BAB 36

120 15 3
                                    

            Seminggu berlalu selepas kejadian Kuanlin ditampar oleh appa begitu juga dengan keadaan oppaku yang semakin dingin denganku. Tidak dapat dinafikan, aku lebih rela menghadap senyuman sinis mereka daripada seksaan mereka. Kalau bukan di rumah, di sekolah la aku kena menghadap segala kesakitan.

         Aku tidak pernah memberitahu kepada ibu bapaku tentang perkara ini kerana tidak ingin menambah buruk keadaan. Aku hanya menganggap itu sebagai salah satu cara oppa-oppaku melepaskan ketidakpuasan hati mereka. Tetapi, aku masih tidak faham, mengapa schoolmates aku turut membenciku.

      Aku turun ke ruang tamu, apa yang aku lihat oppa-oppaku terus bangun dan bergerak ke muka pintu setelah melihat wajahku. Barangkali mereka terasa jijik melihat aku. Aku hanya berpura-pura tidak merasakan apa-apa dan terus makan sarapan yang telah ada sebelum berangkat ke sekolah.

     Hari ini aku hanya memakai baju sukan. Setelah meletakkan beg di dalam kelas, Sir Rapmon yang mengajar kelas sukan kami mengarahkan kami untuk turun ke padang. Memandangkan classmatesku boleh dikatakan agak ramai, kami diasingkan antara namja dan yeoja.

      Yeoja di tempat bola jaring, manakala namja pula adalah di sebelah iaitu di tempat futsal. Kalau diikutkan, kami hanya dipisahkan melalui penghadang tetapi masih boleh nampak antara satu sama lain. Jadi, ia memudahkan Sir Rapmon untuk memantau kami semua.

      Dari kejauhan, aku juga dapat melihat dengan jelas kelibat oppa-oppaku dan classmatesnya yang berada berdekatan tempat kami bermain. Tidak lupa juga, gelagat Yerim yang seakan-akan cheerleaders saat melihat mereka bermain dan menunjukkan skills masing-masing.

       Aku melilaukan lagi pandanganku ke arah sekeliling dan saat aku terpandang kelibat oppa-oppa angkatku, aku terus mengukirkan senyuman lebar. Mereka juga berbuat benda yang sama sepertiku dan melambaikan tangan ke arahku.

     Aku mencari kelibat Sir Rapmon, namun sudah tiada di situ. Mungkin dia pergi handle budak-budak lain. So, aku hanya mengangkat bahu. Aku memandang Jihyo yang sedang meminum air mineral yang dibawanya dari koop tadi. Aku terus menyentuh lembut bahunya.

      Dia kemudian memandangku sambil menjungkitkan keningnya sebagai tanda kenapa aku memanggilnya. Aku terus bertanya kepadanya tentang keberadaan Sir Rapmon dan setelah Jihyo menjelaskan semuanya baru aku mengangguk faham. Kemudian, kami berborak dan bergurau senda macam biasa.

       Tanpa disedari, ada mata memandang tajam ke arah kami berdua. 'Wah happy nampak kau. Siap kau'. Kata seseorang sambil senyuman sinis tersungging di bibirnya. Dan dalam kiraan 1,2,3, bola yang dipegang dilemparkan ke arah orang yang di 'aim' dari tadi. Apabila berpuas hati, dia hanya menepuk tangan.

      Dalam kerancakan berborak, tiba-tiba terasa kepalaku dihentak sesuatu yang boleh dikatakan agak kuat sehingga menyebabkan cermin mataku turut jatuh melorot ke tanah. Jihyo yang berada di sebelahku turut terkejut melihat objek yang dilontar kepadaku dan kemudiannya bergolek-golek ke tanah.

       Saat mendengar aku mengaduh, Jihyo terus menerpa ke arahku dan mengangkatku dari duduk. Aku merasa agak berpinar-pinar dan aku terus memejam dan mencelik mataku berulang kali sambil tanganku mengurut-ngurut kepala menghilangkan rasa itu.

       Apabila sudah sedikit ok, aku hanya senyum ke arah Jihyo sambil memegang tangannya. 'Awak tak apa-apa Iu? Ada cedera kat mana-mana ke?' kata Jihyo cemas. Aku tidak menjawab soalannya malahan terus bertanya kepadanya.

      'Jihyo, awak nampak tak cermin mata saya tadi? Ia jatuh mungkin masa terkena bola tu? Boleh tak awak tolong saya cari' kataku dengan riak wajah gelisah. Tanpa membuang masa Jihyo terus bergerak mencari cermin mataku.

      Aku pun turut melakukan perkara yang sama. Aku menunduk dan meraba-raba ke tanah, namun belum sempat aku menggerakkan tanganku, terasa tanganku dipijak oleh seseorang.



Ish3. takde benda lain ke nak pijak. Sian Iu asyik kena pijak kan. Huhu. Sis kekeringan idea. But hope enjoy. Hehe. Tetiber rasa nak menulis pula hari ni. Peace.

our lonely cutie, lee ji eun @iuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant