BAB 19

124 17 0
                                    

While the people keep looking for perfection,

They will not see the other's strength other than weakness,

Its hurt sometimes but its ok,

Its just I'm used to it.

Seminggu kemudian,

    Hari-hariku seperti kebiasaannya. Dan sekali lagi hari ni masih layanan sama aku dapat daripada oppa-oppaku. Saat berhenti di tempat yang mereka selalu dropkan aku, aku hanya akur. Saat kereta menghilang dari pandangan, aku terus mengeluarkan earphoneku dan mendengar lagu. Sepanjang perjalanan, aku ditemani bunyi muzik sahaja.

   Kalau difikirkan, memang aku lonely pun. Kalau Jihyo tiada memang aku akan terus keseorangan. Yalah kan, siapa je yang nak dekat dengan aku. Melihat penampilanku pun mereka dah menjauhiku. Inikan pula nak berkawan denganku. Haish ni la baru dikatakan hidup. Manusia hanya akan memandang kesempurnaan je kan.

    Perkara pertama yang aku cari adalah kelibat Jihyo. Sudah 3 hari aku tak nampak dia. Sakitkah dia? Demam ke dia? Bukan aku tak cuba call tapi baru aku teringat Jihyo baru menukar nombor baru. Tak sempat aku minta nombor dia sebab dia pun baru tukar 2, 3 hari lepas. So jalan penyelesaiannya, baik aku ke rumahnya sajalah petang ni. Rindu betul aku dengannya walaupun baru 3 hari tak jumpa.

    Aku terus bergerak menuju ke mejaku di belakang dan terus melabuhkan punggungku di situ. Lately selera makan aku pun berkurang. Tak tahulah kenapa. Aku terus mengeluarkan buku sebab sebentar lagi Sir Nickhun akan masuk kelas. Baru-baru ni kelas aku ada terima beberapa orang guru baru. Sambutannya amat menggalakkan. Lagi-lagi semuanya mempunyai rupa paras yang cantik dan hensem.

    Bunyi loceng menandakan kelas bermula. Dan aku terus fokus mencatit segalam ilmu yangdiajarkan pagi ini. 'Ok, minggu depan kelas kita akan menerima beberapa orang pelajar baru. Dan sir juga nak ingatkan pasal audition nyanyian tu dalam dua minggu lagi. Sir harap semua mengambil serius tentang apa yang sir bagitahu ni. Sir tak nak ada yang tak ambil kisah langsung pasal benda ni'. Kata-kata sir Nickhun membuatkan aku merasa gementar tiba-tiba. Audition!audition!audition dan competition tu. Serius benda tu asyik berlegar-legar dalam fikiranku.

     Habis sahaja waktu pembelajaran pertama, aku membawa langkah kakiku ke sebuah taman dan dapat ku lihat beberapa buah kerusi dan meja turut disediakan di bawah sebuah pokok cherry. Aku terus menapak ke situ. Disebabkan aku tidak mahu ke kantin tambah-tambah lagi Jihyo tiada, lebih baik aku menghabiskan masa di sini. Awalnya suasananya begitu tenang namun tak lama kemudian, earphone ku ditarik kasar oleh seseorang dan saat aku hendak melihat gerangan yang ku rasakan agak biadap terhadapku tiba-tiba pipiku terasa pijar.

   Tanpa sempat aku berbuat apa-apa, rambutku ditarik kuat dari belakang membuatkan aku terdongak sambil menahan kesakitannya. "Apa lagi salahku kali ni. Aku tak pernah kacau orang. Aku juga tak kenal mereka. Macammana mereka boleh membenci aku".

   " To..tolong lepaskan s..saya.. apa salah saya. Saya tak kenal pun kamu semua siapa" . Kataku sambil merayu kerana aku tidak mampu berbuat apa-apa disebabkan kedua-dua belah tanganku dipegang oleh chinggu-chinggu yeoja yang menamparku tadi. Aku melihat tag nama yang tertera di depan mataku 'YERIM' .Jadi jika diikutkan dia sunbae aku. Macammana aku tahu? Senang je, warna tag namanya yang berwarna gold menunjukkan bahawa dia sunbaeku.

   " Kau budak nerd, sakit mata aku tengok kau" katanya sambil menampar-nampar pipiku. Tidak cukup dengan itu, aku turut ditolak dengan kasar sehingga menyebabkan kepalaku terhantuk di bucu meja yang terletak berdekatanku. Aku yang merasakan sedikit pening disebabkan hantukan mereka padaku hanya membiarkan sahaja tindakan mereka yang selanjutnya kerana sesungguhnya aku dah tak boleh buat apa-apa.

   Salah seorang daripada mereka hendak menamparku sekali lagi sambil tidak melepaskan pijakannya pada kakiku, namun bunyi teriakan dan jerkahan dari beberapa orang namja menghentikan tingkah mereka seterusnya menyebabkan yeoja-yeoja tersebut melarikan diri.


Makin hambar? sebenarnya sis kekeringan idea. Tapi tu la . Nak juga menulis .Hahaha. Pelik kan. Takpelah. sis harap korang enjoy reading je la. Even tak boleh enjoy. Pura-pura enjoy pun boleh. Dan kalau ada tak puas hati ke ape ke komen la kat bawah. hehe. Tapi serius sis cakap, sis memang minat dengan Iu. Tapi kalau ada sesiapa nak sis tambah watak kegemaran dia dalam ni pun. Just komen la. Inshaallah sis akan masukkan. Sekian dari author.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now