BAB 30

126 17 3
                                    

       Buka sahaja mata, benda pertama yang aku lihat adalah siling putih. Aku memegang kepalaku yang agak pening. Aku cuba untuk bangun namun serius aku cakap tidak larat. Aku memandang sekeliling bilik dan itu membuatkan aku tahu di mana aku berada sekarang. Bilik rawatan!.

      Aku cuba mengingat kembali apa yang telah berlaku tadi. Dan saat ingatanku kembali menjengah, tidak semena-mena air mataku mengalir keluar. 'Kenapa oppa-oppaku sanggup buat aku macam ni? Kenapa dia lebih percayakan kata-kata orang lain dan terus menghukumku tanpa mendengar penjelasanku terlebih dahulu'. Memikirkan tentang ini hatiku menjadi sakit dan raunganku semakin kuat. Aku harap semua ini hanya mimpi tapi itu semua takkan terjadi. Paling sakit, oppa-oppaku semakin membenci diriku. Arghhhh! Hatiku semakin sebak memikirkannya. Aku menepuk-nepuk dadaku bagi menghilangkan kesakitan ini. Namun, ianya begitu sukar.

     Tanpa aku sedar, seseorang datang memelukku. Aku hanya membalas pelukannya kerana aku kenal siapa. Jihyo!. Aku mengogoi menangis sambil dipeluk olehnya. Setelah tangisanku lega, dia meleraikan pelukannya dan menghapus air mataku. Aku hanya melihat perlakuannya.

      'Iu dah nangis. Saya tak nak tengok awak nangis teruk macam ni lagi tahu. Awak kena tahu, walau apa pun yang terjadi, awak tetap ada saya ok' Jihyo berkata lembut kepadaku. Aku hanya mengangguk dan cuba tersenyum walaupun payah. Aku sangat bersyukur ada chinggu macam dia.

      'Eh! Lupa. Iu ada orang datang melawat awak. Aduh! Macammana la saya tak lupa, kelam-kabut sangat tengok awak menangis teruk tadi'. Kata Jihyo sambil menepuk dahinya. Mendengarkan itu, aku terus memandang ke belakang Jihyo di mana Jb, Daniel dan Baekhyun berdiri di depan pintu bilik rawatan bersama riak sedih terpancar di wajah mereka.

      Saat mereka perasan aku sedang merenung ke arah mereka, cepat-cepat mereka gantikan dengan senyuman walaupun masih lagi nampak riak sebenar mereka. Dan tidak menunggu lama, aku dipeluk oleh mereka lama. Aku hanya membiarkan kerana masih lagi malu kerana menangis teruk di hadapan mereka.

        Dalam tidak sedar, air mataku kembali menitis. Keadaan itu berterusan sampai beberapa minit dan tanpa aku sedar sekali lagi aku terlelap bercampur penat kerana terlalu kuat menangis. Melihatkan aku yang hanya senyap, mereka terus meleraikan pelukan. ' La, dah tidur rupanya. Patutlah tiba-tiba senyap'. Kata Baekhyun. ' Penat sangat tu sunbae, mana taknya macam-macam dah Iu kena tadi'. Kata Jihyo hanya mendapat anggukan dari mereka bertiga.

         Baekhyun terus membaringkan Iu di atas bantal dan menyelimutkan Jihyo. Maklumlah, suhu di dalam bilik agak sejuk dengan aircond yang terpasang. ' Boleh tak Jihyo ceritakan apa yang dah jadi sebenarnya. Kami lihat teruk juga keadaan Iu. Dahlah demam ditambah lagi dengan pipi merah, rambut serabai dan kaki pula lebam. Kata Jb sambil memandang ke arah Jihyo.

      Jihyo terus menceritakan perkara yang terjadi dari A sampai Z membuatkan mereka bertiga mengepal penumbuk masing-masing tanda geram dengan oppa-oppaku.

     'Kenapa oppa Iu sanggup buat dia macam ni. Kenapa dia tergamak sakitkan Iu'. Haish! Baekhyun seakan kesal dengan perbuatan dan terus bangun bergerak menuju ke katil yang diduduki Iu diikuti oleh Jb dan Daniel. Mereka memandang lama wajah Iu dan meminta diri untuk masuk ke kelas.

       Mereka juga turut menitipkan pesan kepada Jihyo untuk tengok-tengokkan Iu. Balik sekolah nanti mereka akan datang lagi ke sini. Beberapa jam kemudian, loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan hari ini tamat. Jb, Baekhun, Daniel dan Jihyo mengejutkan aku.

     Sedar sahaja dari tidur, aku memandang wajah mereka berempat sambil mengukirkan senyuman ke arah mereka. 'Adik pulang rumah kami nak tak? Tak pun duduk rumah Jihyo dulu. Oppa risau la apa-apa jadi nanti. Lagipun eomma dan appa Iu tak ada di rumah kan' kata Daniel sambil membuatkan muka comel untuk memujukku. Aku hanya menggelengkan kepala dan setelah beberapa kali aku meyakinkan mereka, akhirnya mereka melepaskan aku pulang tetapi dengan syarat dihantar oleh Jihyo dan aku hanya akur.

     Tiba sahaja di depan rumah, aku terus turun dari kereta dan mengucapkan terima kasih kepada Jihyo. Sebelum bergerak pergi, kami sempat berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal.

     Aku memandang rumahku dan melepaskan keluhan kecil. Entah kenapa aku rasa something yang tidak sedap hati bila ingin menapak masuk ke dalam rumah. Lebih-lebih lagi bila mendengarkan amaran oppaku tadi. Tanpa aku sedar kakiku telah menapak masuk ke dalam rumah dan aku melihat oppa-oppaku mencerun tajam ke arahku.


Hope enjoy. Abaikan ayat sis yang tunggang terbalik. Tqsm kepada yang support cerita sis yang entah apa-apa ni. Omg!! baik bertuah betul Iu ni ada member baik macam Jihyo kan. Dapat oppa-oppa macam Baekhyun, Daniel dan Jb pun happy jugak kan. Hahaha. Abaikan!! sis merapu. Haish bilalah competition nyanyian tu ea. Sis tak sabar nak buat orang terpegun dengar suara Iu. Peace.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now