BAB 43

140 15 0
                                    

            Aku mencelikkan mataku dan aku memandang sekeliling. Ini bukan bilik rawatan tapi di mana aku sekarang. Tengah aku leka mencari, seorang wanita yang sangat anggun datang ke arahku sambil menatang dulang makanan. Wajahku berkerut memikirkan gerangan itu.

      'Adik dah sedar. Ada rasa sakit kepala lagi tak?'kata yeoja itu dengan lembut. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku dan seterusnya memandang ke arah kakiku. Aku melihat ada balutan yang kemas di situ. 'A..aunty ni siapa? Kat mana saya sekarang? Kataku sambil memandang wanita tersebut.

       'La...jangan risau. Adik kat rumah mummy sekarang. Tadi anak-anak mummy yang bawa adik ke sini. Boleh mummy tahu nama adik apa?'.tambahnya lagi. 'Anak-anak? Maksud aunty?' Tanyaku pelik. Takkanlah ni mummy Jb, Daniel dan Baekhyun.

     'Haah anak-anak mummy Jb, Niel dan Hyun. Dan satu lagi tak payah nak panggil aunty panggil je mummy' tambahnya lagi membuatkan aku mengangguk walaupun agak janggal kerana bagiku dia terlalu ramah. 'Ha! Ni soalan mummy adik tak jawab lagi. Nama adik apa?'

    'Oh! Nama saya Iu, mummy'.kataku sambil tersenyum. Selepas itu, dia menyuapkan aku makan dan kami berborak macam-macam. Tak sangka mummy ni sangat baik dan aku rasa sangat selesa dengan dia. Selesai sahaja menyuapkan aku, dia menyuruh aku berehat, namun, aku menolak jadinya dia terus mengajak aku untuk turun ke bawah bersama-samanya sambil memegang tanganku.

    Langkahku agak perlahan, kerana setiap kali aku bergerak tempat yang sakit tadi pasti berdenyut-denyut. Langkah kami halakan ke ruang ruang tamu. Apabila sampai sahaja ke bawah, aku melihat ketiga-tiga oppa angkatku bangun dan menerpa ke arahku. Macam-macam soalan yang ditanya mereka sampai jenuh aku nak menjawab.

      ' Adik, nanti makan petang kat sini dulu ea sebelum balik. Mummy dah masak tadi. Nanti lepas makan, baru mummy suruh Hyun, Niel dan Jb hantar adik balik ea' Kata mummy membuatkan mereka terangguk. Aku pula, walaupun agak keberatan namun menjatuhkan kepalaku ke bawah tanda bersetuju. Aku tak tahu kenapa aku rasa agak selesa dengan keluarga ini. Seolah-olah mereka adalah keluargaku.

     Selepas makan, aku terus pulang ke rumah dihantar oleh Jb, Baekhyun dan Daniel. Aku memandang rumahku sebelum melepaskan keluhan kecil. Memandangkan eomma dan appaku pulang lewat tak adalah aku risau sangat. At least diorang tak perlu risau pasal benda ni.

    Aku masuk ke dalam rumah dan oppa-oppaku hanya memandangku sekilas sebelum menyambung kerja mereka. Aku pun dah rasa tak sanggup nak pandang mereka lagi jadi aku ambil langkah terus naik ke atas. Aku pun dah rasa malas nak menegur lagipun diorang tak akan persoalkan lagi diorang suka kot lihat aku macam ni.

     Aku menggagahkan kaki memanjat satu persatu anak tangga tanpa melihat ke arah oppa-oppaku lagi.

Sungjae p.o.v

      Kami memandang langkah budak tu. Langkahnya agak perlahan. Aku perasan dia agak struggle untuk berjalan. Aku tak tahu tengok keadaan dia macam tu satu perasaan asing muncul dalam hatiku iaitu kesian tapi aku cuba keraskan hati. Ye aku benci dia namun entah kenapa wujud rasa serba salah tu tiba-tiba nak menyinggah.

     'Weyhh!! asal budak tu lain macam ea. Selalu kalau nampak kita, dia akan senyum je walaupun kita tak balas'-kata-kata Kuanlin menyentakkan anganku.

     'Haah la kan. Aku pun pelik tengok. Alah, biarkanlah dia tu. Takdelah kita serabut tengok' tambah Jimin pula.

      'Tapi kan..korang tak rasa ke kita kejam sangat tadi' Kihyun pula berkata.

     'Maksud kau apa Kihyun? Tanya aku pula. Entahlah berangin pula aku rasa kalau cerita pasal budak tu.

    'Kau tak tengok ke kaki dia tadi. Nak melangkah pun macam payah je aku tengok' tambah Jungkook pula.

     Mendengarkan itu, kami semua terdiam dan secara automatik merenung ke tingkat atas walaupun bayangan budak itu dah hilang.


Hope enjoy reading guys...

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now