitu untuk mencuci muka.

     Di meja makan, suasana senyap sunyi. Hanya bunyi sudu dan garfu berlaga sesama sendiri. Tiba-tiba suara yang sunyi itu dipecahkan dengan suara appaku. " How all my sons and daughter do today? Semua baik-baikkan di sekolah?". Aku hanya mendiamkan diri saat hendak membuka mulut kerana awal-awal lagi oppa-oppaku sudah menyuruhku agar senyap. So, aku ikutkan je la sebab tak nak mereka terus membenciku.

     "Husband, dear cakap dekat wifey tadi, dia ok. Oppa-oppa dia pun jaga and layan dia dengan baik juga'. Mendengarkan kata-kata eommaku, tanganku secara automatik menguis-nguis nasi di pingganku smbil menunduk.

  " Haah appa, semuanya baik-baik je. Kitorang dengan adik pun ok". Tambah Subgjae oppa. Mendengarkan perkataan 'adik' dari mulutnya membuatkan aku sebak. Kalaulah benda tu betul-betul real, akulah orang yang paling happy mendengarkannya. Namun, semua tu hanya sebuah lakonan dan mustahil ianya adalah realiti. " Dear, kenapa kuis-kuis nasi tu.makanlah sikit'. Teguran eomma menyedarkanku dari terus berkhayal. Dan dengan susah payah aku cuba menelan nasi walaupun rasa berpasir. Seleraku hilang namun aku terpaksa menghabiskannya.

     Dalam diam aku merenung eomma dan appaku seterusnya beralih ke arah oppa-oppaku. Ku lihat mereka fokus makan namun aku dapat melihat raut wajah Jungkook dan Kihyun oppa yang agak sedih. Tapi... mungkin aku yang salah tengok. Aku terus mengendahkan semua perkara yang bermain-main dalam fikiranku dan memyambung aktiviti makanku yang tergendala tadi. Tanpa aku sedari, ada dua pasang mata yang merenungku dalam.



Hope enjoy reading guys. Even though kepala sis xde idea sangat. Tapi sis try sebab dah janji nak publishkn new bab hari ni. Even sis rasa agak merapu. tapi ni lah yang mampu sis update untuk hari ni.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now