BAB 6

184 25 2
                                    


           Aku terus bergerak ke blok E yang menempatkan kelasku. Dalam keadaan kelam kabut, aku terlanggar seorang namja yang berada di hadapanku sehingga membuatkan buku yang berada di tangannya turut jatuh.Melihatkan keadaan itu, aku terus membantunya mengutip semula buku itu sambil meminta maaf.

" Mian, mian, sa_ya be_tul-be_tul tak sengaja". Kataku dengan rasa takut sambil menunduk.

"Gwenchana tak de apa-apa. Saya maafkan lagipun salah saya juga kan." Kata namja itu kembali.

          Aku memberanikan diri untuk memandangnya dan saat aku melihat dia tersenyum hati aku lega. "By the way, awak ni pelajar baru ke? awak nak ke mana ni? Nama saya Sir Nickhun, guru bahasa Inggeris kat sekolah ni." Katanya sambil memandang ke arahku.

         Aku hanya tersenyum dan mengangguk bagi menjawab persoalannya." Nae sir, saya pelajar baru. Nama saya Lee Ji Eun. Baru je daftar hari ni. Sebenarnya... saya sedang cari kelas saya tapi tak tahu di mana. Tu yang buat saya buntu sekarang ni".

"Ohh memang macam tu. Ramai lagi pelajar yang susah nak cari kelas sebab sekolah ni besar sangat. Lagipun awak ni budak baru tu yang lagi susah. Boleh saya tahu awak kelas mana?" Tanyanya kembali.

"Saya kelas 4 Golden sir". Kataku kembali.

" Kalau macam tu, awak ikut sayalah. Lagipun saya pun nak mengajar di kelas tu juga ni".

      Aku hanya mengangguk dan berjalan ke kelas 4 Golden bersama-sama dengan Sir Nickhun. Saat berada di hadapan kelas, kakiku terasa berat untuk melangkah. Namun, setelah namaku dipanggil oleh Sir Nickhun untuk masuk, aku terus memberanikan diri. Suasana kelas yang awalnya bising menjadi senyap dengan kehadiran aku dan sir Nickhun. Mereka memandangku hairan.

"Ok, class today we have an exchange student. She have just registered today. I hope u all can accept her in this class. Now, Jieun can u please introduce yourself?". Diorang pun nak kenal dengan kamu." Kata sir Nickhun sambil tersenyum ke arahku. 'Sir ni memang suka senyum ke macammana. Dahlah hensem, baik dan peramah pulak tu' monologku sendirian.

      Aku terus bergerak ke sebelah Sir nickhun untuk memperkenalkan diri. "Annyeonhaseyo,iu imnida,kamsahamnida. Saya dulu bersekolah dekat Kirin High School. Selamat berkenalan semua dan saya harap kita dapat berkawan". Tiba-tiba ku lihat mereka berbisik sesama sendiri. Seorang budak mengangkat tangan untuk bertanya" kau memang nerd ea. Apasal kau pakai macam ni. Takde class langsung" .

     Aku terus terdiam mendengar kata-katanya. " Dah. Saya tak nak kamu tanya soalan macam ni lagi. Kalau tak semua saya denda." Kata Sir Nickhun tegas mendengarkan kata perempuan itu tadi." Ok Jieun..awak boleh duduk kat meja belakang tu. Aku melihat ke arah tempat yang dikatakan oleh sir Nickhun. Seorang budak perempuan yang kelihatan sangat comel terus melambai ke arahku. Aku terus bergerak ke arahnya dan duduk di situ.

"Hi saya Jieun. Boleh panggil Iu je." kataku kepadanya.

"Hi saya Ji Hyo. Selamat berkenalan Iu. Gembira awak duduk kat sini." balas Ji Hyo sambil menghadiahkan senyuman yang comel kepadaku. Aku yang berasa gembira kerana akhirnya jumpa juga orang yang boleh dibuat kawan kat sini membalas senyumannya kembali. Selepas itu, kami terus fokus kepada pembelajaran.

Kring!!! kringgg!!! kringggg!!!

      Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah tiba. Aku terus mengemas semua peralatan dan buku-buku notaku yang berselerak dimasukkan ke dalam beg. Aku dan Ji Hyo terus bergerak ke arah kafe sambil berbual macam-macam perkara. Aku dapat tahu yang Ji Hyo merupakan adik kepada kawan baikku iaitu Sungho. Itupun kerana aku banyak bercerita tentang mereka kepadanya. Memang tak dinafikan bahawa Ji Hyo mempunyai rupa paras yang lebih kurang sama dengan abangnya.

    Setelah kami sampai di kafe, aku terus melilaukan pandangan untuk mencari tempat untuk kami duduk dan setelah terlihat satu tempat duduk di tepi tingkap aku terus menarik tangan Ji Hyo untuk duduk di situ. 



Dari author:

Harap readers enjoy baca part ni dan harap dapat vote dan komen sekali agar saya dapat perbaiki lagi cara penulisan saya.

our lonely cutie, lee ji eun @iuNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ