BAB 45

124 12 3
                                    

BAB 45

      Lamunanku terhenti apabila terasa tanganku dipegang oleh seseorang. Aku mengangkat muka memandang satu persatu wajah chingguku. Aku mengangguk kemudian tersenyum nipis kepada mereka, sedar akan keterlanjuranku.

     Aku memandang sekeliling tempatku duduk. Sekarang kami berada di laman perkarangan rumahku. Chinggu-chingguku yang ingin menghabiskan masa di sini hari ni. Jadi, sekarang di sinilah kami berada.

     Eommaku juga kelihatan gembira dengan kehadiran chinggu-chingguku. Ini kerana dia turut menganggap mereka sebagai anak-anaknya juga. Lagipun sudah lama mereka tidak datang dan melepak seperti ini manakala bagi Jihyo pula, mungkin ini kali kedua dia datang ke sini itupun untuk menghantarku pulang semata-mata.

    Jihyo ku lihat sedang menongkat kedua-dua tangannya ke dagu sambil memandang ke arah aku. Mesti ada something yang dia nak kalau dah bagitulah gayanya. Haih!! Jihyo..jihyo. Aku tersengih ke arahnya sambil tergeleng-geleng dengan tingkah lakunya dan tanpa aku sedar, tanganku bergerak menarik pipinya. Why so cute, Jihyo.

   'Aduh!Aduh! Iu...janganlah tarik pipi saya.' Jihyo cuba untuk meleraikan tanganku namun aku mengeraskan diri. Sekali sekala mengusik tak pe kan. Hehe. Setelah puas mengerjakan pipi Jihyo, aku melepaskan pipinya sambil tergelak nakal. Jihyo hanya memuncung sambil tangannya menggosok kedua-dua belah pipinya.

    ' Amboi dear! Happy ea dapat mengusik Jihyo tu. Habis merah pipi Jihyo ditariknya', kami terus berpaling ke arah eommaku yang sedang menuju ke arah kami sambil menatang dulang yang berisi air dan kuih. Kemudian, dia meletakkannya di atas meja sambil menggosok kepalaku lembut.

      Manakala, chingguku yang lain hanya tertawa mendengarkan kata-kata eomma. Aku teringat sesuatu dan terus memandang ke arah eomma. 'Ha eomma! Mana appa? Dear tak nampak pun dari tadi.'

     'Oh eomma lupa nak cakap, appa sebenarnya outstation dekat Aussie minggu ni. Tu yang tak sempat dia nak inform sebab urgent. Tadi baru dia info pasal ni. Tu yang dia bergegas sangat tu.

    Aku hanya mengangguk-ngangguk mendengarkan kata-kata eommaku. Dan kemudian, eommaku meminta diri untuk masuk ke dalam rumah kerana ingin menyiapkan kerjanya. Hilang sahaja kelibat eomma, chinggu-chingguku memandang tunak ke arahku.

      'Ha! Iu.. Apa awak nak buat untuk persembahan dekat dewan besar nanti? Dah ada lagu ke awak nak nyanyi?' kata-kata Jihyo membuatkan aku terus menepuk dahi.

      'Haah la..baru saya teringat pasal benda ni. Saya ada plan untuk tu nanti. Tapi, saya nak kena tanya pendapat korang. Kataku sambil melirik ke arah mereka berempat.

    'Apa dia princess! Princess cakap je kami semua akan dengar' kata Young diikuti oleh anggukan dari yang lain.

     'Macamni! Princess sebenarnya terfikir untuk buat band. Lagipun Woo, Min, Young dan Jihyo pandai bermain alat instrumen. Jadinya, takdelah princess takut sangat bila korang semua ada dengan princess dekat majlis besar tu. Tapi.. korang ok ke dengan idea princess ni' kataku dengan ragu-ragu.

     Aku sedikit gusar dengan reaksi mereka. 'emmmm....' mendengarkan itu dari Woo aku terus memotong kata-katanya.

  'Princess tak kisah kalau korang nak tolak. Princess tak nak korang tak selesa dengan semua benda ni. Lagipun ini semua cadangan princess je' tambahku lagi sambil mengukir senyuman ke arah mereka.

    'Sebenarnya.... ' kata Min membuatkan aku mengangkat muka memandang ke arah mereka.


Sorry lambat update..This is new chapter for you guys.. Hope enjoy..

our lonely cutie, lee ji eun @iuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin