BAB 23

126 18 0
                                    

    Kira-kira jam 7 petang, aku tersedar. Aku bangkit dari tidurku dan rasa sakitku dah berkurang. Ajaib betul, namun mengingatkan peristiwa tadi membuatkan aku tersenyum. Sikap Kihyun oppa yang sangat mengambil berat tadi membuatkan aku rasa begitu gembira. 'Mungkinkah dia sudah dapat menerimaku sebagai adiknya? Arghhh Iu, dahlah mengarut. Mungkin dia hanya kesiankan kau je tadi. Jangan nak berharap lebih-lebih' kataku cuba menyedarkan diri.

     Tanpa membuang masa, aku terus membersihkan badan dan memakai pijama kegemaranku iaitu Pikachu. Setelah siap, aku mengambil cermin mataku dan mengorak langkah ke luar bilik. Langkah ku atur dengan perlahan-lahan semasa menuruni tangga kerana bimbang kejadian tadi akan kembali berulang. Nasib ada Kihyun oppa je tadi, kalau tak memang tak tahulah nasib aku macammana.

    Disebabkan kejadian dekat taman di sekolah tadi, niat aku untuk melawat Jihyo terpaksa dibatalkan. Walaupun aku terlalu rindukan dia, tapi aku tak nak risaukan dia dengan keadaan aku. And thats why aku terpaksa lupakan hasrat aku yang satu itu. Aku harap Jihyo akan datang ke sekolah esok, aku terlalu rindukan dia.

    Saat kakiku tiba di tangga terakhir, aku mendengar sayup-sayup suara orang bermain gitar di belakang rumah dan aku tahu itu oppa aku. Secara perlahan-lahan kakiku melangkah ke arah mereka dan disebalik tiang aku menyembunyikan diri kerana aku tahu, kalaupun aku mendekat sudah pasti mereka akan memarahiku.

    Aku terpegun mendengarkan nyanyian kelima-lima oppaku. Suara mereka sangat memukau dan merdu. Dan baru sekarang aku tahu kenapa ramai sangat peminat mereka di sekolah. Serius, aku pun dah menjadi salah seorang dari mereka. Dalam keadaanku yang terlalu menghayati nyanyian mereka, kakiku terlanggar pasu bunga yang berdekatan denganku.

    Aku menjadi kalut dan dalam keadaan blur. Aku cuba mengangkat muka bila merasakan suasana sepi terus menjengah kerana nyanyian tadi turut terhenti. Aku memandang ke depan dan aku melihat wajah oppa-oppaku yang seakan mencerlung marah ke arahku. Aku mejadi takut dan ingin cuba melarikan diri. Namun, kakiku seakan-akan digam saat mereka bergerak ke arahku.

    Tanpa sempat aku melarikan diri, aku merasakan tanganku dicengkam keras sekali lagi. Aku takut untuk mengangkat muka jadinya aku hanya menunduk. 'Aku nak tanya, apa kau buat kat sini ha?'. Aku hanya menutup mulutku dan berusaha keras tidak memandang ke arah mereka. Namun, secara tiba-tiba, wajahku didongakkan secara kasar oleh Jimin oppa. 'Kau memang tak serik-serik lagi kan? Aku tanya sekali lagi, apa kau buat kat sini perempuan? Kau dah bisu atau pekak ha? Asal aku tanya tak jawab. Jawab la weyhh', katanya lagi sambil tangannya makin kuat mencengkam wajahku. Membuatkan rahangku sakit.

   'Eh, dahlah tu. Lepaskan budak tu dulu. Kan tak pasal-pasal eomma dan appa balik nampak kau sakitkan budak ni macammana?' kata Kihyun oppa sambil cuba meleraikan tangan Jimin dari wajahku. ' Kau ni dah kenapa ea? Tiba-tiba jadi baik. Kau tak semak ke asyik tengok muka dia je. Aku menyampah tahu tak. Kau pula dah kenapa beria budak ni? Dah rasa bersalah? Kau dah boleh accept dia ke hah!' tambah Jimin oppa sambil mencekak kolar baju Kihyun oppa.

    ' Weyhh Jimin, kau dah kenapa nak gaduh dengan Kihyun pula ni. Aku rasa betul juga apa dia kata. Kejap lagi eomma dan appa nak balik. Kang tak pasal-pasal dia tengok apa kau buat kat budak ni. Tak pasal-pasal kau pula yang kena nanti' kata Jungkook oppa sambil menepis lembut tangan Jimin.

      Mendengarkan itu, Jimin oppa terus melepaskan kolar baju Kihyun oppa dan mendengus marah sebelum meninggalkan kami. Sempat lagi dia melemparkan pandangan yang menakutkan ke arahku. Manakala, Kihyun dan Jungkook oppa melepaskan keluhan lemah dan menyuruh aku naik ke bilik. Disebabkan rasa takut tidak hilang lagi, aku hanya akur akan arahan itu.


Sis rasa nak habiskan story ni before final exam. Tapi tak tahulah sempat ke tidak. Banyak kerja memanjang. Tapi, sis try juga update sampai habis. Sebenarnya sis juga tak tahu lagi sampai bab berapa story ni. Sis just tulis-tulis je. So, done sis merapu. Tq kepada yang sudi membaca story ni. Sis appreciate sangat-sangat.

our lonely cutie, lee ji eun @iuWhere stories live. Discover now