BAB 27

110 17 0
                                    

       Sepanjang perjalananku ke sekolah, aku hanya membisu, Entah kenapa aku merasa tidak larat untuk melakukan apa-apa. Aku terfikir untuk mengambil cuti sahaja. Bila memikirkan yang aku baru sahaja belajar di situ membuatkan aku membatalkan niatku yang satu itu.

      Jinhyuk pula seakan-akan hairan melihat telatah anak majikannya. Selalunya ada sahaja idea untuk Iu berborak atau mengusiknya. Tetapi, hari ni lain pula rasanya bila Iu hanya berdiam diri. Jinhyuk tanpa teragak-agak memberhentikan keretanya di bahu jalan.

    Dia terus menyentuh dahiku. Aku hanya membiarkannya kerana aku tidak begitu larat untuk menghalangnya. 'Iu, kenapa panas sangat dahi ni. Iu demam ni. Jom kita pergi klinik. Kan tak pasal-pasal semakin melarat demam nanti'. Jinhyuk oppa terus mengambil tempatnya semula dan ingin memandu kenderaan ke arah klinik.

    Aku terus memegang lengannya sambil menggelengkan kepalaku. Agak susah sebenarnya hendak memujuk Jinhyuk kerana dia seperti appaku juga bila aku sakit atau demam, kerisauannya bukan main tinggi lagi. Setelah puas memujuk, akhirnya dia hanya akur dengan kehendakku walaupun dalam terpaksa.

    Aku hanya menghadiahkan senyuman yang boleh dikatakan agak hambar kerana aku tidak begitu larat dan kelihatannya Jinhyuk oppa membalas senyumanku sambil menggosok lembut kepalaku. Dalam beberapa minit kemudian, kereta yang dinaiki kami berdua akhirnya sampai di hadapan pintu pagar sekolahku.

      Jinhyuk oppa terus memberhentikan keretanya dan aku menanggalkan tali pinggang keledar dan ingin menapak turun dari kereta. Belum sempat aku berbuat demikian, Jinhyuk oppa memegang tanganku sambil memanggilku. Aku hanya memandangnya hairan namun melihatkan kerisauan di raut wajahnya membuatkan aku tahu apa yang dia ingin cuba sampaikan.

      Aku berpaling ke arahnya sambil memegang lembut tangannya yang berada di tanganku. 'Oppa jangan risau. Iu tak apa-apa. Sikit je ni. Sayang nak tinggal kelas. Lagipun Iu kan pelajar baru lagi kat sini takkan dah nak tinggal sekolah dah. Kan tak proper macam tu', kataku lembut bagi memujuknya.

      'Tapi... kalau Iu pengsan macammana dan kalau demam Iu semakin teruk macammana. Oppa risaulah tengok Iu muka tu dah nampak pucat dah' kata Jinhyuk kepadaku dengan riak wajah risaunya lagi.

        'Ala..oppa, Iu ok je. Oppa jangan risau ea. Lagipun kalau apa-apa jadi kat Iu nanti, chinggu Iu ada. Nanti apa-apa Iu suruh dia inform dekat oppa nanti. Oppa janganlah risau sangat Iu ok je ni' tambahku lagi sambil mengukir senyuman untuk Jinhyuk.

        'Haih budak ni. Degilnya dia ye. Hmmm baiklah tapi nanti ada apa-apa inform oppa ye. Dah sekarang dah boleh masuk kelas dah tu. Dah lambat dah ni', tambahnya lagi. Aku hanya mengangguk dan terus turun dari kereta serta bergerak ke dalam kelasku.

     Sampai sahaja di kelas, benda pertama yang aku cari adalah kelibat Jihyo. Setelah aku menjumpainya aku terus bergerak ke arahnya. Jihyo pula bila melihatku, terus dia menarikku duduk di sebelahnya. 'Iu, asal muka awak pucat sangat ni. Awak tak sihat ke?', belum sempat aku membalas kata-katanya dia terus menekapkan belakang tapak tangannya di dahiku. Aku hanya menggelengkan kepalaku melihatkan telatahnya. 'Sebijik perangai macam Jinhyuk oppa'. monologku sendirian.

       Aku pun hairan dengan diri aku. Tadi masa dekat rumah elok je tengok even rasalah juga tidak sedap badan tapi tak sangka boleh melarat sampai macam ni. 'Tak ada apa-apa lah Jihyo. Sikit je ni. Awak ni sama je macam Jinhyuk oppa, risau sangat . Jangan risau ea. Sikit je ni' Kataku sambil memegang dan mengelus lembut tangannya yang memegang dahiku tadi.

     'Ta..pi Iu..' kata Jihyo dan aku hanya tersengih sambil terus meletakkan kepalaku di atas meja. Kedengaran keluhan terbit dari mulutnya. Bila Sir dan cikgu yang lain masuk mengajar aku kuatkan diri dan belajar macam biasa walaupun aku tidak boleh nak fokus sangat dan tanpa sedar masa berlalu begitu sahaja.

Enjoy reading. Sis tak ada idea nak cakap apa. Huhu. Kekeringan idea. Tapi sis cuba update lagi. Inshaallah.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now