BAB 17

125 18 0
                                    


     Selepas sesi melepaskan rindu tadi, mereka bertiga megheretku duduk. Aku duduk di sebelah Minjae dan berhadapan dengan Minwoo dan Youngdoo. Banyak benda yang kami borakkan. Dari topik sekolah hinggalah topik yang entahlah. Gelakan kami berempat memenuhi ruang Starbucks. Mata-mata yang memandang tidak kami endahkan. Ada yang memandang ke arah kami dengan pelik. Maybe diorang pelik macammana yeoja seperti aku boleh dikelilingi namja-namja yang kacak. Benda tu dah biasa membuatkan aku tidak mengambil kisah dengan keadaan ini.

    Tiba-tiba gelakan mereka terhenti saat Minwoo bertanyakan tentang lebam ditanganku. "Kejap! princess kenapa tangan lebam ni. Bagitahu Woo sekarang. Ada orang buli Iu ke?". kata Minwoo sambil diiringi muka yang agak garang. Aku tidak menjawab tetapi hanya bermain-main dengan jariku. Aku kalau boleh taknak merisaukan mereka. Silap aku juga kerana terlalu teruja sampai tak sedar lengan bajuku terselak. 'Haish Iu, Iu, kalau tak cuai memang tak sah.' kataku sambil memejamkan mataku.

     Kemudiannya, aku terasa lenganku dipegang dan dibelek lagi. Aku terus mengangkat mukaku dan kulihat muka mereka bertiga memerah bercampur riak muka yang berkerut. " princess, please cakap dengan kitorang siapa yang buat sampai jadi begini". Tambah Youngdoo pula. Aku tetap menggeleng menandakan tiada siapa-siapa, namun riak muka mereka makin keruh. Minjae yang melihatkan keadaan itu terus menyentuh bahu Minwoo dan Youngdoo menyuruh mereka bertenang. Dia juga sempat memuncungkan mulutnya ke arahku bagi menyedarkan Youngdoo dan Minwoo, aku dah terlalu takut melihat mereka.

     Melihatkan keadaan itu, merka terus mengeluh. Terasa kedua-dua tapak tanganku digenggam seseorang, aku mengangkat muka dan aku lihat Min tersenyum sambil mengusap lembut tanganku mungkin untuk menenangkanku. " Princess, just cakap je ok dengan kitorang apa dah jadi. Kami tak marah cuma risaukan princess je. Please berterus-terang dengan kami". Minjae cuba memujuk lembut. Akhirnya, aku membuka cerita pasal apa yang berlaku tadi. Dan seperti yang aku lihat reaksi mereka juga sama seperti Jihyo tadi.

    " Oppa princess memang tak habis-habis kan. Apa yang tak puas hati sangat dengan princess". Kata Youndoo yang agak kelihatan marah mendengarkan ceritaku tadi. " S..salah princess sebab pergi kacau tempat diorang tadi. Patutnya princess tak masuk studio tu. Diorang tak salah". Kataku menyalahkan diri sendiri atas sikap cuai diri sendiri tadi. "tapi still mereka tak patut buat macam tu. Mereka.." Kata Youngdoo terbantut saat aku menarik tangannya untuk duduk disebelahku sambil menyuakan air dengan harapan dia tidak akan menyambung kata-katanya lagi.

     Akhirnya dia menunjukkan muka pasrah dengan tingkahku membuatkan kami tergelak dan akhirnya suasana kembali meriah seperti tadi. Aku menarik nafas lega melihatkan keadaan itu. Bukan aku tak tahu yang Youngdoo dalam tenang dia ada terselit sifat baran. Begitu juga dengan Woo dan Min. Tapi kalau perkara itu melibatkan aku barulah mereka akan menunjukkan sifat mereka yang satu itu.

     Selesai makan, kami berjalan-jalan di sekitar mall. Jarang-jarang dapat luangkan masa macam ni. Apatah lagi nak jumpa mereka lagi. Dalam aku sedang ralit berjalan, tiba-tiba terasa tubuhku dilanggar dari depan. Namun, nasib baik ada tangan yang memegang bahuku mengelakkan aku terjatuh. Rupanya Minjae yang menahan badanku. Chinggu-chingguku memandang panas hati orang yang melanggarku. Namun, yeoja itu hanya buat tak tahu. Malah boleh lagi dia tersenyum gatal ke arah Min, Young dan Woo tapi saat melihatku dia hanya memandangku jelik dan tiba-tiba dia memaki hamunku serta menyalahkanku atas perlanggaran tadi. Dia cuba mengangkat tangan untuk menamparku, aku hanya memejamkan mata kerana terlalu terkejut akan tindakannya yang mana membuatkan otakku tak dapat berfikir sesaat.


Done triple update. Inshaallah sis akan cuba selesaikan semua bab. Tapi tak boleh janji. Mana tau tetiba rasa nak unpublish story. Sebab dah agak hambar jalan cerita ni. Sementara tu  enjoy reading dulu.

our lonely cutie, lee ji eun @iuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant