BAB 21

119 17 0
                                    

   Pulang sahaja dari sekolah tadi, aku terus membersihkan diri dan menyiapkan kerja sekolahku. Oh lupa pula aku nak cakap, aku dah tak menunggu lagi oppa-oppaku sebab aku tak nak diorang semakin menyampah dengan aku. So, aku mengambil langkah untuk balik sendiri sahaja. Lagipun, hari ini mereka ada latihan menyanyi dekat sekolah. Itu pun aku terdengar dari classmateku yang sibuk bercerita pasal kelima-lima oppaku.

     Aku nak juga melihat aksi oppa-oppaku, namun bila mengingatkan reaksi mereka yang tidak senang dengan kehadiranku di studio mereka membuatkan niatku terbantut. Jadi, disinilah aku sekarang. Serius aku rasa sangat sunyi setiap kali pulang di rumah ini. Ye, bila dengan kedua orang tuaku, aku akan rasa sangat dihargai. Nmanu, bila mengingatkan oppa-oppaku, aku merasakan kehadiranku sangat tidak diperlukan.

   Aku menapak perlahan-lahan ke laman belakang rumahku. Di sinilah tempat yang aku banyak luangkan sekiranya aku bosan. Di laman belakang rumahku, ada taman bunga dan kolam ikan. Tak lupa juga gazebo yang amat mewah diletakkan di tengah -tengah laman. Ibu bapaku juga turut memasang buaian berdekatan gazebo dan itulah salah satu tempat kegemaranku.

   Aku bergerak ke atas buaian dan setelah itu, aku menggerakkan buaian tersebut dengan kakiku. Tiba-tiba fikiranku mengingat kembali kejadian di sekolah tadi dan secara automatik membuahkan senyuman di bibirku. Aku sangat gembira bila ada orang yang sanggup menganggap aku sebagai adik. Aku serius tak dapat menggambarkan perasaanku ketika itu.

   Namun, senyumanku menjadi pudar bila mengingat pasal oppa-oppaku sendiri yang tak pernah menganggap aku sebahagian daripada keluarga mereka. Aku nak sangat disayangi dan bergelak ketawa dengan mereka seperti orang lain yang mempunyai oppa. Tapi aku tahu, ianya adalah sangat mustahil. Maklumlah, aku ni hanya anak angkat dalam keluarga ni. Jadi, aku hanya mampu terus berusaha merebut dan mendapatkan perhatian mereka.

    Tanpa sedar, air mataku menitis. Aku sedih, aku ingin oppa-oppaku menjadi seperti orang lain. Mampu melayaniku dengan baik, temankan aku, menjadi tempat aku mengadu dan macam-macam lagi aku nak buat bersama mereka. Walaupun susah aku akan tetap cuba meraih perhatian dan kasih sayang mereka. Air mataku turun dengan laju, aku biarkan. Hanya dengan cara ini sahaja aku mampu tenang.

    Dalam aku melayan perasaan, tiba-tiba tubuhku melayang ke tanah. Rasa sakit menjadi-jadi ekoran dari kejadian sekolah tadi pun tidak hilang lagi. Aku terus mencuba untuk bangun bagi melihat siapakah yang sanggup menolakku tadi. Aku sepertinya dah boleh agak siapa. Namun, aku cuba menafikan andaian itu. Apa yang aku nampak, kelima-lima oppaku memandang sinis ke arahku.

   " Woi perempuan! apa kau buat kat sini hah. Kau takda kerja lain ke nak buat. Kau ingat kau siapa. Amboi senanglah kan hidup kau boleh relaks-relaks je". Kata Sungjae oppa dengan nada yang tinggi. " Eh..o..oppa..bila balik? Maaflah Iu tak perasan tadi", kataku sambil menutup perasaan galauku.

    "Hoi!!berapa kali aku nak cakap, jangan panggil kami oppa. Kau tak layak ok. Menyampah la aku tengok muka kau kat sini. Bila kau nak berambus ea. Dan satu lagi, mana kau nak perasan bila kau termenung je dari tadi. Sekarang aku nak kau masuk dalam, siapkan makanan dekat kitorang" Tambahnya lagi sambil disokong oleh yang lain.

   'T..t..tapi.. Iu.' kataku tersekat bila tiba-tiba Jimin oppa menarik kasar rambutku. Aku cuba meminta simpati dari yang lain namun tidak diendahkan. Dalam keadaan terhincut-hincut, aku masuk ke dalam rumah.

Di satu sudut lain,

   "Weh, tak patutlah kau buat dia macamtu. Kalau dia report dekat eomma dengan appa macammana?" kata Kihyun. "Kau dah kenapa risau sangat dengan dia. Padanlah muka dia. Hhaahahha. Sakit hati la aku tengok dia. Menyampah tahu tak". Tambah Sungjae memangkah kata-kata Kihyun.

    " Kau tak nampak ke dia macam cedera tadi. At least kesian sikit dekat dia" tambah Kihyun lagi. " Dahlah!! semak la kau ni. Kau dah kenapa. Haishh serabut aku". Kata Sungjae sambil melanggar bahu Kihyun sebelum bergerak masuk ke dalam rumah. Yang lain hanya membisu melihatkan keadaan itu sebelum masing-masing mengekori langkah Sungjae.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now